Semasa ketiadaan Kai, Yoo Sera cepat-cepat menuju ke tingkat atas menuju ke arah bilik Kai. Tombol dipulas. Pintu tidak berkunci. Dia masuk dengan berhati-hati dan terus langkahnya dihala ke arah bilik air.
Sera: Banyaklah pulak mamat ni punya perfume. Mana satu ni?
Yoo Sera membebel sendirian, tangannya pantas memeriksa satu persatu perfume yang ada.
Sera: Dah jumpa! Uhuk…busuk betul bau.
Yoo Sera memasukkan perfume tersebut ke dalam poket apronnya. Cepat2 dia keluar dari bilik tersebut, risau jika Kai sudah pulang. Dia terus menghala kebiliknya. Perfume tersebut disimpan rapi di dalam timbunan selimut yang ada di dalam almari.
Sera: Fuhhh…selamat. Pasni takdelah aku nak termuntah lagi bau perfume yang busuk tu.
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
Pagi-pagi lagi Kai bangun dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Selepas mengenakan kot dan tie, dia menuju ke arah bilik air. Dia membelek-belek mukanya dicermin.
Kai: Handsome..
Kai memuji diri sendiri. Tangannya mencapai emulsion, lalu disapukan ke seluruh wajahnya. Kemudian satu persatu botol perfume diperiksanya.
Kai: Mana pulak Tom Ford Noir? Rasanya pagi semalam still ada lagi kat sini..
Kai berfikir sejenak.
Kai: Ni mesti kerja Sera, semalam dia ada cakap perfume aku busuk. Nak kena pompuan ni!
Kai terus keluar dari biliknya, cepat2 dia menuruni tangga menuju ke dapur.
Kai: Yoo Sera!!!!!
Sera yang sedang leka mengacau Bean Sprouts soup terkejut. Hampir terlepas senduk ditangan.
Kai: Pulangkan balik perfume aku. Aku tau ko yang ambil.
Sera: Perfume? Perfume apa plak?
Kai: Ko jangan buat2 tak tahu plak. Aku tau ko berdendam dengan perfume aku.
Kai menghampiri Yoo Sera. Tangan Sera dipegang kemas.
Sera: Apa ni, sakitlah..lepaskan!
Kai: Aku takkan lepaskan selagi ko tak bagi balik perfume aku.
Sera: Tak nak! Perfume tu busuk sangat
Kai cuba merapatkan badannya. Dia berbisik perlahan di telinga Yoo Sera.
Kai: Nak bagi ke tak? Kalau tak nak, aku cium ko..
Kai cuba menggugut Sera. Kelihatan Yoo Sera sedikit cuak.
Sera: Ba..baik..encik tunggu sini, saya ambilkan.
Kai: Cepat sikit, aku dah lewat nak pergi kerja ni.
Tergesa-gesa Yoo Sera ke biliknya. Perfume yang disorokkannya diambil balik. Kemudian dia kembali ke dapur. Perfume tersebut digenggam kemas.
Kai: Bak sini!
Yoo Sera teragak-agak untuk menyerahkan balik perfume tersebut kepada Kai.
