IMG 20 🌈

118 3 0
                                    

Erica menerima satu mesej yang tidak dikenali nombornya.

010+
kau memang berani kan , masih dekat dengan Rocky.
aku nak jumpa kau face to face.

Erica hanya senyum segaris melihat mesej tersebut.

" tak matang langsung" ujar otak gadis itu.

Dia keluar dari biliknya sambil jarinya ligat memutar keychain motornya.

Eric yang syok bermain game itu berpaling memandang susuk tubuh adiknya itu.

" ha, nak pergi mana tu ? dating ek " gurau jejaka itu.

" aku mana ada pakwe , abang oi. nak keluar kejap" jawab gadis itu tersenyum manis.

Bunyi deruman moto gadis itu mula pudar di telinga Eric bermakna Erica sudah keluar dari gate rumah.

BLACKVIEW'S CAFE

Erica duduk di satu meja di sudut cafe itu.

Gadis itu minum airnya sambil memandang Nova3i kesayangannya itu.

Tiba tiba , dia merasa sesuatu yang sejuk mengalir dari kepalanya. Dia tersentak dan mendongak. Wajah yang dikenalinya itu senyum sinis memandangnya yang sudah basah melekit dengan air kopi bergula itu.

" Apa ni !" jerkah Erica.

" Opps , sorry , aku tersadung tadi " kata Carry ketawa kecil.

" ingat lawak ke , hah " jawab Erica dengan suara dalamnya memandang tajam ke arah gadis itu.

Pelanggan dalam  cafe tersebut ada yang terkejut , senyum kecil memandang Erica yang basah itu.

" Cik , kenapa ni ? " tanya salah seorang pekerja di cafe tersebut. Lelaki itu kelihatan risau melihat gadis yang basah itu.

" Takda apa lah , saya tersadung tadi , tu yang tertuang dekat cik ni" jawab Carry dengan angkuh , seperti dirinya tidak sengaja melakukan perkara tersebut.

Erica memandang tajam Carry dan tersenyum kecil memandang pelayan tersebut.

" Tak pa , saya okay sahaja" jawab Erica dan mengambil Nova3inya yang basah di meja tersebut kemudian beredar dari cafe tersebut.

Carry hanya senyum puas memandang Erica yang basah keluar dari cafe tersebut.

ERICA POV

Tandas Awam

" hish , memang malang betul , kenapalah boleh terjumpa dia"

Baju tshirt putih aku yang basah itu dari putih ke hitam rasa melekitnya urgh , dah la bau coffee.

Aku beredar dari tandas dan mencari kedai baju berdekatan.

Aku membeli hoodie hitam Adidas dan aku menuju ke bilik persalinan. Aku menukar baju aku dengan hoodie tadi.

Setelah siap , aku keluar dan satu suara yang aku amat kenali menyapa.

" Erica ?"

Aku berpaling ke tepi dan mendongak.

" Rocky ?"

Mataku memandang hoodie yang dipakainya. Warna hitam , tengahnya ADIDAS . Macam manalah boleh sama ni ~

Pekerja wanita di situ memandang ke arah kami senyum senyum.

" weh , asal kau beli yang sama macam aku " tanya ku kepada jejaka itu dengan muka derk. 😒

" aku yang sampai dulu lah tadi , huh " jawab jejaka itu tidak mengalah.

" tak pasal pasal diorang pikir kita couple nanti tau " bisikku ke telinga Rocky. Aku rasa tidak selesa dengan beberapa mata yang memandang.

" biar lah , bukannya apa pun , baju jer , diorang tak kenal kita pun " bisik Rocky balik menyebabkan aku membuat muka menyampah.

" ah , aku tak kira , aku suka baju ni , bai , aku nak bayar dulu" jawabku lalu meninggalkan Rocky di situ.

Rocky mengikuti belakangku dengan hoodie yang masih tersarung di badannya ke kaunter pembayaran.

" Tahniah cik , encik , kalian merupakan pasangan ke 100 untuk penghabisan stok hoodie ADIDAS ini. Kami akan memberikan hadiah kasut ADIDAS edisi terhad kepada kalian."

" hah ?" aku sedikit hairan mendengarnya.

" bayar sekali ke cik ?"

" eh , tak lah " aku masih blur.

" saya bayar " jawab Rocky memberikan kadnya , belum sempat aku menjawab , pekerja itu sudah menyambut kad jejaka itu.

Aku sudah menyerah saja dan membiarkan. Kami berdua keluar dari kedai tersebut membawa beg kasut jenama yang sama.

" urgh " aku merungut.

" kenapa ?"

" takda , nantilah aku bayar balik ek " jawabku , nampaknya Rocky tidak mengetahui bahawa dia basah terkena kopi tadi. Aku terus berlagak biasa tapi bau air kopi tadi masih melekat sedikit padaku.

Kami berjalan sama menuju ke tingkat bawah. Makin ramai mata memandang , makin membuat aku tidak selesa. Dah la baju sama , kalau baju lain , tak apalah.

"kau kenapa ni ?"
"aku rasa nak tukar baju lah , tak selesa" jawabku.
"oh , okay" jawabnya dengan muka kosong.

Otakku mula berfikir lagi ,kami berduakan bestfriend , apa salahnya kalau baju sama , tak semestinya couple jer.

"Jom" kataku menarik lengan hoodie jejaka itu.

"eh, kata nak beli baju lain"
"tak jadilah , malas"

Aku menarik jejaka itu ke satu kedai buku.Aku bercadang ingin beli buku praktis latihan untuk mengulangkaji.

END POV

Erica mendongak memandang buku rujukan di atas rak atas itu.

[MATEMATIK LEVEL UP]

Dia cuba menggapai buku tersebut tapi dia tidak sedar buku buku itu boleh jatuh menimpa dia.

Gadis itu terjengket jengket dan rak itu sepertinya tergoyang sedikit. Hampir saja buku buku tebal itu jatuh , sesusuk tubuh menyelindungi gadis itu sambil satu tangan pantas menahan buku buku itu.

Erica mendongak dan tersengih. Rocky sudah memandang tajam gadis yang tersengih itu.

"ambilkan buku tu" Erica menunjuk buku rujukan Matematik itu.

"ni ?" tunjuk Rocky.

Erica mengangguk kepala tersenyum sengih.

"Lain kali hati hati , kalau jatuh tadi , benjol tau" kata Rocky menghempuk slow buku tebal itu di kepala Erica.


You're Mine : Complete ツWhere stories live. Discover now