Miya Dan Abang(Media)
Lamanya aku tido tak perasaan hari dah senja,ni mamat tu la punya pasal ada ke pergi tengking orang camtu.Auchh sakitnya kepala aku,jangan cakap aku demam.Nanti mama,papa ngan abang tahu tak ke diorang cakap aku manja sangat.Lagi-lagi abang tu eiiii.
Alahai laparnya,dari pagi tak makan semua gara-gara mamat tu.Semua yang terjadi harini semua salah mamat tu.Benci benci benci.
"Yaa oo yaa".
Tu suara abang aduuuu mati aku.
"Asal berkurung dalam bilik je ni,bibik cakap Yaa balik dari cafe terus masuk bilik tak keluar-keluar,kenapa?"
Apa aku nak jawab ni.terus-terang je la kat abang hmm.
"Abang"
"Hmm kenapa?"
"Tadi kan Yaa pergi cafe tu,lepastu ada sorang mamat bangla mana entah langgar Yaa,then dia marah-marah Yaa cakap'mata letak kat pinggan la ape laa eiiii'.tengok la sekarang Yaa dah demam,gastrik lagi sebab tak makan dari pagi.Abang tak kesian kat Yaa ke huhuhu?"tengok kan sekarang aku dah jadi pengadu berjaya.Harap-harap abang kesian kat aku hehehe.
"HAHAHAHAHAHA,lawak ahh Yaa"Lambat lagi abang nak kesian kat aku huaaa dia boleh p gelak pulak eiiii.Ni aku benci ni mengadu kat abang.
"Eii abang ni dah la p keluar la kalau nak gelakkan orang.Ingatkan nak kesian kan Yaa."Nak merajuk la camni.
"Alolo adik manja abang ni soryy la,tapi lawak la.Hensem tak mamat tu?"
"Hensem ape cam tu dah la mata tajam,muka dingin eiii seram.Sape je yang nak kat orang camtu?"tapi ok ape hensem juga la mamat tu,muka cam ala-ala mat salleh.Eh asal aku puji dia bukan aku benci dia ke.Eii menyampah dengan diri sendiri.
"Mamat bangla mata tajam ke?"
Ishh abang aku ni asal lembap sangat aduuu."Tak la dia bukan bangla,melayu macam kita je,Yaa saja je cakap gitu."
"Ooo tak berkenan ke?kot-kot tu jodoh Yaa.HEHEH"
"Eii taknak la Yaa,abang stop la cakap pasal mamat tu Yaa menyampah dah ngan dia.Abang tak kesian kat Yaa ke dah la demam lapar lagi huhuhu".abang ni tak habis-habis nak cakap pasal mamat tu kenapa.Eiii menyemak je.
"Manjanya adik abang ni.Ok la abang nak pergi mandi jap,Yaa pergi bersiap nanti kita pergi klinik dan abang belanja makan ok."
"Yeaaa sayang abang.Hehehe."
"Dah pergi siap cepat,kalau lambat abang cancel".
"Ok abang sayang".
Aku tau abang sayang aku.Aku kan adik manja dia.Satu-satunya adik manja dia.Kan best kalau aku dapat jodoh macam abang.Sweet,penyayang,baik emm ape lagi eh?Wehh miya pergi siap cepat la sempat ehh kau puji abang kau tu,selalu mengata dia je tau.Dahtu boleh pulak fikir pasal jodoh,dah nak kawin ke ape,kut-kut dah sampai seru kahwin.ehh tak-tak.Dah p siap nanti bertambah melalut aku aihhh.
....................................................................................................................
"Thanks abang belanja Yaa MCD."
"Abang tau tu favourite Yaa kan.tapi kenyang ke Yaa makan ni je dah la Yaa tak makan dari pagi lagi."
"Kenyang la abang lagipon Yaa kan dah order banyak-banyak tadi hihihi."Bukan selalu dapat makan banyak-banyak camni,lagi-lagi abang yang belanja hehehehe.
"Eleh mentang la abang belanja suka hati Yaa je order banyak-banyak.Nanti bankrap abang camne?"Eleh kedekut betul la abang aku ni boleh dia cakap aku order banyak-banyak boleh buat dia bankrap.Setakat MCD je ape la sangat.
"Abang tak ikhlas eh,tak pe la Yaa nak p jual balik la makanan ni."sambil buat mimik muka sedih.
"Merajuk ke tu,Yaa pujuk diri sendiri eh abang nak sambung makan."Whatt??sampai hati betul.
"Tak pe la camtu Yaa nak balik."
"Alolo adik abang yang manja yang hodoh ni...'
"ABANGGGG!!"
"HAHAHA soryy abang saje je.Tak payah merajuk la sayang abang ni,dah makan.Nanti abang belanja coklat pulak.Yaa nak ke taknak.Kalau nak jangan merajuk."Aku tau abang sayang aku.Bahagia nya hidup.
"Nak-nak.Yaa makan habis abang belanja coklat eh,Janji tau".
"Umur dah 23 pon masih perangai macam budak-budak.Macam mana nak kahwin?Dah makan".
Aku malas nak layan abang melalut entah pape tu,baik aku layan makanan lagi best.
...............................................................................................................
"Asalamualaikum,mama papa."Kami memberi salam serentak.
"Waalaikumsalam,ha korang dari mana ni?"
"Abang bawa Yaa pergi makan lepastu bawa Yaa pergi klinik demam."
"camne boleh demam Yaa".Ape aku nak jawab ni.Abang tolong la Yaa.
"Yaa jumpe hantu tadi sebabtu demam.HAHAHAHA".Kurang asam punye abang.
"Tak la mama Yaa tetiba je demam mungkin lama dah tak demam kut".Sory mama Yaa tipu.Aku taknak la citer bende camni kat mama dengan papa haih.
"Ouhh nanti makan ubat sembuh la tu"
"Ok papa".
"Yaa ingat tak sebelum ni papa ada tanya Yaa pasal teman istimewa?"
Haa sudah ni bala ape pula?
"Ada papa,kenapa?"
"Yaa dah ada ke?"
"Takde papa,Yaa takde masa untuk benda-benda camtu."Aku tak suka la nak cakap pasal ni.Cukup la aku pernah merasai disakiti lelaki,aku tak mahu sejarah begitu berulang kembali.Lagipon aku sudah berjanji dengan Ary aku akan hidup bersama dia dan bukan orang lain.
"Bagus papa dah terima pinangan untuk Yaa.Sebulan lagi Yaa akan berkahwin."
"What papa?Ape ni buat keputusan tanpa tanya Yaa dulu.Tak suka la macam ni."Ya Allah apekah semua ni?Aku taknak kawin awal.
"Please Yaa ni je permintaan papa.Sebelum ni ape Yaa nak semua papa kasi.Tapi please sekali ni je dengar cakap papa.Dan papa percaya dia lelaki yang baik yang dapat jaga Yaa dengan baik."
Bagaimana pon aku tetap kena terima.Aku taknak malukan papa.Papa adalah insan teristimewa dalam hidup aku dan aku takkan melukai hati papa."Ok la papa Yaa terima.Yaa masuk bilik dulu."Serius aku takde mood,aku nak tido.Kepala aku berasa berdenyut-denyut.Aku taknak fikir pasal ni.
"Terima kasih Yaa.Papa tau Yaa anak yang baik.Papa sayang Yaa".
"Yaa pon sayang papa."
Tanpa mereka sedari air mata aku jatuh.Aku tak sanggup sebenarnya,tetapi aku taknak jadi anak derhaka.Mungkin ini semua terbaik untuk aku.Papa dah merancang sesuatu yang baik untuk aku.Mana mungkin aku ingin menolak permintaan papa kerana selama ini sudah banyak jasa papa kepada ku.
Aku akan cuba untuk terima walaupun pahit.Maafkan saya awak kerana terpaksa memungkiri janji kita.Selamat malam dunia.
#sory typo n xbest.
#tolong vote eh,TQ.
YOU ARE READING
My Hubby Mafia Sweet
RomanceMiya Qayla seorang gadis manja yang dipaksa berkahwin oleh mama dan papanya dengan seorang jejaka yang tidak dikenalinya. Arryan Danish seorang jejaka yang misteri,dingin dan menakutkan tetapi disebalik semua itu terdapat cerita yang tidak kita keta...