"syifa, ayah nak cakap sesuatu sama kamu. mari duduk sini" arah haji syafi. syifa menghampiri semua ahli keluarganya yang berada di ruang tamu itu. "ada apa ayah?" tanya syifa dan memandang ayahnya dengan perasaan yang berkecamuk. "Ayah tidak mahu paksa kamu tapi keadaan memaksa ayah" jelas ayah dan mengeluh. " kawan baik ayah baru je meninggal dunia waktu tu" sambung ayah. "Innalilah" balas syifa. "Dan dia ada buat surat wasiat terakhirnya yang dia nak kamu kahwin dengan anak dia, ayah baca isi wasiat tu yang dia berharap sangat impiannya jadi kenyataan." terang haji syafi. syifa terkejut bukan kepalang. "Ayah bercanda kan? mak semua ni tipu je kan?" tanya syifa. mereka semua hanya menunduk tidak tahu macam mana lagi. "mak,please tell me this all are nonsense" syifa merayu. " Ayah minta maaf sebab kawan ayah,tapi ayah pasti kamu akan bahagia nanti" balas haji syafi. "Syifa tak nak kahwin, syifa baru 20 tahun takkan dah nak kahwin. syifa ada masa depan juga. nak habis kan pengajian syifa. Ayah tolong lah faham" rayu syifa dengan tangisan. " Ayah dan mak minta maaf, tapi ayah nak kamu tolong ayah penuhi permintaan ayah. Ayah tak akan hidup tenang kalau permintaan kawan ayah tak ayah tunaikan" terang ayah. " tapi ayah.." "Tolong penuhi permintaan ayah ya sayang. mak yakin kamu akan bahagia nanti" kata hajah maznah. syifa memandang mak nya yang berharap dan ayahnya. Ya Allah adakah aku patut menerima atau tidak. " syifa tak boleh nak beri jawapan dalam masa terdekat ni,syifa perlu masa nak fikir kan tentang semua ni" balas syifa dengan sebak. "Mak dan ayah harap jawapan kamu tidak menghampakan kami." kata hajah maznah. syifa rasa bersalah. tapi aku tak nak kahwin. aku baru 20 tahun tak kan aku dah nak kahwin. Syifa sedih mengenangkan nasib nya. bagaimana kalau lelaki tu tak terima aku. hidup aku akan hancur nanti. syifa mengeluh lagi.