Perkara yang disuruh oleh Adam semua dibuat oleh Nana. Kaki Nana agak bengkak akibat berdiri terlampau lama pada malam semalam.
"Woi perempuan! Buat nescafe panas dekat aku." Suruh Adam. Sikit pun tidak melihat Nana. Nana begitu jijik di matanya. Nana akur.
"Nah Encik Adam" kata Nana sambil menghulur mug yang berisi Nescafe panas. Walaupun berkahwin, adam tidak membenarkan Nana memanggil panggilan lain selain "Encik Adam"
"Kau ada bubuh apa-apa ke dalam ni? Kang aku meroyan pulak minum air kau ni". Sungguh Nana tidak menyangka ayat itu yang keluar dari mulut Adam. Namun dengan pantas Nana menggeleng.
Adam menghirup nescafe itu sedikit.
"Aduh panas!! Ehh bodoh, kau ni nak lidah aku melecur ke hah?!! Otak tak ada ke kau ni?!!" Jerit Adam. Lalu tangan Adam menuang air nescafe tepat pada betis Nana."Arghhh!!" Jerit nana apabila nescafe tersebut terkena pada betisnya. Terjelopok nana dibuatnya. Air mata mula mengalir. 'Ya allah, besarnya ujian aku'
"Hah panas? Macam tula panasnya hati aku bila kau perangkap aku . Aku nak kau lap balik air ni. Semak aku tengok muka kau" . Tiada sedikit pun perasaan kasihan Adam pada Nana. Terus Adam berlalu pergi.
Nana menyelak sedikit kainnya, kulitnya yang putih melepak bertukar menjadi warna merah menyala dan mula melecur. Nana redha seandainya ini takdirnya. Nana yakin Adam akan berubah. Terinjut-injut Nana berjalan.
"Eh kenapa ni Nana. Nana okey ke tak ni?" Tanya Puan Tiara. Sayang sungguh Puan Tiara kepada menantunya.
"Nana jatuh kat bilik air tadi. Takde apa-apa lah" kata nana sambil tersenyum kepada Puan Tiara.
"Am ada ajak dia gi hospital tadi ma. Tapi dia taknak, dia kata tak teruk pun. Terseliuh je kan sayang?" Kata Adam dari belakang sambil memeluk pinggang Nana dan tersenyum manis kepada Nana. Nana hanya mengangguk.
"Hah pastu kenapa am tiba-tiba menjerit tadi?" Tanya Puan Tiara lagi.
"Ouhh tadi am marah dekat rina. Dia nak dekat am lagi. Am pun katala yang tiada sapa pun di hati am selain Nana. Nana seorang yang baik ma." Kata Adam. Dia mahu pastikan bahawa dia dengan Nana baik-baik shaja di depan mama dan papanya.
"Ermm maa! Am ingad nak bawa Nana balik condo la. Condo tu lama tak duduk. Boleh tak ma?" Tanya Adam. Nana mula berasa cemas. Sekiranya dia ikut adam ke condo, pasti dia dibuli lebih teruk.
Puan Tiara hanya menggangguk. Hati Adam mula keriangan. 'Tunggu la nasib kau Nana'. Nana berlalu masuk bilik.
"Packing barang kau sekarang. Setengah jam lagi aku nak semua settle. Tak payah nak bersiap lawa-lawa. Aku tak tringin pun dekat kau. Jangan lembap sangat" arah Adam.
'Kenapa? Kenapa perlu maki? Kenapa setiap perkata perlu hina?' Gumam hati Nana.
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
Sampai di condo, nana disuruh mengangkat semua barang ke tingkat 13 iaitu rumah Adam. Selesai mengangkat, nana terduduk.
"Ewah ,Ewah ,Ewah. Kau nak MEM besar ke ni? Sapa suruh kau rehat hah? Aku nak kau buat benda yang sama dekat rumah ni. Dan makan? Aku bagi kau makan sekali je sehari. Kang kau kata aku tak bagi penjagaan kat kau pulak kan? Nafkah zahir aku tak akan bagi. Tapi.. kalau nafkah batin mesti kau nak sangat-sangat kan?" Hina Adam. Nana tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Woi perempuan. Kalau kau nak nafkah batin , aku boleh bagi la. Kau untung, aku pun untung. Memang benda ni yang kau nak kan? Dasar perempuan murahan. Takde maruah. Otak tak ada. Sebab tu kerja sebagai pembantu rumah je. Aku kesian dekat mak bapak kau. Dapat anak yang bodoh macam kau . Tah-tah mak bapak kau pun sama bodohnya." Kata adam sambil nenolak Nana. Nana tersungkur dengan kuat ke belakang. Terus Adam berlalu pergi.
"Tengku Adam bin Tengku Ismail. Awak ingat awak sorang jeke yang ada kekasih hati? Awak ingat awak seorang jeke yang menderita sebab perkahwinan ni? Hm?" Soal Nana sambil air mata laju mengalir. Adam berhenti berjalan dan menoleh ke arah nana dengan pandangan yang tajam.
"Kalau saya nak perangkap awak, dari dulu lagi saya buat. Awak patutnya bersyukur, awak masih ada keluarga yang sentiasa berada di sisi awak, sentiasa menyokong awak, sentiasa tutup kesalahan awak. Saya? Saya anak yatim piatu Adam. Saya ada seorang je adik kandung. Dan awak tahu tak? Dia hina saya, dia maki saya. Orang kampung mengata dekat saya. Saya tak ada sapa-sapa dah dekat dunia ni. Awak tak ada hak pun nak hina mak bapak saya. Sekurang-kurangnya saya ingat dekat Allah. Sekurang-kurangnya saya mendapat gaji yang halal. Kalau awak jijik tengok muka saya, lepaskan saya" Air mata kian laju mengalir. Tersendu sedan nana dibuatnya.
Adam terkedu, terus dia berlalu keluar dari condo. Dia tidak mahu lepaskan Nana. Dia ingin Nana lebih menderita.
Adakah Tengku Adam tidak melepaskan Nana Ilyana akibat hendak membuat Nana menderita?
YOU ARE READING
Lovely maid.
Storie d'amore"Wah wah wah. Ayu eh kau? Kenapa nak jadi setan ke duduk lama-lama dalam bilik air tu? Ouhh lupa , kau memang setan dah pun. Sanggup musnahkan kebahagiaan orang lain untuk kepentingan kau. " - Tengku Adam "Tengku Adam bin Tengku Ismail. Awak ingat...