>29<

323 37 22
                                    

-Jungkook pov-

Haih... Mana pula noona ni pergi.. Menghilang pula dah..

Wait

Takkanlah

Dia

Dah

Jumpa...

Aku memandang sekeliling. Sampailah mata aku terpandang noona yang tengah berjalan menuju ke meja kami.

Asal tu. Marah je muka.

"Noona okay tak." tanya aku bila dia duduk. Noona menarik nafasnya panjang dan memandang aku.

"Mana makanan noona" kata noona. Muka dia cuba untuk nampak biasa tapi masih lagi dengan muka marahnya.

Aku menghulurkan pinggan noona kepada dia. Dia mengambil dan terus menyumbat makanannya dengan geram.
Aku memandangnya dengan pandangan pelik. Aku memandang pula bangtan yang lain. Masing2 mengangkat bahu.

"Err.. Haera kau dah jumpa.." kata Hoseok hyung terhenti bila Shie Tan dengan Taehyung datang ke meja kami.

Shie Tan memandang tajam ke arah noona. Hurm dah jumpa lah ni.

Dari tadi lagi aku perasan Taehyung asyik tenung saja Haera. Apa yang Shie Tan bebelkan dia langsung tak peduli.

"Kook. Noona nak pergi dekat mama tau. Rasa rimas pula duduk dekat sini." kata noona dan terus menuju ke arah meja parents kami berdua.

"You dengar tak apa yang I cakap ni" kata Shie Tan dekat Taehyung. Taehyung mengeluh dan mengangguk.

"You tipu I. Ingat I tak nampak ke yang you asyik pandang ex you tu." kata Shie Tan. Dia memeluk tubuhnya dan memandang Taehyung tajam.

Taehyung mengurut batang hidungnya.

Aku memandang bangtan yang lain. Masing2 sudah buat muka geli and menyampah.

"Kalau aku pandang dia pun kenapa." balas Taehyung mendata. Dia memandang tajam Shie Tan.

"U bahasakan diri aku. I dah cakapkan jangan guna bahasa tu. U ni kenapa" kata Shie Tan lagi.

Tae meraup wajahnya kasar.

Aku rasa geli geliman dengar apa yang setan ni bebelkan.

Tanpa membalas bebelan Shie Tan tu Taehyung terus pergi ke meja lain.

Shie Tan menghentak kakinya. Eyy meluat betul aku tengok. Fikir comel ke.

Kalau Chaerin yang buat tak perla juga. Lagi cantik. Haih rindu la pula.

"Kau boleh diam tak" tegur Yoongi hyung yang dari tadi menahan marahnya.

"Yang kau nak sibuk kenapa. Tak kacau pun kan" balas Shie Tan balik. Eh dia ni makin berani nampak.

"Kau dengar sini. Ni majlis kawan aku. Kau jangan nak buat kecoh dekat sini dengan perangai gedik kau tu. Nampak jalan keluar tu. Dengan segala caciannya, sila berambus." kata Yoongi hyung dengan penuh sarkastik. Shie Tan mengambil begnya dan terus berambus.

"Aman sikit" kata Hoseok hyung.

"Aku rasa mata aku dah hampir nak meletup tadi" kata Jimin pula.

"Bagus hyung" kata aku.

Yoongi sekadar mengangguk dan tersengih senget.

"Jungkook!" panggil noona. Aku segera berlari ke arah noona.

"Ehh halmeoni!" jerit aku bila dah sampai sebelah noona. Aku memeluk badan halmeoni Han. Aigoo rindunya.

"Wahh dah besar kamu berdua ni ya. Dulu kecik paras lutut halmeoni je kamu berdua ni." kata Halmeoni lalu mengusap rambut kita orang berdua.

✔ - Mr. Protect - KTH Where stories live. Discover now