SEHARI SEBELUM : UJIAN SEMESTER 2
(bukan SPM tau , belum akhir tahun lagi)PERPUSTAKAAN SEKOLAH
Rocky mengetuk perlahan kepala gadis yang tidur beralaskan buku itu. Erica mengeliat
sedikit dan memandang Rocky di hadapannya."sedap tidur?"
"hmm hmm"Rocky menunjukkan gallery phonenya yang penuh dengan gambar gadis itu tidur di perpustakaan , ada yang beralaskan lengan , beg , buku , mengigit pensel dan paling legend , masukkan kepala di dalam beg galasnya. Mata Erica terus fresh dan merampas smartphone jejaka itu. Gambarnya dari mula dia masuk kelas sehingga sekarang membuatkan dia terharu. Rocky memang suka pada dirinya. Erica memandang lama wajah jejaka itu lalu tersenyum manis sambil berkata 'TERIMA KASIH' tanpa suara.
" Erica , study~ " kata Eric disebelah Rocky bersuara. Misel yang tidur di sebelah Erica itu tidak ditegur Eric. Erica memandang tajam abangnya itu. Mereka sebenarnya study group , tapi Erica baru beberapa minit menghadap buku memang akan mengantuk lalu tidur. Misel pula terlalu rajin mengulangkaji awal pagi di rumah sehingga dia tidak cukup tidur. Tu yang terikut tertidur.
Khabar angin yang mengatakan bahawa mereka berdua adalah couple sebelum ini ditentang kuat oleh para pelajar sekolah itu tapi selepas seminggu , mereka dianggap sebagai 'pasangan ideal atau pasangan contoh' kerana prestasi akademik dan kokurikulum yang tinggi dan cemerlang.
_____________________________________________
KEESOKKAN HARINYA ~
" korang , good luck ! " teriak Erica di dalam kelas 10 minit sebelum exam bermula.
Ada yang sedang mengulangkaji terkejut, ada yang menggeleng kepala melihat telatah gadis itu.
Eric mengetuk kepala kembarnya itu. Erica hanya tersengih melihat abangnya itu. Matanya memandang keluar tingkap balkoni kelas.
Satu senyuman terukir di bibir gadis itu dan mengangguk.
Rocky melambai ke arah gadis itu dan mengangkat nota kecil bertulis [GOOD LUCK] dengan marker hitam.SKIP
KELAS 5A-1
Rocky duduk santai memandang buku Matematiknya. Tinggal 30 minit lagi sebelum ujian bermula.
"Hey Rocky , good luck tau dan thanks for the notes " kata satu suara menyapa gegendang telinga jejaka itu sambil menyerahkan buku nota milik jejaka itu.
Irene tersipu malu memandang Rocky yang mendongak itu. Rocky hanya senyum memandang rakan sekelasnya itu.
"Petang ni korang free tak? Aku nak belanja makan" kata Irene tetiba dengan ceria.
Mata para pelajar dalam kelas itu bersinar apabila bercakap mengenai makanan.
" Wuuuu , boleh lah " jawab Adam teruja.
Adam memandang Rocky yang hanya menopang dagu itu dan menjongket keningnya.
" Kau ikut tak? Jomlah jomlah jomlah " rengek Adam dengan mata bulatnya.
" Aku hempuk juga kau ni kan" jawab Rocky memandang tajam muka Adam itu. Nasiblah jejaka itu kawan baiknya , kalau tidak , dah lama kena tumbuk.
_____________________________________________
KRINGGGGGGG
Loceng berbunyi menandakan tamatnya masa exam hari itu. Semua kelas berteriak 'gembira' , baru satu mata pelajaran , belum lagi last day exam , lagi riuh rendah.
YOU ARE READING
You're Mine : Complete ツ
Historia CortaKisah silamku yang tragis. Dibuli. Aku kini bangkit dari traumaku dengan bantuan kembarku dan rakan baikku. Terselit satu perasaan yang tidak dapat aku fahami dari diri sendiri. Adakah ini hanya mainan perasaan atau aku hanya bertepuk sebelah tangan...