PART 09

551 53 2
                                    

<Golden View Apartment>

Kim Seok Jin menekan-nekan skirn Iphonenya. Dia cuba menghubungi seseorang.

Jin: Hello, eomma..Jin nak bagitahu esok dah start cuti sem, tapi Jin tak nak balik rumah. Jin nak lepak rumah Jong Kook hyung..boleh tak? Really? Thanks eomma, love you..mmuahhh!

Selepas menamatkan perbualan dengan eommanya, Jin cepat-cepat mencari bagasi. Pintu almari dibuka, satu persatu pakaian disumbat ke dalam bagasi tersebut.

Jin mendepakan kedua-dua tangannya, menjerit sekuat hati.

Jin : Sera nuna, tunggu kedatangan Jin yang handsome lagi bergaya ni!!!!!!!!!!

 

<Raffles Villa>

Satu persatu siaran tv ditukar, tetapi tiada satu pun yang menarik minat Kai. Kemudian dia mengambil handphonenya yang berada di atas meja. Dia menghubungi Jessica.

Kai: Hello, you free tak?

Sica: Sorry my dear, hari ni I ada schedule..full. Kenapa?

Kai: Takde, ingatkan nak ajak you tengok wayang ke apa. Takpelah kalau you sibuk, next time ye..

Sica: Okay sayang..

Kai mematikan panggilan telefon. Dia menuju ke dapur, lalu menghampiri peti sejuk. Dia memeriksa stok makanan.

Kai: Hurmm, nampak gaya kena pi mart la hari ni daripada tak buat pape.

Kai menaiki tangga, kakinya menghala ke arah bilik Yoo Sera. Pintu bilik diketuk bertalu-talu. Yoo Sera membuka pintu dengan muka yang masam mencuka.

Sera: Encik, kalau ketuk pintu pelan2 boleh tak? nasib baik tak roboh pintu ni..

Kai: Ehh, dia ni…suka hati mak bapak aku la, rumah aku.

Sera: Encik nak apa?

Kai: Ko bersiap2 sekarang juga, kita pi mart..

Sera: Nak buat apa?

Kai: Tanya lagi buat apa, of course lah beli barang. Dah! Cepat sikit..Aku tunggu kat luar.

Sera: Yelah..

Laju Yoo Sera menukar pakaiannya. Dia hanya mengenakan pakaian yang simple, sedikit bedak di sapukan ke muka, dan bibirnya dicalitkan dengan lip balm. Sempat dia memusingkan badannya dihadapan cermin. Dia memegang perutnya. Usia kandungannya sudah masuk tiga bulan. Tampak jelas kerisauan di muka Yoo Sera.

Sera: Alamak!!! Dah lambat!!

Yoo Sera cepat2 keluar dari bilik, menuruni tangga dan menuju ke pintu utama. Pintu dibuka, kelihatan Kai sudah berada di dalam kereta.

Sera: Mati aku, confirm kena marah..

Semasa Yoo Sera menuju ke arah kereta, dia terdengar seseorang memanggil namanya.

Jin: Sera nuna!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Yoo Sera berpaling ke kiri, kelihatan Jin berlari menuju ke arahnya  dengan menarik bagasi.

Jin: Nuna!!!! Tunggu!!!!

Jin mendapatkan Yoo Sera.

Jin: Korang nak pi mana ni?

Sera: Mart..

Jin: Mart? Nak ikut..

Sera: Yang tu kena tanya cousin awak..

Jin membuka pintu kereta.

Kai: Ko lari dari rumah ke dengan bagasi bagai?

Jin: Aku nak spent summer break dekat sini..

Kai: Heol!! Memang buat tabiat ko..

Jin: Rileks la bro..Ko nak pi mart kan? Aku nak join boleh?

Kai: Menyibuk je ko kan..dah pi simpan bagasi ko dulu..

Jin bersorak gembira, cepat2 dia berlari masuk ke dalam rumah dan meletakkan bagasinya di ruang tamu. Kemudian dia datang kembali dengan tercungap-cungap.

Jin: Aku dengan Sera nuna duduk dekat belakang ek..

Kai: Banyak cantik muka ko…ko ingat aku taxi driver ke apa. Ko duduk depan, biar Sera duk belakang.

Jin mencebikkan bibirnya tanda tidak berpuas hati. Sepanjang perjalanan, hanya Jin yang bercakap tanpa henti. Kai dan Yoo Sera lebih banyak mendiamkan diri.

 

<Onyu K-Mart>

Jin menolak troli, manakala Kai dan Yoo Sera sibuk memilih barang-barang dapur dan juga kegunaan harian.

Jin: Pasni kita pi section makanan sejuk beku plak.

Kai: Macamlah aku tak tahu ko nak rasa makanan free yang ada kat situ kan?

Jin: Bingo!

Selesai mendapatkan barang-barang yang diinginkan, mereka menuju ke bahagian frozen food. Kelihatan ada beberapa stall kecik yang membolehkan pelanggan merasa produk mereka. Jin yang terlampau teruja terus meluru ke depan meninggalkan Kai dan Yoo Sera.

Lady: Kamu tak nak try fries ni ke?

Seorang perempuan dalam lingkungan lewat 40-an mempelawa Kai untuk mencuba fries tersebut.

Kai: Nampak cam sedap je..

Lady: Ye, fries ni dihasilkan daripada ubi kentang yang ditanam di Gyeongju. Isteri kamu tak nak rasa sekali ke?

Kai: Isteri? siapa?

Lady: tu, perempuan yang bersama dengan kamu..

Kai: Owh..dia..

Kai terus menarik tangan Yoo Sera. Lalu dia menghulurkan cup yang berisi fries. Yoo Sera dengan teragak-agak merasa fries tersebut.

Lady: Pandai kamu pilih isteri, cantik..Kalau lah makcik ada anak lelaki, confirm makcik nak ambil dia sebagai menantu.

Kai dan Yoo Sera hanya mampu tersenyum. Pipi Yoo Sera kelihatan merah, mungkin dia malu kerana dipuji sebegitu rupa.

Kai: Disebabkan makcik puji saya, saya nak dua paket fries ye..

Lady: Okayy..

Perempuan tersebut menyerahkan dua paket fries.

Lady: Terima kasih ye, lain kali beli lagi..Makcik harap rumah tangga kamu bahagia selamanya.

Kai hampir tergelak bila mendengar kata-kata tersebut, namun ditahan tawanya. Setelah meminta diri, mereka berdua menghampiri Jin.

Kai: Ko ni kan, pantang nampak makanan..

Jin: dah benda free..aku makan jelah bila orang bagi..

Kai: Dah, jom..kita pi bayar barang ni.

Jin: Yang aku sekali, ko bayar jugak ek..

Kai: Yelah…

Sepanjang perjalanan pulang, Jin hanya mendiamkan diri. Mukanya nampak muram.

Hate Me , Not Love !Where stories live. Discover now