Rocky POV.
" kenapa aku rasa macam aku kenal budak perempuan dan lelaki baru tu ? "
Aku berkata kepada diriku sendiri. Aku mula menyelongkar album lama milikku yang tersimpan rapi selama 7 tahun dan membeleknya.
Helaian demi helaian , mataku tertancap pada 2 susuk tubuh yang berdiri di tepiku dalam satu gambar. Dalam gambar itu , budak perempuan itu seperti selepas menangis dan lelaki itu tersenyum sambil meletakkan tangan di bahuku.
Wajah mereka mirip tetapi tidak seiras. Aku menilik lagi muka mereka dan memusingkan gambar tersebut. Tertulis di belakang gambar tersebut 'KAWAN BAIK SELAMANYA - ERICA , ERIC DAN ROCKY' . Aku amat terkejut dan tersenyum selepas mengetahui bahawa mereka berdua adalah kawan baikku semasa kecil. Long-lost friends.
Selama 7 tahun tanpa khabar dan kini mereka bertemu semula. Aku percaya bahawa mereka berdua tidak mengingatiku lagi dan aku ingin cuba untuk berkawan dengan mereka berdua.
Erica , seorang yang pendiam dan pemalu , cepat menangis , selalu mengadu kepada aku dan Eric. Yang ku lihat kini , dia sudah berbeza , dia tidak lagi ketakutan , dia sudah berani berlawan kata. Yang paling aku terkejut , dia dan Eric amat handal bermain bola keranjang. Apakah lagi perubahannya selepas apa yang berlaku dahulu ?
Flashback.
" Eric , Erica kena buli lagi dan dia menangis di belakang kelas " , ujar rakan sekelas kami semasa 10 tahun iaitu darjah 4.
Aku terkejut mendengar berita tersebut lalu berlari mengikut langkah Eric.
"Erica , kau tak apa apa kah ? " tanya Eric lalu mendakap Erica yang seperti ketakutan itu.
Erica hanya menangis teresak - esak dan dia pengsan kerana terlalu takut. Selepas kejadian itu , selama seminggu Erica tidak turun ke sekolah dan Eric memberitahu aku bahawa mereka akan berpindah ke Rusia untuk mendapatkan rawatan mengatasi trauma Erica dan urusan perniagaan abahnya.
" Jangan lupakan aku , kita tetap kawan okay" ujar ku kepada Eric.
Eric hanya mengangguk dan tersenyum begitu juga Erica 😊.
End Flashback.
Kini mereka sudah kembali tidak mengingati ku ? Aku merasa sedih bercampur gembira apabila mengetahui kawan baikku sudah kembali. Tapi aku tidak akan memberitahu kepada mereka siapa diriku dan aku akan melihat reaksi mereka tentang diriku.
Rumah Eric dan Erica.
"Erica ! Kenal Rocky tak ? " , tanya Eric
mengejutkan lamunan ku." hmm , tak 😪 " jawabku malas.
" takkan tak kenal Rocky , adik cuba ingat " kata Eric lagi.
" tak kenal la abang ni " , ujarku lalu menarik telinganya.
" Rocky tu kawan baik kita dulu , 7 tahun yang lalu ! yang ronggak tu ! " , terang Eric sungguh sungguh.
Otakku mula berfikir dan mentafsir apa yang dikatakan oleh Eric.
"Rocky huh " 🤔
" Baru aku ingat , kesian dia , mesti dia fikir kita tak ingat dia langsung " , kata Eric lagi.
" dia bukannya macam ingat kita pun " saut ku.
"betul juga kata kau " , setuju Eric.
" kita tengoklah sampai mana dia tak kenal kita sampai dia ejek aku kat kantin hari tu " kataku kepada Eric.
"Jom lah turun nanti lambat " ujarku kepada Eric.
Hari ini kami berdua turun menaiki motor berkuasa tinggi masing-masing kerana tiada orang yang mengambil mereka selepas sekolah. Ibu dan abah mereka sibuk dan memberitahu awal kepada kembar itu.
Sekolah.
Bunyi deruman moto kami amat jelas kedengaran dari jalan raya dan semua mata pelajar memandang ke arah kami. Aku dan Eric memarkirkan moto kami dan masuk ke kawasan sekolah. Pelajar perempuan di sekolah itu pelik melihat aku memakai seluar dengan baju sekolah. Aku memandang mereka kembali dengan pandangan hairan '🙄'.
" pelik ke aku pakai seluar , nantilah aku tukar pakai skirt " kataku dalam hati.
" Eric , kau pergi dulu , aku nak tukar skirt. " ujarku kepada Eric.
" okay , jumpa di kelas " saut Eric.
Tandas perempuan.
Aku berada dalam tandas untuk menukarkan seluar ku dan aku terdengar perbualan sekumpulan pelajar perempuan.
" eh , ada nampak pelajar baru tadi kah ? "
" yang mana ? yang pakai moto berkuasa tinggi tu kah ? "
" haaa , yang tu lah "
" kenapa dengan mereka ? "
" berlagak , sombong "
" biasa saja aku tengok "
" yang perempuan tu , dia ingat dia cantik sangat , huh , aku lagi cantiklah "Aku yang dari tadi hanya mendengar perbualan mereka keluar dari tandas tersebut.
" huh , angkat bakul sendiri " , ujarku sinis 😒
Mereka kelihatan terkejut dan takut tetapi salah seorang daripada mereka berani menyahut kataku.
" memang betul apa yang aku katakan , kan " ujarnya menghadapku.
Aku dengan selamba hanya memandang cermin tandas dan mengikat ponytail rambut hitam panjangku itu.
Pelajar perempuan tadi kelihatan geram dan sepertinya ingin menumbukku. Tindakan ku lebih cepat apabila aku mencengkam kolar baju perempuan yang bernama Tina itu.
" Jangan kejut harimau yang sedang tidur " kataku dengan pandangan tajam dan melepaskan dia sehingga dia terjatuh.
Rakan gadis itu membantu gadis itu dan aku beredar dari tandas tersebut.
" huh , malang betul " kataku lalu membetulkan tie ku dan beg sekolahku. Aku berjalan menuju ke kelas 5 minit lagi sebelum loceng berbunyi.
YOU ARE READING
You're Mine : Complete ツ
Short StoryKisah silamku yang tragis. Dibuli. Aku kini bangkit dari traumaku dengan bantuan kembarku dan rakan baikku. Terselit satu perasaan yang tidak dapat aku fahami dari diri sendiri. Adakah ini hanya mainan perasaan atau aku hanya bertepuk sebelah tangan...