Imbas kembali
Girang sekali perasaan Nina ketika ini, semua persiapan dan susun atur sudah dilengkapkan. Dia berharap agar semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
Sengaja dia mengambil cuti pada hari ini tanpa memberitahu Farzhan terlebih dahulu, yelah dia merancang nak bagi kejutan istimewa buat suaminya itu memandangkan hari ini pun merupakan hari lahir suaminya.
Nina terundur beberapa tapak ke belakang sambil tangannya menggenggam sejambak mawar merah. Dia memerhatikan kedudukan pasu gelas yang diletakkan di tengah-tengah meja makan yang sudah pun dihiasi dengan lilin di sekelilingnya, kemudian menyusun pula jambangan mawar itu kedalam pasu gelas dengan penuh teliti.
Tersungging senyuman dibibir munggil Nina.Seketika dia terundur ke belakang dan memerhatikan kembali meja makan itu. Nina berasa masih tidak puas hati, walhal segalanya sudah sempurna. Ayam grill dan spegeti bolognaise yang dimasak olehnya sudah pun dihidangkan. Kek berbentuk hati berwarna merah kaca juga sudah terhidang di atas meja tersebut. Dan paling penting, hadiah yang teramat istimewa juga sudah dia sediakan.
Benar-benar teruja Nina sekarang ni kerana menjangkakan yang Farzhan akan terkejut.
Terlepas tawa Nina bila membayangkan reaksi Fazhan membuka kotak hadiah, pasti lelaki itu akan menerpa ke arahnya dan memeluk erat tubuh Nina.Dia ketika ini hanyalah menunggu kepulangan Fazhan daripada sekolah, maklumlah dia kan berkahwin dengan seorang guru.
Terdengar deruman enjin kereta memasuki perkarangan rumah, berlekas Nina memperkemaskan evening dress berwarna navy blue paras paha yang tersarung di badannya. Rambutnya yang panjang sengaja disanggul, mempamerkan leher jenjangnya. Dia turut memakai subang berjurai-jurai yang menyerlahkan lagi kejelitaan.
Saat terdengar bunyi kunci berlaga dengan pagar, Nina dengan penuh sopan santun membuka pintu rumah diikuti seulas senyuman manis.
Berubah riak wajah Fazhan ketika ini, nampak terkejut lelaki itu."Sayang??? A.. Awak ada kat rumah?" Tergagap-gagap pula dia, ditambah lagi dengan melihat penampilan Nina yang sungguh cantik dan menggoda. Jarang isterinya itu nak berpakaian singkat walaupun cuma tinggal berdua dengan dia.
Nina tergelak manja melihat reaksi Fazhan, segera tangan kekar lelaki itu dicapai dan disalami.
"Nina ada buatkan sesuatu untuk abang. Dan Nina pasti yang abang terlupa tentang hari ni." Lama matanya memandang Fazhan.
Lelaki itu berkerut kening, memikirkan 'sesuatu' yang dikatakan oleh Nina.
Baru saja dia nak bertanya, isterinya itu segera memintas. Di tolak lembut badan Fazhan agar berpaling daripada menghadapnya."Kenapa ni Nina sayang? Apa yang awak cuba lakukan pada saya? Jangan macam-macam sayang." Separuh mengusik Fazhan bertanya kerana ketika ini tiba-tiba saja Nina menutup mata Fazhan menggunakan sehelai kain panjang.
"U will know soon hubby" Terkekeh dia ketawa kerana berjaya membuli Fazhan dengan menutup mata lelaki itu. Dia kemudian mempimpin tangan Fazhan sehingga ke meja makan.
"Are you ready abang?"
Terdengar nada ceria dalam suaranya dan kelihatan Fazhan mengangguk.
Perlahan-lahan penutup mata yang diikat meliliti kepala Fazhan di tanggalkan."Surprise! Happy Birthday My Husband" Ujar Nina seraya mendepangkan tangan.
Jelas riak terkejut dan gembira di wajah Fazhan.
Pantas saja Nina menarik kerusi buat suaminya lalu mempelawa lelaki itu duduk."Bila sayang prepare semua ni? Abang tak tahu pun"
"Rahsia"
Matanya terarah pada susun atur di dalam rumah, ruang tamu dihiasi belon helium berwarna hitam dan emas, begitu juga meja makan mereka, semuanya nampak sepadan. Ditambah lagi dengan lilin yang dipasang benar-benar menaikkan suasana romantis.
"Jom makan, abang. Nina ada masak Ayam grill dengan spegeti bolognaise. Favourite abang kan?"
Cekap tangannya menghiris ayam grill itu dan meletakkan ke dalam pinggan berisi spegeti untuk suaminya.Fazhan hanya memerhati gelagat Nina. Sungguh, cantik benar Nina kala ini.
"Thanks sayang. Abang betul-betul tak ingat yang hari ni harijadi abang sendiri dan thanks juga sebab buat semua ni untuk abang"
Nina hanya tergangguk-angguk beberapa kali diikuti senyuman yang tak pernah lekang menghiasi wajah bujur sirih miliknya.Dan mereka pun menikmati suasana 'jamuan kecil-kecilan' itu dengan perasaan teramat bahagia.
YOU ARE READING
Adam Mikhael
FanfictionKisah cinta antara dua jiwa yang berakhir dengan penuh tragedi yang hampir meragut nyawa seseorang insan tidak berdosa. Jika dilihat daripada mana-mana sudut sekalipun, tiada salahnya dia wujud di dunia ini. Selayak fitrahnya sebagai penyeri rumahta...