Prolog
Nina memandang kedalam sepasang anak mata hitam milik jejaka di hadapannya kala ini. Pandangannya penuh syahdu, ibarat seorang perindu yang telah lama menantikan kepulangan kekasih.
Dia nampak begitu ayu serta cantik dalam persalinan berwarna maroon dan dipadankan dengan tudung selendang berwarna caramel. Tiara dan veil yang disanggul di kepala benar-benar mempamerkan bahawa dia adalah seorang pengantin pada ketika ini.
Seulas senyuman manis dilemparkannya buat jejaka tersebut yang juga memakai persalinan sedondon seperti Nina.
"Nina sayang.. Terima kasih sebab sudi jadi isteri buat abang. Abang janji pada Nina yang abang akan jaga Nina hingga nafas terakhir abang. Abang akan cintakan Nina walau apa pun keadaan Nina nanti. Hati abang hanya untuk awak, Nina.." Ungkapan syahdu itu benar-benar menyentuh perasaannya sebagai seorang perempuan.Benar, Mohamad Farzhan adalah cinta pertamanya. Dia tidak pernah bercinta dengan sesiapa selain dengan lelaki itu kerana Nina jenis yang 'tak mudah jatuh hati'.
Lagipun dia mempunyai sebuah prinsip yang dia sendiri anggap mengarut namun itu jugalah yang menyelamatkannya daripada mempunyai ramai bekas teman lelaki iaitu;
'Aku takkan sewenang-wenangnya berikan hati aku pada lelaki yang entah mana-mana. Sebab cinta aku tulus dan khas hanya untuk seseorang yang akan aku jadikan suami. Sekalipun aku bercinta dengan dia, aku akan pastikan hingga ke penamat dia lah suamiku!'Teringat perbualannya tentang prinsip mengarut yang disuarakan pada sahabat baiknya suatu ketika dahulu.
"Nina? Dengar tak apa yang abang cakapkan tadi? Mengelamun pulak sayang ye?" Ujar Farzhan menyentak lamunan isterinya yang baru beberapa jam di nikahi sambil tangannya mencuit pipi gebu milik Nina.
Tersenyum-senyum gadis itu. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu.
"Abang... Betul ke abang akan tetap cintakan Nina? Sekalipun Nina..." Kata-katanya mati disitu, dia gusar hendak meneruskan ayat kerana pertanyaannya agak sensitif.Farzhan yang sudah dapat meneka soalan yang hendak Nina ajukan, laju saja dia menggarit senyuman di bibir.
"Abang akan tetap sayangkan Nina, kalau nanti Nina mengandungkan anak kita, kita sama-sama jaga anak kita ye, sayang? Abang janji." Demi saja mendengarkan tutur kata daripada Farzhan hati Nina berasa amat terkejut namun lega. Nampaknya Farzhan sudah tidak bersikap seperti dulu.
Kerana dia teringat bahawa lelaki itu mempunyai impian untuk hidup berumahtangga, mahu bina mahligai berdua saja tanpa anak.
Pada hemahnya, dia sudah cukup bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama wanita yang dicintai tanpa adanya cahaya mata."Terima kasih abang sebab terima diri Nina. Abang cinta pertama yang hadir buat Nina, sayang Nina hanya untuk abang..." Balasnya seraya memeluk tubuh sasa sang suami dan Farzhan membalasnya erat.
Bahagia. Itulah yang dirasakan olehnya ketika ini. Dia ingin mengabadikan perasaan tersebut sebagai kenangan yang terindah..
YOU ARE READING
Adam Mikhael
FanfictionKisah cinta antara dua jiwa yang berakhir dengan penuh tragedi yang hampir meragut nyawa seseorang insan tidak berdosa. Jika dilihat daripada mana-mana sudut sekalipun, tiada salahnya dia wujud di dunia ini. Selayak fitrahnya sebagai penyeri rumahta...