Bab 10

991 6 2
                                    

Hisyam mengetuk pintu bilik Syifa berkali-kali. "oii! bukak pintu ni, kau buat apa kat dalam tu?" jerit Hisyam dari luar.

Menyampahnya aku dengan mamat ni! Aku baru nak rehat ada pulak lalat yng kacau aku. Syifa membuka pintu dan mengesat matanya.

"Hahh, kau nak apa? aku nak mandi ni" jawab syifa.

"Nanti-nantilah kau mandi, aku nak cakap sesuatu dengan kau" arah Hisyam.

Hisyam berlalu ke ruang tamu dan di ikuti oleh syifa. Syifa duduk menunggu bicara Hisyam.

" aku nak bagi tahu kau undang-undang yang kau kena ikut. pertama, kau jangan sesuka hati masuk bilik aku. kedua, Jangan usik barang peribadi aku yang ada dalam rumah ni. ketiga, kau jangan sibuk urusan aku dan aku takkan sibuk urusan kau juga. kau boleh buat apa saja yang kau nak and kau tak payah masakkan apa-apa untuk aku. Itu saja, kau faham tak?" terang hisyam.

Aku masak untuk kau! memang tak lah. "Aku faham lah" jawab Syifa selamba.

"bagus kalau kau dah faham" Hisyam berlalu masuk ke biliknya semula.

Syifa termenung memikirkan rumah tangganya. Ada suami..macam tak ada suami. apa lah nasib aku. syifa mengeluh lagi. Tiba-tiba iskandar memeranjatkan syifa dari belakang iaitu kawan rapat syifa.

" Oh Mak Kau!!" Syifa melatah dan mengusap-ngusap dadanya yang berdenyut laju akibat terkejut. " Aku sekeh juga budak ni nanti! kau tak reti bagi salam ke?" marah syifa.

Iskandar ketawa terbahak-bahak. "sorry lah, kau tu asyik sangat termenung. kau fikir apa?" tanya iskandar dan merenung buah hati yang di minatinya dari dulu sampai ke hari ini.

Alamak! takkan aku nak bagi tahu yang aku dah kahwin. Memang tak lah! Ainan dan Yana je tahu pasal benda ni.

"Tak ada apa lah, aku pikir tentang exam untuk bulan depan" tipu syifa sambil tersenyum.

"ohh..." Iskandar hanya mengangguk.

"Yana ngan Ainan mana? Dari tadi aku tak nampak diorang" tanya syifa sambil mencari kelibat kawannya.

"Diaorang jumpa lecturer Jessica" beritahu Iskandar. syifa hanya mengangguk.

" Ihh..dah lewat lah, aku balik dulu lah" kata syifa sambil mengerling jam di pergelangan tangannya menunjukkan pukul 4 petang.

"Aku hantar kau balik. daripada kau naik teksi, bahaya" pelawa Iskandar. Syifa berfikir sekejap.

"okeylah, tapi kau hantar aku kat rumah abang saudara aku. boleh?" tanya syifa.

" kau tak tinggal dengan Iman lagi ke?" tanya Iskandar hairan.

" Buat masa ni aku tinggal rumah abang saudara aku buat sementara" jelas syifa dengan gugup. Iskandar hanya mengangguk. " jom!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 23, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JANJI KITAWhere stories live. Discover now