"Good morning Erica" suara Rocky yang menyapa telinga gadis itu menyebabkan Erica terkejut.
Rocky singgah sebentar ke kelas gadis itu untuk menjengguk. Ramai mata memandang ke arah mereka berdua. Erica memandang ke arah rakan sekelasnya itu dengan wajah bosan.
"Thank you." kata Rocky tiba tiba. Erica hairan dan bertanya "why?"
"For accepting me." bisiknya ke telinga gadis itu. Erica hanya senyum manis memandang wajah jejaka lampai yang duduk di hadapannya itu.
"ehemmmm" Eric memecah kesunyian antara mereka berdua yang bertatapan itu.
" dah , dah , pergi balik kelas" kata Eric lagi menjeling kawan baiknya itu.
Rocky hanya ketawa kecil mendengar kata kata Eric itu dan melambai ke arah Erica. Erica membalas lambaian jejaka itu dan dibelakang gadis itu , beberapa gadis rakan sekelasnya turut melambai ke arah jejaka itu. (melting la katakan ~)
___________________________________________
FIRST DAY OF DATE after a week selepas kejadian confession ><
TAMAN PERMAINAN CHIPSMORE'S (FUNFAIR)
Rasa kekok dan pelik menyelubungi gadis itu. Perasaan 'crush' yang hilang dulu kembali kepada perasaan 'suka' nya. Erica menyangka bahawa dia hanya bertepuk sebelah tangan dan selama ini dia berfikiran bahawa Rocky menganggapnya kawan lama atau kawan baik.
Erica duduk di kerusi menunggu seperti 'introvert' dengan topi hoodie hitamnya disarungkan ke kepala.
ERICA POV
"mana budak ni , ergh"
Tanganku lincah membuka apps Whatsapp dan melihat satu nama 'ROCKY'. Chat hanya single tick sahaja menunjukkan bahawa jejaka itu belum membacanya.
"biar betul budak ni , lambat betul"
Aku sedikit geram bercampur nervous menunggu kehadiran jejaka itu. Aku memandang ke arah beberapa pasangan yang datang ke taman permainan itu. Otakku ligat berfikir apa yang perlu aku lakukan. Selama seminggu in relationship , kami hanya bergaul seperti biasa , seperti kawan rapat.
tok tok!
Satu jari mengetuk kepalaku dan aku mendongak. Rocky tersenyum menampakkan gigi taringnya ke arahku. Aku membalas dengan senyuman kecil lalu menepuk geram bahu jejaka itu.
Rocky hanya gelak kecil lalu mengusap kepalaku.
"sorry aku lambat , jalan jammed tadi" katanya.
"pakai motorbike pun boleh jammed?" gumamku sendiri.
"apakah?" tanya Rocky lagi.
"takdalah , aku lapar lah" kataku sambil mengusap perutku yang kempis itu.
"yala , jom" sautnya dan menghulurkan tangan.
Aku diam seketika , berfikir untuk menyambut atau tidak. Perasaan teruja itu memang tidak dapat dijelaskan lagi. Aku menyambut huluran itu dan berjalan seiringan dengan dia. Dia mengenggam tanganku dan aku hanya tersenyum sendiri menunduk melihat jalan.
Beberapa mata memandang kami berdua dan kami hanya membuat poker face tanpa bercakap. Sesampainya di satu cafe , Rocky duduk berhadapan denganku. Aku memandangnya dengan senyuman.
"am i weird to you ?"
Aku pelik mendengar soalan Rocky itu dan menggeleng menandakan 'tidak' sambil senyum sengih.
"kau tak happy ker ada boyfriend handsome bijak macam aku ni?" tanyanya lagi.
"gila tak happy" aku berkata kepada diri sendiri.
YOU ARE READING
You're Mine : Complete ツ
Short StoryKisah silamku yang tragis. Dibuli. Aku kini bangkit dari traumaku dengan bantuan kembarku dan rakan baikku. Terselit satu perasaan yang tidak dapat aku fahami dari diri sendiri. Adakah ini hanya mainan perasaan atau aku hanya bertepuk sebelah tangan...