2 | Aquila

114 12 0
                                    

Nobody's righteous, nobody's proud, nobody's innocent.

If you turn your back,
You get a knife on the neck.

If you turn your back,You get a knife on the neck

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zap!

Anak panah laju membelah angin di sisi Kejora. Hampir sahaja tubuh genitnya ditembusi anak panah cincu wangkang dari Tanah Besar. Langkahnya diorak laju merempuh satu persatu manusia di pelabuhan. Sesekali dia menoleh ke belakang melihat gerangan yang semakin laju mengejar.

"Sial. Sial. Sial."

Bibirnya laju menabur sumpah seranah, selaju kakinya berlari cuba meloloskan diri. Ini soal hidup dan mati! Dirinya belok memasuki ruang sempit antara rumah-rumah warga kota.

Strategi melarikan diri masih lagi dirangka dalam benak fikirannya. Buntu. Namun, langkah tetap diteruskan malah semakin cepat. Suara-suara gerangan yang mengejarnya semakin kuat kedengaran walaupun sepatah kata pun tidak mampu Kejora fahami.

Ikatan kain yang menutup wajahnya diperketat.

'Apalah salah gadis muda seperti aku ini dikejar sebegini. Aku—'

"Pencuri!"

'Oh ya.'

Kejora terus memasuki ruang pasar tempat warga kota berjual beli. Sesak dipenuhi manusia tetapi seorang pun tidak menjadi endahannya.

Buk! Prang!

Segala jenis bunyi membingitkan telinga terhasil daripada adegan kejar mengejar Kejora. Entah berapa gerai sudah dirempuhnya, entah berapa manusia sudah rebah ditolaknya.

Lariannya terhenti. Beberapa anak-anak kecil berkumpul menghalang laluannya. Tangan Kejora menyeluk sakunya mengeluarkan segenggam beras yang dibalut dengan kain lusuh.

Kain yang menyembunyikan identitinya diturunkan ke dagu.

"Nah— tetapi sebelum itu," Bicaranya tersekat-sekat. Semput rasanya. Arahan singkat diberikan sebelum saku beras itu dihulurkan.

"Faham, Kak Kejora!" Raut wajah kanak-kanak itu riang sambil menerima bekalan makanan yang diberikan gadis aneh yang sudah dianggap saudara. Kejora mengukir garis senyum di bibir. Suka melihat anak-anak yang dibantunya dengan secupak nasi.

"Tu— tuan hamba! Berhenti!" Jeritan entah dari mana meragut senyumnya.

'Ah sudah... tahu pula cincu dari China itu berbahasa orang di sini.'

Kain ditarik semula menutupi wajahnya.

'Jangan-jangan itu orang-orang laut dari pelabuhan?'

Adegan kejar mengejar yang terhenti nampaknya terpaksa diteruskan semula. Jikalau benar itu warga kota ini yang sedang mengejarnya, pasti habis dia dikerjakan atau lagi teruk kalau dirinya dibawa ke istana. Imej pelebaya kerajaan menendas kepalanya di hadapan sang raja berlari-lari di benak fikiran.

Perabu Purnama Where stories live. Discover now