Keesokan pagi..
"Yaa bangun dah masuk waktu subuh"Ryan mengkejutkan Miya yang sedang enak dibuai mimpi.
'Aik tak berkutik pon ke tido mati'Ryan cuba lagi"Yaaaa bangun la nanti terlewat subuh"Miya menggerakkan sikit tubuhnya memberi isyarat bahawa dia sudah sedar.
Ryan tidak puas hati dengan tindakan Miya yang hanya menggerakkan sedikit tubuhnya lalu Ryan mendekatkan muka nya ke muka Miya dan"AAAAAAAAAA WHAT are you doing Ryan?"Terkejut Miya tatkala dia membuka mata muka Ryan sangat rapat dengan mukanya.
"Aku just nak kejutkan kau,dah kau aku kejut baik-baik taknak bangun,baru je aku nak...."Ryan tidak menyambung ayatnya saja nak kenakan Miya.
"Nak ape?"Miya berdebar menanti ayat Ryan seterusnya.
"Nak ketuk kepala kau dah susah sangat nak bangun.Dah tak payah banyak cakap bangun mandi aku tunggu kau solat subuh sekali".Ryan sembunyikan senyumnya.Kalau ikutkan hati dia nak je ketawa tengok mimik muka Miya yang persis budak kecil bangun tidur bercampur dengan blanknya,comel sangat.
Miya bangun dari pembaringannya dan terus ke tandas.Malas nak layan Ryan yang sudah merosakkan moodnya pagi-pagi lagi.
MIYA POV
Eii geramnya dengan Ryan,pagi-pagi buta dah buat aku moody.Tak boleh ke pagi-pagi begini kejutkan aku dengan wish good morning like'morning wife'ha kan sweet begitu.
Lantak dia la aku nak merajuk.Eh asal pulak dengan aku ni nak merajuk bagai.Aihh aku pon dah tak betul ke.Malas la fikir baik aku cepat-cepat bersihkan diri nanti kang lambat kena marah pulak kat singa jantan kat luar tu.
Seusai mandi Miya cepat-cepat memakai baju dan terus bentangkan sejadah.
Seusai solat subuh..
Miya menyalami tangan suaminya dan berdoa didalam hati supaya dijauhkan daripada segala musibah dan bahaya serta dijauhkan dari menjadi isteri yang derhaka.Nauzubillah hi min zalik.Ryan pulak mencium dahi Miya dengan penuh kelembutan.
Miya melipat telekung dan meletakkan di tempat yang disediakan.
"Ryan,Miya nak cakap sikit."aku geram betul la dengan Ryan ni semalam dah janji takkan harini dah lupa kot.
"Hmm ape dia?cepatlah nak sambung tido balik ni mengantuk."Eleh macam budak kecik mengada camtu.
"Semalam Ryan janji ape dengan Miya?takkan dah lupa kot?"Miya mengangkat kening double jerk.
"Janji ape?Aku tak ingat la"Eii tengok tu semalam cakap nak cuba la ape la eii.
"Semalamkan Ryan janji dengan Miya taknak cakap aku kau,ni ape eiiiii Miya cubit bibir tu an."
"Kan aku cakap cuba bukan janji,lagipon aku tak biasa la".Eii geram nya dengan Ryan ni.Miya sabar Miya.
"Cuba tu macam janji la,like Ryan bagi harapan dah taknak cakap aku kau kat Miya.Ni mula balik tak suka la."Miya buat muka cemberutnya.
"Yela Ryan tak cakap aku kau kalau tersengaja sory tau".Sikit-sikit buat muka comel bencinyaa.
"Mana boleh tersengaja."Macam-macam la si Ryan ni.
"Boleh je.Eii Miya dah la tu Ryan ngantuk ni nak tido nanti kita cakap nanti ehh kalau tak pon esok ke lusa."Sayang sangat la kat mengantuk dari wife sendiri eii.Eh ape aku cakap ni?
"Ok fine tido la Miya taknak ganggu Ryan dah and taknak cakap seminggu dengan Ryan."Miya terus keluar dari bilik.
Ryan ni suka sangat cari pasal lepasni taknak kawan.Baik aku pergi tolong mama buat sarapan dari layan Ryan yang menyakitkan hati.erghhh.
YOU ARE READING
My Hubby Mafia Sweet
RomanceMiya Qayla seorang gadis manja yang dipaksa berkahwin oleh mama dan papanya dengan seorang jejaka yang tidak dikenalinya. Arryan Danish seorang jejaka yang misteri,dingin dan menakutkan tetapi disebalik semua itu terdapat cerita yang tidak kita keta...