Sedang aku berjalan menuju ke kelas , aku terlanggar sesusuk tubuh yang mirip bagiku. Aku mendongak dan melihat siapakah yang aku langgar itu. Aku melihat tag namanya terlebih dahulu ' ROCKY ' dan aku tersenyum sinis 😏.
" hai Rocky " , ujarku sinis.
" err , kau tak apa apa ?" , jawabnya.
" takpa , aku chau dulu ", sautku alu beredar ke kelas dan meninggalkan dia yang terpingga pingga.
Aku memasuki kelas dengan segera sebelum Cikgu Aiman , cikgu Matematik kami memasuki kelas. Aku perasan banyak mata yang memandang sinis kepadaku terutama kumpulan ELITE. Aku melihat Eric sedang berbual dengan Mark , iaitu ketua kelas kami.
" Minggu depan adalah minggu peperiksaan , kamu semua mesti skor 50 ke atas , atau dikenakan hukuman " , ujar cikgu Aiman.
" huh , mestilah Adi yang akan dapat markah penuh lagi ", ujar Sally , salah seorang ahli kumpulan ELITE itu.
" yakin sangat kan , Erica" , bisik Eric kepadaku.
Aku hanya mengangguk dan memandang telatah kumpulan pelajar tersebut.
Selepas habis sekolah.
Aku dan Eric pergi ke pusat beli belah milik keluarga kami. Kami berjalan dari tingkat 1 ke tingkat 3 paling atas.
" Eri , lapar lah , jomlah singgah makan kat KFC tu"
Aku hanya mengangguk dan memegang perutku kerana aku juga lapar. Eric menarik tanganku untuk mengikutinya. Setelah selesai makan , kami pergi ke satu kedai pakaian.
Sedang memilih pakaian , aku terpandang seorang lelaki yang kelihatan mencurigakan dan dia berlari ke arah seorang wanita berumur dalam lingkungan 30 an.
Aku memberitahu Eric dan seperti yang dijangkakan , lelaki tersebut adalah seorang peragut.
Aku dan Eric mengejar lelaki tersebut dari tingkat 2 hingga ke tingkat 1 , Eric mengelecek kaki lelaki itu sehingga dia terjatuh dan aku menarik tangannya ke belakang.
Peragut itu meronta untuk dilepaskan dan ramai orang terkejut dengan kejadian tersebut.
Pengawal keselamatan pusat beli belah itu berlari menuju aku dan Eric.
" Tuan muda , cik muda " , sapa mereka berdua.
" Bawa peragut ini pergi balai , kenapa cuai sangat ni ? " , kata Eric.
" dahlah Eric , jom ", kataku menarik tangan Eric dan beredar ke tempat kejadian tadi.
Seorang wanita sedang duduk di kerusi menunggu dan aku menyapanya sambil menyerahkan beg tangannya.
" puan , ni beg tangan puan " , ujarku sopan.
Wanita itu mendongak dan dia tersenyum gembira lalu memanggil namaku dan Eric."Eric , Erica " , ujarnya sambil memeluk kami berdua.
"err , puan macam mana boleh kenal kami " , tanya Eric.
" ni Makcik Jane , ibu Rocky ! ingat tak ? " , jelasnya lagi.
" Makcik ! lama tak jumpa , maaflah sebab kami tak kenal tadi , tapi Makcik masih tetap cantik " , ujarku begitu juga dengan Eric.
Makcik Jane hanya mencuit pipiku kerana malu dengan gurauan ku tadi.
" Makcik , lain kali hati hati , peragut semakin banyak kini , kenapa tak bawa anak makcik ikut ? bahaya tadi , kalau makcik cedera , macam mana ? " , kata Eric prihatin.
Aku dan Eric sudah menganggap Makcik Jane ini seperti keluarga sendiri kerana kami sangat rapat dahulu.
" Anak makcik tak suka ikut shopping , mereka lebih suka duduk di rumah " , jelas Makcik Jane merujuk kepada Rocky dan adiknya , Alya.
"kamu berdua sekarang dah tinggi , Erica cantik sangat dan Eric tampan " katanya lagi memuji.
"taklah makcik , kami biasa saja. " saut Eric.
"Makcik tak apa apa ? "
"Tak ada apa apa lah , makcik okay , makcik nak balik ni , terima kasih ye nak " , Makcik Jane meminta diri untuk beredar.
" Hati - hati , jumpa lagi " ujarku sambil melambai tangan begitu juga dengan Eric.
" Jangan lupa datang rumah makcik ye , nak , lama dah tak jumpa kamu berdua " , katanya lagi.
Aku dan Eric hanya memandang kepergian Makcik Jane dan kami masuk semula ke dalam kedai pakaian yang kami tuju tadi.
Mataku tertarik pada satu hoodie haiwan yang bercorak seperti Bear 🐻 di suatu sudut.
" Eric , nak tu " ujarku sambil menunding ke arah hoodie tersebut.
" hah , ish macam budak budak seja " protes Eric.
" Boleh lah abang , boleh lah " aku memujuk Eric dengan Puppy Eyes ku .
Aku sememangnya manja dengan kembarku itu. Kami tidak dapat dipisahkan dan sentiasa ada bersama. Aku akan bersikap serius hanya pada orang yang aku tidak kenali.
" yelah , yelah , cik , ambil hoodie beruang itu 2 ye , tolong bungkus " , ujar Eric mengalah.
Aku hanya tersenyum manis sehingga menampakkan gigi taringku yang tajam itu dan Eric membalas senyumanku dengan lesung pipitnya yang dalam itu.
"nah , saya bayar , jangan bagitahu abah kami " , ujar Eric kepada pekerja di kedai itu.
Aku dan Eric sememangnya suka merendahkan diri daripada disanjung hanya kerana pusat beli belah itu adalah milik keluarga kami.
" Eric , jom pakai terus " cadangku .
" boleh juga , sejuk dah ni " saut Eric bersetuju.Aku dan Eric menuju ke tandas awam untuk menukar pakaian sekolah kami. Selesai menukar pakaian , kami berjalan lagi mengelilingi pusat beli belah tersebut. Banyak mata yang memandang kami dan berfikir bahawa kami berdua adalah couple disebabkan kami kembar tidak seiras.
"Bubble tea ? " , cadang Eric.
Mataku bersinar dan terus mengangguk kerana aku amat teruja mendengar nama air kegemaranku itu.
Selepas membeli air kegemaran kami tersebut , aku dan Eric beredar ke tempat parkir moto kami tadi. Aku mengeluarkan hp aku dan membuka camera , aku mengambil gambar Eric dan Eric mengambil gambarku dan kemudian selfie 🤗.
Aku upload gambar kami di Instagram.
erca. Time spends well with your souls.
@eric.blackJam tanganku sudah menunjukkan pukul 5 petang. Aku dan Eric pulang ke rumah.
YOU ARE READING
You're Mine : Complete ツ
Kort verhaalKisah silamku yang tragis. Dibuli. Aku kini bangkit dari traumaku dengan bantuan kembarku dan rakan baikku. Terselit satu perasaan yang tidak dapat aku fahami dari diri sendiri. Adakah ini hanya mainan perasaan atau aku hanya bertepuk sebelah tangan...