PART 20

514 42 0
                                    

Buntang mata Yoo Sera melihat Kai yang sedang berbaring di atas katil sebaik dia keluar dari bilik air.

Sera: Awak buat apa kat sini?

Kai: Tidurlah..takkan nak main golf plak.

Kai cuba membuat lawak, namun dibalas dengan sebuah jelingan. Yoo Sera menghampiri Kai dan menarik tangannya.

Sera: Bangunlah..Awak tidur kat bilik atas.

Kai: Kenapa plak? Salah ke saya nak tidur kat sini? Lagipun kita suami isteri..

Sera: Rimaslah tengok muka awak, menyakitkan hati je..

Kai terkejut sebaik mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Yoo Sera.

Kai: Benci sangat ke awak dekat saya? Besar sangat ke dosa saya terhadap awak?

Yoo Sera hanya terdiam, tidak mampu membalas kata-kata Kai.

Kai: Awak tak perlu risau, saya just nak tidur je..temankan awak. Saya takkan buat pape.

Kai kembali merebahkan dirinya di atas katil. Tangan diletakkan di atas dahi, tidak sampai 5 minit dia tertidur.

 

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

 

Yoo Sera terjaga dari tidur, manakala Kai pula sudah tiada disebelahnya. Dia bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mencuci muka dan kemudian keluar dari bilik. Dia mengatur langkahnya menuju ke arah dapur. Langkahnya dimatikan apabila terpandang susuk tubuh seorang lelaki di dapur yang sedang leka memasak.

Sera: Jin?

Berkali-kali Yoo Sera menggosok matanya. Dia terus menuju ke dapur dan memeluk lelaki tersebut dari belakang.

Sera: Jin…awak dah balik?

Yoo Sera mula menangis. Lelaki tersebut memusingkan badannya. Alangkah terkejut Yoo Sera sebaik terpandang wajah yang amat dibencinya. Pelukan dilepaskan.

Kai: Sera..are you okay?

Sera: So…sorry…saya keliru.

Yoo Sera mengundur beberapa tapak, niatnya ingin kembali ke bilik. Namun Kai pantas menarik tangannya dan memeluk dengan erat.

Sera: Apa awak buat ni? Lepaskan!!

Kai: Tak nak..

Yoo Sera geram, lantas dia memijak dengan kuat kaki Kai.

Kai: Sakitlah..

Sera: Jangan cuba nak ambil kesempatan ke atas saya.

Yoo Sera berlalu pergi meninggalkan Kai yang menahan sakit sambil menggosok-gosok kakinya.

Kai: Awak tak nak  breakfast ke?

Sera: Tak nak! Takde selera kalau awak yang masak.

Yoo Sera terus masuk ke dalam bilik dengan menghempas pintu sekuat hati. Wajah Kai berubah menjadi keruh.

Kai: Sera..Sera..takpe..sekarang awak benci saya..kalau saya dah takde nanti baru terhegeh-hegeh nak cari (monolog)

Sebaik masuk ke dalam bilik, Yoo Sera duduk di birai katil. Dia mengetuk-ngetuk kepalanya berkali-kali.

Sera: Malunya…camne aku boleh peluk dia. Yoo Sera, tolong sedar..dia bukan Jin

Yoo Sera merebahkan badannya di atas katil, kemudian dia kembali terlena.

 

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

 

Sebaik sampai di rumah, Kai merebahkan badannya di atas sofa kerana kepenatan. Jam di dinding menunjukkan pukul 11 malam. Sejak akhir-akhir ini, Kai terpaksa keluar awal pagi untuk ke tempat kerja dan akan pulang lewat malam kerana terlibat dengan projek terbaru. Hubungannya dengan Yoo Sera tidak menunjukkan sebarang perubahan. Yoo Sera tetap dengan sikapnya yang dingin.

Kai menuju ke bilik. Apabila pintu dibuka, kelihatan Yoo Sera sudah nyenyak tidur. Dia menarik selimut yang hampir2 jatuh dari katil dan terus menyelimutkan Yoo Sera dengan berhati-hati. Kemudian dia menuju ke bilik air untuk mandi dan menukar pakaian.Selesai mandi, dia keluar menuju ke dapur. Disebabkan rasa bersalah terhadap Yoo Sera kerana jarang berada di rumah, Kai cuba membuat segelas susu untuk isterinya.

Kai masuk ke dalam bilik dengan berhati-hati. Dia menghampiri Yoo Sera, dikejutkan dengan perlahan-lahan.

Kai: Sera…bangun…Sera.

Yoo Sera menggeliat, kemudian menggosok matanya.

Sera: Ada apa?

Kai: Saya ada buatkan susu untuk awak. Nah!

Kai menghulurkan gelas tersebut kepada Yoo Sera.

Sera: Tak nak..Saya nak tidur.

Kai: Minumlah dulu, bukan ambil masa yang lama pun.

Sera: Saya kata tak nak..tak naklah..kenapa nak paksa saya. Saya tak suruh pun awak buatkan.

Yoo Sera menolak gelas tersebut dengan kasar. Separuh daripada susu tersebut tumpah ke lantai. Cepat-cepat Kai mengambil tisu yang berada di atas meja dan mengelapnya. Selesai mengelap tumpahan tersebut, Kai keluar dari bilik dengan hati yang sebak. Dia meletakkan gelas di dalam sink, lantas menuju ke tingkat atas, ke bilik lamanya. Dia merebahkan badannya di atas katil. Dia mengeluh panjang. Hatinya betul2 terluka dengan sikap Yoo Sera.

Kai: Sampai bila aku mampu bertahan..Makin lama Sera makin bencikan aku..

Kai berfikir panjang. Tanpa sedar dia terlena di bilik tersebut.

 

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

 

Bunyi alarm mengejutkan Yoo Sera dari tidur yang lena. Dia bingkas bangun. Kai tiada disisi. Yoo Sera keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Matanya terpandang gelas yang berisi susu di dalam sinki. Kemudian kakinya melangkah menuju tangga. Satu persatu tangga di daki dengan berhati-hati. Sebaik berada di hadapan bilik Kai, dia memulas tombol perlahan-lahan. Kelihatan Kai nyenyank tidur. Dia menutup balik pintu bilik tersebut.

Sera: Kena marah sikit pun dah merajuk..

Yoo Sera mencebikkan bibirnya. Tiba-tiba langkah kakinya terhenti di hadapan bilik yang pernah digunakan oleh Jin. Tanpa teragak-agak Yoo Sera terus masuk ke dalam bilik tersebut. Kosong. Hatinya terasa sebak. Dia melangkah ke arah almari dan membukanya. Terkejut Yoo Sera kerana di dalam almari tersebut terdapat beberapa helai pakaian milik Jin. Pantas dia mengambil sehelai t-shirt polo berwarna biru dan terus memeluknya.

Sera: Jin, saya rindukan awak..

Air matanya terus mengalir tanpa sempat ditahan.

Hate Me , Not Love !Where stories live. Discover now