Fakri mengepal penumbuk, nafasnya kedengaran mendengus.
"Aku tak kuat Fakri.. Antara cinta dan nyawa, aku lebih memilih nyawa. Nyawa anak kami. Anak dia sendiri, Fakri." Suara Nina mengendur, wajahnya tampak kosong. Tiada lagi linangan air mata menemani seperti tadi.
"Aku takut.. Takut kalau Fazhan masih mencari aku, ugut bunuh Adam macam dulu." Sambungnya lagi.
"Nina! Kau tak buat report polis ke?" Separuh menjerit lelaki itu bertanya, namun segera dikawal nada suara apabila kelihatan Adam mengeliat kecil dalam bungkusan kain bedung yang melilit tubuh suci itu.
Nina hanya menggeleng. Fikirkan dia benar-benar berat kala ini.
"Kalau dah sampai tahap macam ni, dah dikira jenayah Nina. Yelah ancaman ugutan bunuh!" Tegas Fakri biarpun tidak melontar suara tinggi.
Tersentak Nina mendengar hujah Fakri, otaknya ligat berfikir tentang kenyataan tersebut.
"Tak.. Aku tak boleh buat report polis Fakri. Nanti.. Adam tak ada ayah.." Berlagur kembali nada Nina. Wanita itu meraup wajah kejap.
Fakri yang sudah sedia maklum bahawa Nina merupakan anak yatim piatu semenjak wanita itu berumur 9 tahun, hanya tergangguk-angguk. Faham benar perasaan galau yang Nina hadapi, tentulah wanita itu tak mahu anaknya; Adam mengalami nasib serupa seperti mana Nina.
"Aku masih sayangkan dia. Walau apa pun, dia masih suami aku Fakri" Tertunduk Nina menahan sebak yang bertandang.
Terbuntang mata Fakri mendengarkan luahan itu, sangka dia Nina sudah membuang jauh perasaan tersebut terhadap lelaki durjana bernama Fazhan.
"What?! Kau masih nakkan dia lagi Nina??? Weh, kau ni tak sedar lagi ke hah?!" Benar-benar berang Fakri waktu ini. Peliknya, si Adam tetap lena dalam pelukan Fakri. Bagai tak terusik sikit pun dengan bentakan suara Fakri tadi.
"Aku susah nak buang perasaan cinta ni Fakri. Dia lelaki pertama yang hadir dalam diri aku, beri aku sinar cinta disaat aku tak ada sesiapa lagi di dunia ni."
Fakri terpempan seketika. Hujah Nina bagai suatu pendustaan pada kisah silam.
Hati Fakri terjentik perasaan muak secara tiba-tiba. Ya, muak! Kerana Nina terlalu naif pemikirannya.
\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\
Suara rengekkan bayi menyedarkan Fakri dari terus hanyut dibuai amarah, Adam Mikhail dalam pangkuan di dodoi berharap agar si kecil itu kembali terlena.
"Adam Mikhail, jangan nangis ye sayang. Acik Fakri tak nak adik sakit macam ibu nanti, yela nangis aje. Tengok dulu ibu adik gemuk tau, tapi sebab asyik nangis kurus dah dia"
Lembut tutur Fakri memujuk anak sahabatnya itu, semacam lah Adam faham dengan apa yang dibebelkan. Sempat juga Fakri memerli Nina, nasib baik juga perempuan itu pergi ke tandas kalau tidak mahu kecil hati.
Adam yang tadi rancak merengek beransur terlena kembali. Tersenyum Fakri melihat ulah anak kecil itu.
"Adam nangis ke tadi? Maaflah susahkan kau." Pamit Nina yang baru muncul dari arah belakang, atur langkah perempuan itu masih perlahan. Al maklumlah belum pun 2 minggu berpantang.
"Susah apanya, aku anggap Adam macam anak aku dah" Bersahaja dia meluah rasa. Nina agak tepempan.
"Tapi kan, serius aku risau nak tinggalkan korang berdua je kat rumah ni. Kau pun masih baru lagi berpantang, aku lepas ni duduk rumah bujang tau tapi tiap masa lah jenguk korang"
Panjang lebar penerangan Fakri, anak matanya juga memandang tepat ke dalam mata bundar milik Nina.
"Tak apa tak perlu risau, kau dah tolong aku tumpang kat rumah ni pun banyak dah jasa kau pada aku, Fakri"
"Small matter. Tak la yang aku risau bila aku pergi kerja nanti siapa nak uruskan kau? Ke nak aku bawak mak datang sini eh?"
Jari telunjuk kanan diketuk-ketuk ke dagunya. Terbuntang mata Nina mendengar idea itu."Ish kau ni! Jangan la susahkan diri kau sampai tahap tu, aku tak ada apa-apa lah. Jangan risau ok?" Ujar Nina sambil ligat melipat baju milik Adam.
"Susah apanya, ala rumah mak aku pun tak jauh jarak setengah jam aje. Lagipun dia bukan tak kenal kau, lama kita kawan dari kecik kot. Kau pun selalu datang rumah aku kan" Seraya berkata Fakri meletakkan Adam keatas kusyen baldu di ruang tamu itu.
"Tak la aku bukan apa. Ishhh! Aku tak nak susahkan mak kau Fakri, yela abang ngah dengan anak bini dia pun stay rumah mak kau kan? Kesian dia penat, dah jaga cucu pastu kau nak dia jaga orang luar macan aku pulak." Lebar bebelan Nina terhadap Fakri. Tak wajar rasanya dia menyusahkan orang tua itu, sudahlah keluarga abang ngah; Hadi itu tinggal dengan Cik Ila.
Fakri terkebil seketika. Baru dia teringat yang abang ngah dia baru-baru ini dapat anak lagi. Kembar 3 pula, dan sekarang sudah 5 orang bilang anak mereka. Memang keluarga abangnya itu tinggal bersama ibunya; Cik Ila atas asbab tertentu.
Sebuah keluhan terhembus.
"Dah, tak payah serabut fikir pasal aku Fakri. Kau bagi tumpang rumah ni pun dah cukup bagus untuk kami berdua" Terdiam Fakri mendengar nya.
"Aku ingat, lepas habis pantang aku nak cari kerja lah... Anak aku ni aku bawak sekali. Harap adalah majikan sanggup amik pekerja macam aku." Sambung Nina lagi seraya pandangan di lontar ke arah pintu rumah sekaligus melempar pandangan ke arah gunung nan menghijau tak jauh dari rumah Fakri ini.
"Kau nak kerja??? Haish tak payahlah, aku ni ada Nina. Selagi aku ada aku mampu lah jaga korang berdua." Rengus Fakri. Entah kenapa dia rasa sangat bertanggungjawab atas sahabat nya yang seorang itu.
Terdengar perempuan di hadapan nya tertawa dalam kepayahan.
"Kau jangan merepek lah Fakri, sampai bila kau nak tanggung aku? Bagus betul kau ni, harapkan laki aku memang tak la. Lagi dibiar kami berdua ni ada..." Penghujung ayat Nina kedengaran perlahan dengan nada berubah sayu.
Kedua-duanya terbungkam seketika. Kematian kata.
Fakri mengerling jam pada dinding.
"Lama jugak borak ni, hahaha. Ok lah Nina, aku nak gerak pergi kerja. Kau jangan tunggu aku pulak sebab esok pagi baru aku balik tau?" Ujar Fakri sambil bangun dari kedudukan.
Agak berkerut kening wanita itu.
"Kau kerja shift malam? Sampai bila?""Minggu ni Last lah. Bulan depan sampai 3 bulan lagi siang dah" Balas Fakri yang sudah menapak ke anjung rumah. Dia perlu bergegas dahulu ke rumah bujang untuk menyalin pakaian kerja. Kerana sejak pagi tadi lagi dia sudah memindahkan pakaian dan barangan miliknya ke sana.
Nina kelihatan terangguk-angguk. Faham benar dia dengan kerja Fakri sebagai Technicians di sebuah kilang dalam bandar ini.
"Nina, take care tau. Kalau ada apa-apa call je aku. Jaga anak kita baik-baik okeh?" Seusai berkata sempat dia mengenyitkan mata dan tertawa kecil dengan ayat sendiri.
Tersentak Nina mendengar penghujung kata lelaki itu. Tapi dia tak ambil hati sebab tahu perangai Fakri yang suka mengusik sejak dulu.
"Yolah, hati-hati bawak kereta tu" Dan bayangan kereta berwarna Rose Gold jenis Toyota Camry semakin mengecil pada pandangan.
"Sweet nya warna kereta dia.." Nina tertawa kecil.
YOU ARE READING
Adam Mikhael
FanfictionKisah cinta antara dua jiwa yang berakhir dengan penuh tragedi yang hampir meragut nyawa seseorang insan tidak berdosa. Jika dilihat daripada mana-mana sudut sekalipun, tiada salahnya dia wujud di dunia ini. Selayak fitrahnya sebagai penyeri rumahta...