Jin: Sebenarnya…Jin…Jin..sukakan nuna
Sera: Apa yang awak cakap ni?
Jin: Eh, tak..tak..bukan suka, tapi cinta. Saya cintakan awak. Honestly, masa mula2 jumpa awak memang saya takde pape perasaan tapi bila dah kenal, saya rasa awak adalah perempuan yang terbaik untuk saya.
Jin merenung tepat ke dalam anak mata Yoo Sera, dengan penuh pengharapan. Tangan Yoo Sera digenggam erat.
Sera: Saya…saya..
Jin meletakkan jari telunjuknya dibibir Yoo Sera.
Jin: It’s okay…awak tak perlu bagitahu sekarang. Saya tunggu bila awak dah bersedia nanti.
Yoo Sera menunduk malu. Dia tidak mampu bertentang mata dengan Jin.
Sera: errr…hari dah nak gelap, saya masuk dulu ye..
Jin hanya mengangguk. Setelah Yoo Sera berlalu pergi, dia melompat gembira.
Jin: Yahuuuu!!!
Semasa Yoo Sera melewati ruang tamu, kelihatan Kai termenung manakala wajahnya tampak muram.
Sera: Encik, nape tak on lampu?
Kai hanya mendiamkan diri. Kai bingkas bangun dan menuju ke arah Yoo Sera.
Kai: Ko pergi mana?
Sera: Bagi ikan makan..
Kai: Bagi ikan makan ke buat perkara tak senonoh?
Sera: Apa maksud encik?
Kai: Ko ingat aku tak nampak apa yang korang buat? Berpelukkan, pegang2 tangan..
Sera: So, apa hak encik untuk halang saya? Saya bukan yeochin, mahupun isteri encik.. Saya bebas buat apa saja yang saya nak.
Kai: Ni rumah aku…so, ko kena hormat aku..
Sera: Hormat? Sebelum saya hormat encik…ada encik hormat saya…takde kan? Kan?
Kata-kata yang dilontarkan Yoo Sera menyebabkan darah Kai mendidih. Hatinya cukup panas. Tangan kanan Yoo Sera dipegang kemas.
Sera: Apa ni? Lepaslah…
Kai terus menolak Yoo Sera rapat ke dinding. Dia cuba untuk mencium Yoo Sera, namun satu tamparan hinggap di pipi kirinya. Dia terpana. Yoo Sera berjaya melepaskan diri dari Kai terus berlari naik ke atas, dan menguncikan diri dalam biliknya. Kai yang masih terkejut dengan tindakan luar kawalannya terus terduduk di lantai.
Kai: Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Kai menjerit sekuat hati, rambutnya ditarik-tarik. Kepalanya berserabut. Jin yang baru masuk ke dalam rumah terus mendapatkan Kai.
Jin: ko kenapa?
Kai merenung tajam ke arah Jin. Lalu dia bingkas bangun. Jin memegang bahu Kai, namun dia menepisnya.
Jin: Ko ada masalah ke? cuba bagitau aku?
Kai tidak menjawab pertanyaan Jin, dia berlalu pergi. Perlahan langkahnya menuju bilik. Di dalam bilik dia merebahkan badan di atas katil, manakala tangannya diletakkan di atas dahi. Dia memejam matanya. Masih terbayang Jin yang memeluk erat Yoo Sera. Dia yang kebetulan mahu ke taman ketika itu, ternampak segala-galanya. Hatinya cukup pedih.
