Hujan membasahi tubuh badan Arysya yang sedang berjalan keseorangan untuk pulang ke rumah mama dan papanya.Dengan tubuhnya yang kesejukan dalam keadaan mengigil dia meneruskan perjalanan dengan tangisannya yang tersedu2 membuatkan perjalanannya makin sukar untuk tiba ke destinasi.
Di rumah Keluarga Arysya...
Semasa mak tom sedang mengunci pintu dapur ia terdengar pintu di ruang tamu diketuk dari luar.Mak tom keluar untuk menuju ke ruang tamu dia terus mengambil kunci pintu rumah lalu membuka pintu tersebut.Mak Tom terkejut melihat susuk tubuh itu...
'Tok tok tok',"puan,puan buka pintu puan"Mak tom mengetuk pintu pn Lina sehinggalah pintu itu dibuka dari dalam lalu pn Lina memunculkan dirinya"Ada apa ni mak tom?"tanya puan Lina."puan,S..ya...sya pengsan puan"Mak tom berkata dengan gagap.Pn lina yang mendengarnya terus terkejut"Arysya dekat mana mak tom?"tanya pn Lina yang masih lagi dengan keadaan terkejut."Dekat luar puan".Puan Lina terus keluar dari biliknya lalu menuju ke pintu utama untuk melihat keadaan Arysya.
Puan Lina melihat Arysya di atas lantai tidak menyedarkan diri di luar rumah dia mendekati anaknya"adik,adik kenapa ni?".puan Lina mengangkat kepala Arysya meletakannya di atas ribanya."Abang,Along,angah"jerit Puan Lina memanggil yang lain."Abang,abang tengok apa dh jadi dekat anak kita ni bang,abang".
Yang lain terus turun untuk melihat apa yang berlaku"Abang tengok apa dh jadi dekat anak kita ni"kata puan Lina dlm tangisan."Ya Allah,adik apa dh jadi ni"Syafik berkata apabila keadaan adiknya yang lemah."Mama,kenapa ni"tanya Nieyl dalam kerisaun."Kita kena bawa adik ke hospital"Tuan Kamarul berkata dalam keadaan yang cemas...
Di Hospital...
Apabila kereta mereka tiba di Hospital pihak hospital keluar untuk mendapatkan Arysya yang lemah itu.Arysya dimasuki dalam wad kecemasan untuk melihat keadaannya.Keluarga mereka yang lain menunggunya dalam keadaan yang risau.
Setelah hampir setengah jam menunggu seorang doktor menghampiri mereka"Mana satu suami dia?"tanya doktor itu."Suami dia xde,kami semua keluarga dia kenapa doktor?"Tanya Syafik kpd doktor tersebut."Taniah Arysya mengandung dh 2minggu"Doktor itu berkata dengan senyuman."Tetapi keadaan Arysya cukup lemah membuatkan kandungannya dalam bahaya,dalam kandungan yang masih baru cukup bahaya jika apa2 perkara negatif berlaku saya harap awak semua jangan biarkannya mengalami tekanan itu sahaja,saya pergi dulu".
Doktor itu terus memasuki bilik itu semula.Mereka yang mendengarnya hanya menghelakan nafas."Apa yang berlaku sebenarnya?"Syafik berkata dengan perlahan...
Di wad Arysya
Puan Lina mendekati Arysya yang sedang terbaring diatas katil dia mengusap kepala anaknya dengan penuh kasih sayang."Apa yang berlaku dekat adik,sampai macam ni sekali?" Puan Lina menitiskan air mata.
Di dalam kereta
"Abang xfaham apa yang berlaku,kenapa adik boleh keluar dalam tengah malam macam tu?"Syafik berkata sambil tangannya ralit mencari no Asyraf."Abang,nieyl dh cuba call Asyraf tapi xdapat dia off phone dia"Nieyl berkata sambil duduk disebelah abangnya."Abang rasa ada yang xkena ni,kenapa Asy xangkat call,mana dia pergi".Syafik berkata sambil menoleh ke arah Nieyl."Nieyl rasa kita kena tanya Adik sendiri,adik je yang tahu pasal ni xde sapa dh yang tahu mana Asyraf?,apa yang jadi sebenarnya".
Arysya yang telah lama tidak menyedarkan diri dia membuka matanya dengan perlahan lahan.Arysya melihat sekelilingnya ia melihat mamanya sedang tidur di sebelahnya dengan kerusi.
Arysya terus mengalirkan air mata entah mengapa hatinya menjadi lemah melihat mamanya mungkin dia takut untuk menerangkan keadaan sebenar yang berlaku terhadap dirinya dan tentang Asyraf yang telah menceraikannya dengan talak 3.Arysya tidak tahu harus menceritakan bagaimana yang berlaku sebenarnya atau hanya mendiamkan diri tidak memberitahu mereka perkara yang berlaku kepada dirinya.Mungkin masa belum sesuai untuk menceritakan hal yang sebenar kepada mereka biarlah dia sendiri yang tanggung sakitnya dahulu dan penderitaan ini. Cerita ini akan terbongkar juga suatu hari nanti...
Bersambung...
Hello guys saya harap awak semua dapat vote dan komen ye😉😉😉...
YOU ARE READING
Izinkan Aku Mencintaimu untuk Kali kedua
RomanceKehidupan Arysya sangat lah pedih dan perih apabila dirinya telah dibuang dari hidup Asyraf.Asyraf yang terpaksa meninggalkan Arysya akibat satu peristiwa yang menimpannya menyebabkan hidupnya tidak tentu arah.Setelah beberapa tahun kemudian Arysya...