part 1

2.3K 52 2
                                    

***
"Mummy!! Ayah!! Morning!!" Ucap Erynna kepada kedua-dua ibu bapanya.

Ayah Erynna sedang membaca maklumat perniagaannya melalui IPAD. Ibunya pula sedang menikmati sarapan pagi yang dimasak oleh pembantu rumah.

"Morning sayang! Awal nyer bangun harini... eh berlawa-lawa ni nak keluar ke?" Soal ibu Erynna.

Belum sempat Erynna balas, ayahnya pula bersuara " Harini Erynna pergi ambil result SPM kan? Jangan risau dengan result Erynna. Masa depan Erynna tetap terjamin walaupun result biasa-biasa sahaja. You have us."

" oh yaa!! Lupa pula yang hari ini hari pengambilan result SPM . Betul kata ayah Erynna, jangan risau sangat. Masa depan Erynna tetap terjamin." Kata ibu Erynna lalu mengarahkan pembantu dapur untuk tuangkan minuman ke cawan Erynna.

"So mummy dengan ayah tak temankan Erynna ambil result ke?" Soal Erynna dengan nada sedikit kecewa.

" sorry sayang... kalau boleh kami memang nak temankan Erynna tapi harini ada tetamu nak datang rumah untuk bincang tentang perniagaan kita di China. " jelas ibu Erynna .

"Owh okay." Mustahil kalau Erynna tidak rasa sedikit kecewa apabila kedua-dua orang tuanya tidak dapat turut hadir bersama mengambil keputusan SPM.
***


Tok.. tok..tok..tok.. *bunyi ketukan pintu dari luar bilik tidur Erynna kedengaran*

"Cik Erynna! Encik Andrian panggil untuk turun sarapan bersama. " pesan pembantu rumah wanita yang telah berumur 50 tahun itu dari luar bilik Erynna.

" aah.... okay..." balas Erynna yang masih lagi separa sedar dari tidurnya.

Erynna memaksa matanya untuk buka lalu bergerak perlahan-lahan ke bilik air untuk cuci muka.

Dengan masih berpakaian satu set baju tidur dengan seluar panjang, Erynna bergerak dengan malasnya ke tingkat bawah rumah itu menuju ke ruang makan. Ketika itu, Andrian, Andreas dan Andy telahpun berada di ruang makan dan sedang menunggu Erynna untuk bersarapan bersama-sama.

"Morning princess Eryn!" Ucap Andy mesra lalu menarik kerusi di sebelahnya untuk Erynna.

"Ew princess ? What kind of princess yang selamba macam Eryn? Ni kalau tak dibangunkan, mesti melarat tidurnya sampai petang." Kata Andreas yang duduk bertentangan dengan Andy.

"Shhh cepat makan! Lepas ni Eryn bersiap. Jam 11 tepat kita ke Pavilion." Pesan Andrian lalu memberi isyarat kepada pembantu-pembantu dapur untuk tuangkan milo ke dalam cawan Erynna.

" Pavilion? Lepas ni? Tiba- tiba je ni kenapa?" Soal Erynna lalu perlahan-perlahan meneguk milo suam yang telah disediakan oleh pembantu tadi.

"Malam ni ada annual dinner syarikat. So Erynna kena lah pakai lawa-lawa untuk join event ini." Jawab Andy sambil meletakkan dua ketul nugget ke dalam pinggan Erynna yang berisi mi hun goreng.

Belum sempat Erynna jawab, Andreas sudah menyampuk " wajib hadir! So dengar lah kata abang Andrian kita , cepat makan yerr...."

Sesuai dengan personaliti Erynna yang lebih suka simple , Erynna memakai oversized hoodie sehingga bawah paras lutut dan Burberry Metallic Leather and Nylon Union Sneakers dicapai daripada rak-rak yand dipenuhi dengan pelbagai kasutnya . Rambut Erynna paras bahu diikat tinggi.

Tok tok tok tok *bunyi pintu ketukan pintu dari luar bilik Erynna kedengaran*

"Eryn dah siap ke?" Suara Andy kedengaran dari luar bilik.

Erynna terus bergerak ke arah pintu biliknya lalu dibuka pintu itu.
"Yerr dah siap dah !" Ujar Erynna keluar dari biliknya lalu ditutup pintu biliknya.

Dengan cerianya Erynna dan Andy turun tangga rumah itu bersama-sama. Manakala Andrian dan Andreas pula sudah berada di dalam kereta Rolls royce berwarna hitam yang kini telah berparkir di hadapan rumah.

"Woahh Andreas yang drive lah harini ni!" Erynna dan Andy duduk di kerusi belakang manakala Andrian duduk di kerusi sebelah pemandu.

" Pavilion here we go!!" Ucap Andy dan Erynna serentak dengan riang.

"Eihhh diam lah!" Geram Andreas .



WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now