PART 19

621 41 0
                                    

<Seoul National University Hospital>

Kai membuka matanya perlahan-lahan. Dengan pandangan yang masih samar-samar, dia melihat Kim Jong Kook yang tertidur dengan kepalanya tersengguk-sengguk.

Kai: H..h..hyung..

Kai cuba bersuara, namun disebabkan dia menggunakan alat bantuan pernafasan, suaranya tidak jelas kedengaran. Dalam keadaan yang masih lemah, perlahan dia menanggalkan alat tersebut.

Kai: hyung..

Kai meninggikan sedikit suaranya. Kim Jong Kook yang lena dibuai mimpi terus terkejut. Dia bingkas bangun dan terus mengusap lembut rambut Kai.

Jong Kook: Sedar juga kamu akhirnya. Hyung ingatkan kamu takkan bangun lagi.

Air mata Kim Jong Kook bergenang, namun dia cuba menahannya.

Kai: Hyung..camne saya boleh ada kat sini?

Jong Kook: Kamu tak ingat ke? Kamu dengan Jin kemalangan semasa pulang dari airport.

Kai: Kemalangan? Jin?

Berkerut-kerut dahi Kai cuba mengingati perkara tersebut.

Kai: Hyung, Jin mana? Jin tak pape kan?

Kim Jong Kook hanya diam, tidak sanggup untuk menjawab pertanyaan Kai.

Kai: Hyung, cakaplah…Jin mana?

Jong Kook: Sebenarnya..Jin dah takde. Dia meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital.

Kai: Hyung tipu saya kan? Saya tak percaya!!

Jong Kook: Takkanlah bab2 hidup mati ni hyung nak permainkan kamu.

Kai merentap kasar wayar-wayar yang berselirat ditangannya. Dia cuba untuk bangun.

Jong Kook: Kamu nak kemana?

Kai: Kai nak jumpa Jin sekarang.

Jong Kook: Kamu jangan degil boleh tak? kamu tu baru je sedar dari koma..3 bulan kamu terlantar kat atas katil ni. Tolonglah terima kenyataan yang Jin dah takde.

Kim Jong Kook meninggikan sedikit suaranya.

Riak wajah Kai berubah.

Kai: ti..tiga bulan?

Kai meraut wajahnya.

Kai: Yoo..Sera? dia camne hyung?

Jong Kook: Dia sekarang ada dekat rumah ibu bapanya. Hyung lagi kesian dengan dia, sampai sekarang dia tak dapat terima kenyataan yang Jin dah takde. Plus sekarang Sera tengah pregnant.

Kai: Preg…nant?

Jong Kook: Urmm..dah masuk 3 bulan.

Kai: Ni semua salah Kai!! Kalaulah Kai tak balik hari tu, mesti kejadian ni tak berlaku.

Kai menangis teresak-esak. Kim Jong Kook terus memeluk dan menenangkannya.

Jong Kook: Benda dah nak jadi. Cepat atau lambat, manusia akan mati juga.

Kai: Saya rasa bersalah sangat2 hyung…Mesti Yoo Sera bencikan saya kan hyung?

Kim Jong Kook terdiam sejenak. Dia cuba mengelak soalan tersebut.

Hate Me , Not Love !Where stories live. Discover now