Andrian mengadakan meeting dengan 20 orang bodyguard yang dipilih oleh Andrian untuk mengagihkan tugas mereka mengawal rumah yang besar itu.
Andreas pula mengiring inspektor Randhit ke bilik yang terdapat skrin besar yang memaparkan imej yang ditangkap oleh CCTV di setiap sudut rumah banglo itu.
" 4 tahun yang lalu? Orang tuh kenal Eryn sejak dulu lagi?"
" Kalau kawan kenapa perlu hantar bangkai sekali?"
Erynna cuba mengingati keberangkalian bagi identiti misteri itu. Namun memori Erynna tentang kisah silamnya agak kabur menyebabkan Erynna sukar untuk membuat sebarang andaian.
"Eryn tengah buat apa tuh?" Andy mengejutkan Erynna dari belakang.
"Eryn tengah berfikir lah pasal hal semalam tuh."
"Kalau betul dia kenalan Erynna, atas sebab apa dia nak sakiti Erynna?"
"Dan..." belum sempat Erynna ingin meneruskan kata-katanya, Andy sudah menyampuk "Sudah hal ini biar kami yang urus. Tak perlu Eryn peningkan kepala fikir pasal hal ini lagi."
"Hmm yer lahh kalau Andy dah cakap macam tuh..." balas Erynna namun dalam kepalanya masih berfikir tentang hal itu.
Tiba-tiba iphone milik Erynna berbunyi. Pemberitahuan pertambahan pengikut di laman instagramnya. Melihat daripada gambar pengikut baru itu, Erynna sepertinya kenal pemilik akaun itu.
Tidak lama kemudian, satu mesej masuk ke dalam iphone itu melalui instagram Erynna.
"Hai. Ini devian, nasib senang je nak cari awak melalui instagram." Kata pesanan itu.
Kebetulan Erynna rasa bosan ketika itu lalu berbual panjang dengan Devian melalui instagramnya itu.
***
"Boss! Nampaknya mereka sudah bertindak menambahkan lagi bilangan pengawal di rumah mereka.""Sistem kawalan di rumah itu semakin ketat. " lapor seorang lelaki misteri kepada seseorang yang sedang duduk santai di kerusinya membelakangkan si pelapor itu.
Suasana di dalam bilik itu sungguh seram tanpa cahaya menyinari bilik itu.
"Kau pasti identiti kau semalam masih terselamat?" Soal suara garau itu.
"Iya bos! Saya berpakaian serba hitam beserta dengan topi dan topeng yang menutup hampir seluruh muka kecuali mata." Balas lelaki itu.
"Bagus! Kalau kau tertangkap, kau tahu apa yang kau perlu buat kan?" Soal suara garau itu lagi.
"Iya bos! Saya akan tarik nyawa saya sendiri." Balas lelaki itu tanpa rasa gentar.
"Buat masa ini jangan bertindak dulu. Bila sampai waktunya akan saya maklumkan. Sekarang pergi!" Arah lelaki misteri yang nasih duduk membelakangkan si pelapor itu.
Lelaki itu terus meninggalkam bilik yang serba gelap itu.
Lelaki misteri yang dipanggil sebagai bos itu terus mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya lalu menghantarkan pesanan kepada seseorang. Selesai sahaja menghantar mesej itu, lelaki misteri itu mempamerkan satu senyuman yang penuh dengan muslihat.
"Erynna." Sebut lelaki misteri itu.
YOU ARE READING
WHO IS THE KILLER?
Misterio / SuspensoKisah tentang seorang gadis yang bernama Erynna tinggal bersama 3 orang lelaki yang merupakan penyelamatnya @ abang angkatnya dalam sebuah rumah banglo. Andrian ,Andreas dan Andy membuat keputusan untuk menjaga dan melindungi Erynna. Memori Erynna t...