"Kenapalah nasib aku macam ni? Apa salah aku?" tanpa dia sedar dia sudah masuk ke pendalaman hutan.
Beberapa saat kemudian barulah dia sedar yang dia berada di pendalaman hutan sedangkan dia tak pernah masuk hutan sedalam itu.
Setelah lama berjalan untuk mencari jalan keluar tiba-tiba dia terserempak dengan seorang lelaki yang dipenuhi luka dan juga lelaki tersebut pengsan. Raven cepat-cepat ke arah lelaki tersebut. "Aduh ada orang terluka pula. Encik? Encik dapat dengar saya tak?" Raven jadi risau dan juga sedikit mengerakkan badan lelaki itu.
Raven memapah lelaki tersebut dan mencari tempat untuk berteduh. Sudah lama berjalan akhirnya dia melihat satu pondok yang usang, dia segera meletakkan lelaki tadi dengan membaringkan lelaki itu.
Dia juga membersih pondok usang tersebut supaya selesa sedikit untuk tinggal sementara lelaki asing itu sedar. Selepas selesai mengemas, Raven terus cari herba yang sesuai untuk merawat luka pada lelaki tersebut. Raven dia pandai merawat luka menggunakan herba.
2 hari kemudian, lelaki asing bagi Raven telah pun sedar. "Aku dekat mana ni? Bukan kah aku dalam hutan? Habis tu ni rumah siapa pula?" banyak tanda tanya dikepala lelaki itu. Dia melihat badannya yang pernah cedera teruk sudah pun sembuh dan meninggalkan kesan luka sebelum ni.
"Oh, encik sudah bangun" kata Raven, lelaki itu mengambil pedangnya Dan menghalakan pedangnya ke arah Raven. Apabila lelaki itu mengetahui hanyalah seorang budak dia meletakkan balik pedangnya. "Ini rumah...... Kamu?" soal lelaki itu. "Ermm... Boleh dikatakan begitulah, sebab kita ni dalam pendalaman hutan atau boleh saya kata kita sesat" kata Raven sambil meletakkan buah-buahan yang telah dipetiknya berdekatan dengan pondok itu.
"Nama kamu apa?" soal lelaki itu. "Oh nama saya Raven, Raven Darwen. Encik pula?" kata Raven. 'Budak ni lain je, mata dan rambut tak sama warna',"Oh, Saya Albert Einstein Wyvrell, selamat berkenalan Darwen" kata lelaki itu atau Albert. "Panggil saja saya Raven" senyum Raven. Mereka pun makan buah buahan bersama.
Suatu hari, Albert ingin kembali ke ibu kota kerana sudah 2 minggu dia tidak kembali untuk melaporkan kepada orang atasan yang bergelar sebagai raja.
"Abang Albert nak ke mana?" soal Raven. "Abang rasa Dah tiba masa abang balik" Setelah mendengar Albert mengatakan itu, Raven hanya tersenyum lemah kerana dia akan keseorangan lagi.
「TBC」
YOU ARE READING
The Prince 🏰 Slow Updated
FantasyHaa yang ni ada yang tak ikut tajuk ceritanya ye~ so jadi pelik sikit la hahaha. Harap-harap para readers sekalian enjoy membaca!!! '(*∩_∩*)′ > Seorang lelaki bernama Raven dari kecil lagi dia dihina kerana warna rambut dan mata dia berlainan dari o...