-Haera pov-
Fuhh lepas kejar si Yaerin ni penat juga.
Boleh tahan laju dia lari. Habis satu sekolah kita orang berlari. Nasib lah cikgu tak sampai lagi. Ada mesyuarat kot.
Aku tengok Yaerin dah tercungap - cungap dia. Takper kau tunggu kat rumah nanti.
"Nah noona" kata Jungkook lalu menghulurkan sebotol air mineral padaku.
"Thanks Kook" balasku balik lalu aku terus meminum sambil tu aku menjeling tajam Yaerin dan Yaeran.
Ingat aku tak dengar diorang berdua ni kutuk aku. Actually aku tak pergi pun tandas sebab ughh ada pula orang yang aku benci dekat situ. Nak tahu sapa. Heh sapa lagi kalau bukan si Blackpink tu.
Ughh queenka bajet hot. Ughh menyampah aku. Aku tak tahu lah kenapa diorang asyik nak cari pasal dengan kita orang and lebih - lebih lagi aku. Aku ada buat masalah ke dengan diorang. Maybe ye kot.
Tetiba pintu kelas aku dibuka oleh sir Park Seojun. Sir ni cikgu kelas kita orng.
Wait apa dia buat kat sini. Yerla sebab masa sekarang ni sains bukannya mathematic. Sir ajar mathematic guys.
"Ehem kelas sila senyap" pintanya dan dengan itu seisi kelas pun diam.
"Saya ada benda nak bagi tahu" sambungnya lagi. Pelajar lain mula tak senang duduk. Ada yang fokus , ada yang garu kepala , ada yang menguap.
"Minggu depan kamu semua akan ada ujian." katanya. Melopong semua pelajar bila mendengar perkatan exam.
"What!!" kata seisi kelas serentak.
"Jangan nak terkejut sangat. Macam lah tak pernah jawab exam sebelum ni." balas sir sarkastik.
"Alah sir awalnya exam" rungut Bora.
"Halah halah. Cakap jerla yang kau malas nak study" kataku savage. Jimin disebelahku memandang aku sambil menggelengkan kepalanya.
"What I said the true duh" balasku tak puas hati. Lol betul lah aku ckp. Dia tu tiap kali exam mesti dpt no last dalam kelas.
Okay aku tahu aku berlagak. But ada aku kesah.
"Haih kamu ni Haera" kata sir sambil menggeleng - geleng. Mungkin pasrah dengan perangaiku.
"Hurm apa apa pun sir nak cakap goodluck lah ye. Lagi lagi enam orang yang kat belakang tu. Tolong harumkan nama kelas kita lagi." sambung sir sebelum dia keluar dari kelas.
Maka dengan itu. Bermula lah kelas ku yang riuh ini dengan rungutan tak puas hati.
🍁🍁🍁🍁
-Yaerin pov-
Habis sahaja sesi sekolah. Terus Haera pecut laju pulang ke rumah. Ntah apa yang dikejarnya tak tahu lah.
"Woi drive slow - slow lah gila" jeritku pada Haera. Tapi dia hanya buat tak tahu sahaja.
Bangang punya cousin.
"Weh kalau nak mati awal jangan ajak kita orang duh. Aku nak hidup lama lagi" kata Yaeran pula. Tak habis - habis nak mengarut.
Tapi ada betulnya juga.
Aku pandang Jungkook yang dudk dekat seat depan. Fuh muka dah pucat.
Aku syak dalam hati dah berdoa dan berzikir carut dekat si Haera ni.
Yang Haera ni pula hanya riak selamba sahaja.
"Ni balasan korang ngumpat aku tadi. Wuuhuuu!" jeritnya dan melajukan lagi kelajuannya.
Hampir menjerit kitaorang dibuatnya.
Okay aku menyesal ngumpat dia tadi.
Sampai sahaja di rumah. Peegh terus kita orng terduduk dekat lantai. Tak larat nak jalan. Lutut rasa lemah je sekrang ni.
"Oit tak nak masuk ke" kata Haera lalu terus meboloskan diri dalam rumah.Hanat punya sepupu. Bukan nak tolong. Aku pandang Jungkook yang berlari masuk ke dalam rumah sambil tangannya menekup mulut.
Nak muntah ah tu.
Aku segera bangun dan menuju ke arah dapur.
Yup betul tekaan aku. Jungkook muntah.
Aku perati je si Haera ni. Dia boleh minum air lagi. Gayanya macam tak ada benda yang berlaku je."Kau dah kenapa sial bawak laju laju. Nak mampos awal ke apa hanat. Nak mampos awal jangan ajak aku duh. Mampos lah sorang sorang. Aku nak hidup lama weh. Aku dah lah tak kawin lagi. Bagi lah aku merasa kebahagiaan berkahwin tu mcm mana." bebel Yaeran.
Ada jugak aku sumbat dekat luggage then baling dekat laut. Biar lemas.
"Tak yah bebel boleh tak. Macam makcik bodo kau bebel. Bising ah. Sekarang ni kau hidup lagi kan. Halamak. Nak kawin konon. Jodoh pun takde ada hati nak kawin. Ada ke orang yang nak kawin dengan kau." balas Haera sarkastik. Terus terdiam Yaeran dibuatnya.
Haera kalau tak savage memang tak sah. Ni kalau ada Yoongi. Aku rasa menangis Yaeran ni.
Savage + savage korang rasa apa duh.
memang meletop la jawabnya. Kemungkinan ada yang mengalami masalah kemurungan.
"Weh kau nak gi mana. Tak nak study ke" soalku pada Haera bila Haera mahu menuju ke biliknya.
"Tak nak. Malas and aku nak tidu. Cau" kata Haera sebelum menghilangkan diri.
"Haih noona ni" keluh Jungkook. Dia memicit kepalanya. Pening dengan perangai noonanya.
Jangan risau Kook. Aku pun pening dengan perangai noona kau.
🐱to be continue🐱
YOU ARE READING
✔ - Mr. Protect - KTH
Fiksi PenggemarApabila seorang yeoja yang berwatakan dingin , savage dan trauma dengan kisah silamnya. Dijodohkan kan pula dengan lelaki yang beku , patung dan ego. Mereka bagaikan anjing dengan kucing. Pantang berjumpa. Bila berjumpa mesti akan berlawan lidah. ●...