◐ Part 2 ◐

163 13 0
                                    

"Abang Albert nak ke mana?" soal Raven. "Abang rasa Dah tiba masa abang balik" Setelah mendengar Albert mengatakan itu, Raven hanya tersenyum lemah kerana dia akan keseorangan lagi.

"Raven nak ikut abang tak?" mendengar Albert mengatakan itu terus bersinar-sinar di muka Raven. "Err... Boleh ke saya ikut abang? Tak menyusahkan ke?" kata Raven. "Abang bukan apa, abang tak sanggup tengok Raven seorang kat hutan ni malah Raven tak ingat jalan ke kampung Raven lagi pun abang anggap Raven macam adik sendiri" kata Albert. "Baiklah Raven ikut abang" Raven tersenyum.

Albert lega hati kerana dapat memujuk Raven untuk mengikutnya kembali ke ibukota, Albert juga perasan yang Raven baru kali pertamanya senyum mesra kepadanya Dan dia juga dapat tahu yang Raven keseorangan. Kalau dia tanya pasal ibu bapa Raven pasti Raven tidak akan bersuara mengenai keluarganya.

Raven dan Albert berjalan meredahi hutan untuk mencari jalan keluar. Albert sedikit mengingati jalan keluar dan pun sempat lagi membuat tanda untuk mereka keluar dari hutan itu.

Kira-kira 4 jam berjalan akhirnya mereka pun telah keluar dari hutan tersebut. Raven yang melihat dunia luar begitu kagum sekali kerana dia tidak pernah ke luar selain memasuki hutan dan terperap dikampungnya.

"Kita rehat dulu nanti selepas kita rehat kita teruskan jalan menuju ke kota" kata Albert. "Baik abang" jawab Raven.

10 minit mereka berehat kemudian mereka kembali berjalan. "Abang kenapa masa itu abang ada luka teruk?" soal Raven. "Oh abang tak ceritakan ke?" Raven menggeleng. "Eherm! Baiklah, masa itu abang tengah jalan-jalan dengan kawan-kawan abang, bila kami sudah di pendalaman hutan tiba-tiba kami diserang dan kami terpisah. Abang pun tak pasti orang serang abang tu sebab dia tutup muka dia dan dia guna kuasa abang pula tak sempat guna terpaksa lah abang guna pedang" terang Albert. "Patut la pedang abang patah".

Kemudian, kereta kuda lalu dan berhenti di sebelah mereka. "Pak cik nak pergi ke kota ke?" soal Albert."Ya, Pak cik sedang menuju ke kota jadi anak-anak pun pergi kesana? Kalau begitu naiklah" kata pak cik itu. Raven dan Albert mengucap terima kasih serentak.

Tiba di ibukota

Albert membayar pakcik itu dan terus membawa Raven ke istana. Raven melihat sekeliling kota itu sungguh indah di matanya. Raven dan Albert telah sampai di depan pagar istana dan dibenarkan masuk.

"Albert!!!!" jerit seseorang datang dan terus memeluk Albert. "Wey apa ni Lisya" Albert penolak perempuan yang bernama Lisya. "Bert kau pergi mana selama ni? " soal seorang lelaki, Raven hanya memerhati mereka sahaja kerana itu kali pertama dia masuk diperkarang istana mestilah takut kan. "Pergi meroyan" kata Albert. "Aku cakap betulla kau betul-betul la sikit!" kata lelaki itu tadi. "Tak de lah aku gurau je. Aku masih kat hutan tempat kita kena serang then aku dah la sembuh. Fen kau pula macam mana boleh keluar dari hutan tu dah la hutan tu tebal aku ambik 2 minggu untuk keluar tau"kata Albert. "Aku guna track power aku la, masa aku cari kau tak dapat kesan then aku putuskan untuk hantar Lisya, Patrick, Terry ngan aku sekali la p sini" terang Fen, nama sebenar Fenddy Ferl.

"Pasal luka kitorang tak lah teruk sangat. Aku calar sikit je. Patrick berbalutkan kepalanya...." kata Fen. "Woi takyah la cerita pasal kepala aku pula" marah Patrick. "Lisya dia cedera tangan Kiri dia dan Terry dia cedera kat kaki kanan dan tangan kiri tapi masih ok, kau pula? " sambung Fen, semua memandang Albert kecuali Terry kerana dia ada tugas dia takde pun dengan diorang. "Aku cedera parah dari korang... Korang nak tau tak yang lawan aku tu kuat dari aku? Aku rasa aku macam kena tusuk la sebab ada parut lagi dan korang tak perlu tengok" kata Albert.

"Habis tu siapa yang rawatkan awak? Sedangkan awak dekat dalam hutan tu" kata Lisya. "Budak ni.... Eh? Mana dia? " kata Albert yang tercari-cari kelibat Raven. "Oh itu pun dia, Raven! Sini sekejap" Raven pun berlari keanakan kearah Albert dan berdiri disebelah Albert. "Haa.... Dia nilah yang rawat aku. Jangan pandang rendah dia hebat tau! Luka aku dah sembuh dalam masa 2 hari je" kata Albert lagi.

"Nama adik apa? Umur berapa?" soal Lisya. "Raven Darwen, panggil Raven saja dan umur saya 16 tahun" kata Raven. "adik aku" sambung Albert. "Eh! Nama belakang tak sama je" kata Lisya dan Fen serentak. "Adik angkat" kata Albert dengan malas. Fen dan Lisya ber'oh sahaja."Aku balik dulu!" . "Ok then jangan lupa datang bertugas macam biasa!" jerit Fen dan Albert membuat tanda 'ok' di tangannya.

Di rumah Albert..

"Jom masuk then pergi mandi jumpa abang dekat ruang tamu" kata Albert, Raven hanya menuruti sahaja. Pastikan korang nak tau Raven pakai baju siapa, Raven pakai baju Albert yang masih remaja dulu kala.

10 minit kemudian, mereka terus ke pasar untuk membeli barang pelengkapan persekolahan dan turut membeli baju untuk Raven. Pada mulanya Raven menolak tetapi dia tidak dapat menolak kerana Albert kata dia ingin membalas jasa Raven. Barang persekolahan yang dibeli oleh Albert tidak diketahui oleh Raven kerana Albert tidak memberitahu Raven yang Raven akan bersekolah macam orang lain.

Mereka terus pulang ke rumah Albert apabila selesai membeli belah. Bila mereka masuk, seorang perempuan yang umurnya kira 30-an itu berada di dapur dan menyedari Albert bersama seseorang menyambut mereka.

"Albert pergi mana 2 minggu ni?" soal perempuan itu. "Maafkan Albert ibu, Albert sesat dalam hutan yang tak pernah Albert jejak selama ni" kata Albert. "Mm... Yelah tu. Ni anak siapa pula kamu bawa ni Albert?"soal perempuan itu lagi. "Haa..ibu perkenalkan ini Raven dan Raven ini mak abang, nama mak abang Sofia Mary Wyvrell" kata Raven. "Selamat berkenalan mak cik" sapa Raven. "Jangan panggil mak cik la Raven panggil je mak kan kau dah jadi adik angkat abang" tegur Albert. "Baguslah tu Albert, ada juga orang akan teman kamu. Panggil saja saya mak ye sayang" puan Sofia senyum membuatkan Raven mendapat kasih sayang seorang ibu semula dan Raven hanya angguk menuruti kata wanita itu.

Pintu rumah terbuka dan kelibat lelaki yang berumur 40-an itu masuk ke dalam rumah. Albert terus bangun dan membantu lelaki itu dikenali sebagai bapa kepada Albert. Albert menceritakan semuanya kepada ayahnya dan ayah Albert bernama Alfender Weinstein Wyvrell itu menerima Raven sebagai anak angkat mereka.

Raven banyak membantu puan Sofia dirumah walaupun tidak dibenarkan membantunya dan juga membantu ayah angkatnya. Jadi nama Raven yang baharu ialah Raven Raleigh Wyvrell, sebenarnya Alfender ingin membuat nama Raven, Raleigh,jadi dia menggabungkan nama Raven dengan Raleigh sekali. Raven berasa gembira kerana mempunyai keluarga baharunya dan tentu Albert selalu berada disisinya kerana Albert adalah abangnya yang sekarang.

Kalau yang nak tahu umur Albert berapa? Umur Albert baru 21 tahun dan dia anak tunggal Puan Sofia dan Alfender. Albert sememangnya menginginkan seorang adik untuk bersamanya jadi dia ambil la Raven sebagai adik angkat.

☜ Bersambung ☞

          ◌⑅⃝●♡⋆♡LOVE♡⋆♡●⑅◌

Wow 1122 words!!

Hai semuanya! Yang ini lagi baru ya ceritanya.
Jangan lupa tekan butang vote takdelah cuma saya nak para reader ringan kan sikit jari tu Hehehe that all for today!!

Love you guys!!

Tekan sini
   👇😊

The Prince 🏰 Slow Updated Where stories live. Discover now