"Tak sangka kan yang kita ni bergabung" kata Zeke dengan tenang. "Yelah aku pun" kata Galen pula.
"Ermm Iwan kenapa kau macam roh dah keluar dari badan kau?" kata Riel lalu semua memandang ke arah Iwan yang masih jadi patung. "Iwan~?" panggil Riel. Galen cucuk guna telunjuk jarinya di bahu Iwan yang sudah mematung. "Memang macam ni bila orang biasa dengan top pelajar dan kelas atas lagi" kata Alden yang masih menghayun pedang kayu.
Raven berjalan menuju mereka kemudian dia jentik dahi Iwan barulah Iwan sedar. "Haa sedar pun engkau! Ingatkan masih melayang disana" kata Galen sambil menunjuk ke atas terus Iwan memandang ke atas. "Mana ade" nafi Iwan.
"Ven jom berlatih bersama" ajak Alden. Raven dan Alden berlatih bersama-sama seperti posisi satu lawan satu maka mereka hanya memerhati sahaja. "Korang pun berlatih bersama" kata Alden "Ini perintah" sambungnya lagi dan senyum. Bagi mereka senyuman itu menyeramkan lantas mereka bangun dan berlatih bersama tapi Iwan jadi juri mereka pula, kalau sorang kalah baru Iwan pula yang berlawan dengan yang dah menang.
"Kumpulan Iwan bagus juga" gumam Owen. "Hi Mr Owen!" sapa seseorang lantas Owen memandang dan sebuah senyuman dibibirnya. "Korang dah balik rupanya" kata Owen. "Mr Owen tengah curi tulang ke?" kata seorang lagi. "Apa yang kamu merepek ni, Kuro" kata Owen sambil ketawa kecil.
"Kuro, Yuro dah la jangan nak gurau dengan cikgu Owen lagi. Ingat umur kamu berdua tu dah berapa" kata seorang lagi, Yuno. "Apa salah aku? Kenapa aku kene sekali? Aku sapa cikgu Owen je "kata Yuro binggung. Owen hanya ketawa melihat gelagat 3 kembar itu.
Yuno merupakan paling tua antara 3 kembar itu kemudian Yuro dan terakhir Kuro.
"Hai seniors!" sapa Iwan. "Eh Iwan!! Meh sini abang nak peluk!" kata Kuro lalu memeluk Iwan. Terkepai-kepai tangan Iwan mencari nafas. "Kuro! Mati anak aku nanti! " kata Owen lalu meleraikan pelukan Kuro lalu menyelamatkan anaknya. "Sayangnya cikgu Owen dengan Iwan" kata Kuro. "Dah namanya Iwan itu memang anak cikgu Owen" kata Yuro. Raven, Riel, Zeke,alden dan Galen hanya memerhati mereka sahaja.
Ingin saja Riel nak lari tapi tak sempat kerana Kuro menarik lengannya. "Riel apa khabar" kata Kuro. "Kuro jangan nak buat Riel jadi mangsa seterusnya ye" kata Yuno terus menarik Riel disampingnya. "Apa la Yuno ni, semua tak boleh" rungut Kuro. "Ah! Tuanku Alden!" kata Yuno yang menyedari Alden ada disitu lalu tunduk begitu juga dengan Yuro dan Kuro. "Tak perlu tunduk, lagipun kamu kan senior saya" kata Alden seperti dia rasa bersalah pula.
Yuno, Yuro dan kuro pun tidak tunduk lagi. "Aii? Ni siapa pula ni?" kata Yuro sambil menunjuk ke arah Raven. "Pelajar baru " kata Owen, Yuro ber'oh je. "Kenapa bagi aku, kenapa muka dia macam seseorang?" kata Yuno. "Yuno pun perasan ke?" kata Owen dan Yuro serentak. Yuno angguk. Sahabat Raven binggung tetapi Alden juga turut seperti Owen, Yuno dan Yuro.
"Macam muka Raja Kiryoki" kata mereka serentak. Alden pula terangguk-angguk macam burung belatuk pula. "Err.... Siapa Raja Kiryoki?" soal Raven terus bunyi loceng sekolah.
"Eherm!! Baiklah semua pelajar kamu semua boleh ke kelas masing-masing" kata Owen dengan tegas. Pelajar disitu terus ke kelas masing-masing.
"Raven nanti kita balik sama-sama ya?!" kata Alden dengan terujanya disebabkan Raven satu sekolah dengannya dia rasa sangat senang hati.
Raven, Riel dan Iwan ke arah kiri manakala Alden, Harith Zeke dan Galen ke arah kanan. Kelas mereka berpecah. Iwan ingin ke tandas dahulu dan menyuruh Raven dan Riel balik ke kelas dahulu kemudian dia akan menyusul mereka nanti. Bila mereka berdua ingin ke kelas, pelajar dari kelas Diamond menarik mereka ke suatu sudut.
"Riel macam biasa kalau tak, ni kau makan" kata lelaki itu sambil menunjuk penumbuknya. Raven dah memang tak tahu apa-apa berdiri disitu sahaja. "Lee aku tak de duit la" kata Riel. "Eh-eleh tadi waktu rehat tadi ada je duit kau, banyak pula tu" kata lelaki pembuli,Lee."Korang pergi check budak tu" kata Lee sambil tunjuk kearah Raven. Bila Lee ingin menumbuk Riel, Raven cepat-cepat memegang tangan Lee.
"Woi korang buat apa! Kenapa dia boleh terlepas!" marah Lee, dia cuba tarik-tarik tangannya tetapi tidak berjaya. "Dia tiba-tiba hilang tadi"kata seseorang itu. Lee memandang kearah Raven dan dia melihat mata Raven berubah menjadi merah darah dan dia menjadi takut. Baginya Raven bukan tandingnya. Raven menumbuk perut Lee lalu Lee terpelanting.
Iwan kemudian datang menemui mereka. "Lee! Iwan datang!" mereka tergesa-gesa lari. "Ceh! Tau takut. Korang ok tak?" kata Iwan lalu memandang kearah Riel dan Raven terus dia nampak Raven tak sedarkan diri.
Waktu sekolah dah habis dan Raven masih tak sedarkan diri.
Bam!!
Riel,alden dan Iwan memandang kearah pintu dan mereka melihat Albert di depan pintu itu. "Apa dah jadi?" kata Albert tercunggap-cunggap. "Kan aku dah cakap, kalau guna portal lagi senang dari kau berlari dari istana ke akademi lagi susah" kata Fen sedang duduk di kerusi. "Nak bersenam" balas Albert lalu dia menarik nafas dan hembus. "Tuanku Alden, apa yang dah terjadi" soal Albert pula. Alden tunjuk kearah Riel dan Iwan.
"Raven tadi selepas waktu PE kami.... Kami...kami dibuli dari kelas diamond. Diorang minta duit kami kemudian.... " Riel mengantung ayatnya."kemudian?" kata mereka serentak.
"Kemudian bila orang tu nak tumbuk saya Raven halang dia dan bila saya tengok Raven matanya berubah warna" sambung Riel. "Warna apa?" soal mereka lagi. "Anak matanya warna merah darah"..
Terus semua senyap. "Dekat mana ni? " soal Raven yang dah sedar lalu dia duduk. "Dekat bilik rawatan" kata Riel. "Oh" kata Raven. "Jom balik, mak dah risau tu hari pun dah petang" kata Albert. Dan mereka pun balik alang-alang Albert hantar Alden ke istana.
Di rumah Wyvrell,
"Raven tak apa-apa kan?" soal Sofia kepada anak angkatnya. "Ya ibu Raven tak apa-apa, biar Raven tolong ibu masak untuk makan malam" kata Raven dan Sofia pun membenarkannya.
Alfender dan Albert sudah pulang dan mereka makan bersama. "Hari ini Raven yang tolong saya masak tadi" kata Sofia terus angkat kepala Raven. "Apa ni bonda -" Raven terus tutup mulutnya. "Bonda?" soal Alfender dan Albert serentak, Raven menggeleng.
Di bilik Raven, dia terus memikirkan gal tadi, kenapa dia menyebut ibunya bonda? Setelah lama memikir dia terus tertidur.
T . B . C
YOU ARE READING
The Prince 🏰 Slow Updated
FantasyHaa yang ni ada yang tak ikut tajuk ceritanya ye~ so jadi pelik sikit la hahaha. Harap-harap para readers sekalian enjoy membaca!!! '(*∩_∩*)′ > Seorang lelaki bernama Raven dari kecil lagi dia dihina kerana warna rambut dan mata dia berlainan dari o...