"Adik sayang~ dekat mana~" sekali lagi Albert berdrama sambil mencari-cari Raven sembunyi dimana
✿*゚¨゚✎*.:。 ✿*゚¨゚✎・ ✿
Tiba-tiba,
"IBU!! SELAMATKAN RAVEN!! AAHHH" Puan Sofia terdengar jeritan Raven hanya ketawa kecil begitu juga dengan ayah mereka.
Malam datang menjelma,
"Sedap?" kata Albert dengan senyuman. "Apa abang ni, kalau orang pengsan macam mana?" balas Raven dengan jelingan.
"Albert nanti jumpa ayah dekat bilik ayah ye selepas makan" kata Alfender sebelum ke bilik tempat selalu Albert dengan Alfender berjumpa. Lalu Albert hanya membuat tanda ok.
Tok tok tok! Mendengar suara dari dalam bilik itu membenarkannya masuk dia pun masuk.
"Kenapa ayah panggil Al ke sini ada misi baru ke? " tanya Albert. "Al ingat tak Raja yang kerajaannya hancur dahulu?" soal Alfender, Albert angguk je. "Kenapa dengan tu ayah? "
"Raja itu sebenarnya masih hidup lagi" kata Alfender. "R-raja Kiryoki m-masih hidup?!" kata Albert dengan senyuman yang dia rasa sangat gembira kerana idolanya masih hidup. Dari Albert kecil lagi dia sangat mengagumi Raja Kiryoki sebagai idolanya. "Ayah tahu yang Raja Kiryoki tu idola kamu tapi dengar dulu la apa yang ayah nak cakap".."ye ye sorry ayah hehe".
"Al ada rasa sesuatu yang sama dekat Ral tak?" soal Alfender sekali lagi. Albert menggeleng. "Ral dia,muka dia sama maksud ayah hampir sama dengan muka Raja Kiryoki,itu disebabkan kamu ni lupa muka sebenar Raja Kiryoki tu lah kamu boleh jadi pelupa" kata ayahnya lagi. "Aduhh pedasnya ayah kata" kata Albert sambil membuat gaya seperti dia ditusuk.
Malam itu Alfender dan Albert berbincang mengenai sesuatu, Raven ingin mencuri dengar perbualan mereka tetapi tidak dapat kerana diletak oleh sihir Alfender kalis suara. Raven dia putus asa terus ke biliknya.
Di dalam mimpi Raven,
Bila Raven membuka matanya, dia melihat sekelilingnya itu semua nya warna putih.
"Aku dekat mana ni? Macam mana nak keluar dari sini?" banyak soal yang ada dikepala Raven. Tiba-tiba di melihat sesuatu seperti rakam audio lalu tiba-tiba air matanya terjatuh.
"I-ibu? A-ayah?" itulah yang keluar dari mulut Raven.
Bahu Raven dipegang seseorang lalu dia berpaling,alangkahnya dia terkejut dengan figura seorang lelaki dihadapannya lalu dia memeluk lelaki itu dan itu pun turut memeluk Raven dengan air mata yang mengalir.
"Raven apa khabar?" soal lelaki itu atau dikenali sebagai Raja Kiryoki, akan tetapi lelaki itu tidak memakai baju diraja.
"Raven rind ayah! Kenapa ayah tinggalkan Raven seorang!?" kata Raven lalu memandang Raja Kiryoki. "Maaf" senyum Raja Kiryoki membuatkan hati Raven rasa lega. Begitu juga dengan Raja Kiryoki kerana telah menemui anaknya yang telah lama menghilang selama 15 tahun lalu.
Di dalam mimpi itu Raja Kiryoki dan Raven berbual lama menyebabkan Raven di dunia realiti tidur selama 2 minggu walaupun di dalam mimpi Raven hanya satu hari sahaja.
End of Raven's dream
Raven membuka matanya dan melihat ramai orang menggelilingnya di biliknya.
"Err... What wrong" soalnya kemudian semua orang memandangnya dengan senyuman gembira,ada yang menghela nafas. Puan Sofia terus memeluk Raven dengan tangisan.
"E-eh ibu k-kenapa ni?" berkelut Raven lalu dia memeluk Puan Sofia dengan erat. "Kenapa ni?" soalnya lagi.
"Raven tau tak yang ibu risaukan Raven?"kata Albert dengan suara mengetar. Terkejutlah Raven dengan suara Albert sebab dia dapat rasakan yang Albert dia sedang menahan tangisannya.
"Raven kau tak datang sekolah 2 minggu tau" kata Riel terus. Puan Sofia sudah tidak memeluk Raven lalu terkejutlah Raven kemudian dia cemas.
"aii? Kau buat apa?" soal Zeke. "Kan aku dah sekolah haruslah Aku tulis surat kemudian hantar" kata Raven. "Tak perlulah kitaorang dah bagi dah" kata Riel,Iwan, Galen dan Harith serentak. "Oh yeke? Terima kasih" senyum Raven membuatkan semua yang menyaksikan itu tergaman.
Ruang tamu
"Maaf buatkan ibu, abang Albert dan korang risau" kata Raven menundukkan kepalanya.
"Itu namanya keluarga dan kawan" kata Iwan dengan senyuman. Semua menyetujui Iwan. Tapi mereka melihat Raven tersenyum-senyum seorang diri membuatkan mereka bertambah risau. Alden dia tidak dibenarkan oleh ayahandanya keluar dihujung minggu dengan sebab.
"Kalau macam tu kami balik dulu dan kerja sekolah kamu ada dekat bilik kamu" kata Iwan mengetuai yang lain lalu mereka pun pulang.
"Ibu terima kasih sebab risaukan Raven" kata Raven,puan Sofia tersenyum. "Abang tak?"kata Albert, "Abang pun sama terima kasih" kata Raven lalu memeluk Puan Sofia dan Albert.
"Kenapa abang tak bertugas?" kata Raven lalu cepat-cepat Albert keluar. "Abang kamu memang macam tu dari dulu lagi" kata Puan Sofia, Raven ber'oh je.
‹•.•› T. B. C ‹•.•›
YOU ARE READING
The Prince 🏰 Slow Updated
FantasyHaa yang ni ada yang tak ikut tajuk ceritanya ye~ so jadi pelik sikit la hahaha. Harap-harap para readers sekalian enjoy membaca!!! '(*∩_∩*)′ > Seorang lelaki bernama Raven dari kecil lagi dia dihina kerana warna rambut dan mata dia berlainan dari o...