Which one is a better friend?
Is it the sun, or is it the moon?
"Apalah nasib diri ini..." Kejora mengeluh. Langit malam ditenung seketika.
Kejora sentiasa suka akan purnama walaupun namanya lebih sama dengan bintang di sisi purnama itu.
Kejora juga suka akan kegelapan malam. Malam itu misteri.
Setiap saat senja berlabuh bagaikan ada pesanan yang ingin dikirim mengiringi awan malam. Mentari juga seperti terlup—
Ikatan tali di tangannya diperketat.
"Ah! Sakit!" Sesi bermadah terpaksa dihentikan sebentar. Wajah ejaka asing yang mengacu pedang di tengkuknya tadi masih bisu tanpa respon. Tidak peduli dengan kesakitan yang dirasai oleh Kejora. Wajahnya bertentang dengan wajah gadis itu.
Kejora diam.
Susuk tubuh asing ini serba sedikit menitipkan rasa gerun dalam dirinya tetapi matanya masih memerhati tingkah laku tubuh itu. Aneh. Sudahlah datang tanpa diundang, kini tangannya diikat pula. Entah-entah lelaki ini penculik agaknya. Adakah dirinya akan dijual sebagai hamba bangsawan atau mungkin sebagai orang suruhan kapal di sebuah pelayaran? Ngeri Kejora memikirkan nasibnya sendiri.
Cahaya dari pawaka marak menyinari tubuh sasa jejaka itu. Pakaiannya aneh pada pandangan Kejora. Bukan aneh bermakna bajunya senget sebelah tetapi kain yang digunakan tampak mahal harganya. Syahbandar di pelabuhan juga tidak memakai kain semahal ini setahu dirinya.
Namun yang lebih menarik perhatian Kejora ialah kesan merah yang mengotorkan kain mahal itu. Darah. Pemuda ini terlukakah? Telahan Kejora terbukti benar apabila jejaka asing itu menyelak bajunya mendedahkan luka-luka yang masih berdarah. Pemandangan yang sangat menyegarkan mata Kejora— eh.
"Tuan hamba terlukakah?" Tidak, hamba sedang lapar. Jawapan sinis begini pun akan dia terima namun malangnya tiada respon yang diberi. Jejaka asing itu masih bisu tidak mahu menutur kata. Jikalau dia tidak mahu menjawab soalan apa yang perlu dibuat hanya satu. Tanya lebih banyak soalan.
"Tuan hamba tidak berasa sakitkah?"
"Tuan hamba mahu hamba rawatkan luka itu?"
"Tuan hamba ini siapa? Orang asingkah?"
"Tuan hamba—"
"Apa?" Kejora tersengih apabila lelaki itu akhirnya membuka mulut.
"Biarlah hamba bersihkan luka-luka itu. Nanti sakitnya melarat, bukankah susah?"
Jejaka itu berfikir sejenak, memikirkan tawaran Kejora. Luka yang tidak dirawat ini juga semakin pedih kalau dibiarkan. Dia mengangguk tanda setuju.
Gadis itu tersenyum riang, tangannya yang terikat disuakan ke muka lelaki yang tidak dikenali ini. Faham-faham sahaja, dilonggarkan ikatan tali yang mengikat tangannya. Dihulurkan juga kain balutan yang entah dari mana didapatkan oleh jejaka itu.
YOU ARE READING
Perabu Purnama
Historical Fiction[ Book 1 in Mávros series ] Perabu Purnama | King of The Moon •❅──────✧❅✦❅✧──────❅• "Ada pun mahligai berhiaslah kencana di bukit sana, adapun di dalamnya ribut yang menentang, dengan libasan pedang dan bala tenteranya, akan ditakluk sem...