part 38

564 22 0
                                    

"Kan aku dah kata jangan cederakan anak aku melebih sangat!" Tengking ibu Devian kepada orang yang diupahnya untuk membunuh kekasih anak tunggalnya itu.

"Perempuan tuh macam mana? " walaupun wanita itu masih lagi sedang marah, dia tetap ingin tahu sama ada rancangannya berjaya atau tidak.

"Perempuan itu sudah disahkan meninggal dunia." Jawab lelaki itu.

Ketika itu perbualan mereka dapat didengari oleh Devian yang baru sahaja sedar. Devian berpura-pura bahawa dia masih lagi dalam keadaan tidak sedar diri bertujuan untuk curi dengar perbualan ibunya dengan seseorang lelaki yang tidak dikenalinya. Betap terkejutnya Devian apabila tahu bahawa kejadian itu ialah kejadian yang dirancang oleh ibunya sendiri. Berita Dalia yang telah disahkan meninggal dunia menambahkan lagi rasa perit di hati Devian. 'Sampai hati ibu!!'  'Kejamnya ibu sehingga sanggup membunuh demi memuaskan rasa tamak kamu terhadap harta!' Devian benar-benar rasa kecewa terhadap kedua-dua orang tuanya.

Rasa dendam dan benci kepada kedua-dua orang tua kandungnya semakin membuak-buak dalam diri Devian.

Erynna turut berasa simpati mendengar cerita Devian. Namun rasa simpati itu bertukar kepada seram apabila Devian menceritakan bahawa dia bertindak membunuh kedua-dua orang tuanya. Erynna sudah mulai rasa seram usai mendengar cerita itu.

"Lepas saya bunuh mereka, saya masih tidak rasa tenang."

"Saya mula berfikir akan sebabnya..." Devian yang polos di mata Erynna kini berubah menjadi seorang psychopath. Erynna berniat untuk melarikan diri tapi dia bersetuju untuk berjumpa dengan Devian bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalannya.

"Kalau bukan disebabkan keluarga kau, pasti hubungan aku dan Dalia tidak diganggu oleh orang tua ku." Kini Devian menatap Erynna dengan perasaan dendam di dalam hatinya.

"Aku bunuh keluarga kau...."

"Tetapi bagi aku , itu belum cukup lagi..."

"Kewujudan kau di dunia ini yang menyebabkan aku kehilangan wanita yang aku cintai." Devian melangkah selangkah demi selangkah dengan perlahan ke arah Erynna. Erynna bertindak dengan mengundur untuk menjauhkan dirinya dari psychopath itu. Tiba-tiba langkah Devian terhenti. Dia mula ketawa sendiri diselangi dengan tangisan. Kemudian dia menghalakan pandangannya ke arah langit lalu teriak "Dalia!!! Tunggu kedatangan aku!!" Sebaik sahaja Devian selesai teriak, matanya kini tertumpu semula ke arah Erynna.

"Aku akan pastikan kau mati hari ini!" Devian menolak Erynna sehingga dinding penghalang itu.

"Mari kita mati sama-sama!" Kata-kata ini menyebabkan Erynna menangis ketakutan kerana dia masih belum bersedia untuk meninggalkan Andrian, Andreas dan Andy. Rasa menyesal mula menghantui Erynna.

"Jangan bergerak!!" Teriak satu suara dari belakang Devian. Akhirnya, pihak polis telah pun tiba di lokasi itu bersama Andrian, Andreas dan Andy dengan bantuan GPS yang dipasang oleh Erynna pada iphone miliknya itu.

"Semuanya sudah terlambat!" Devian menolak Erynna jatuh ke bawah lalu dia juga turut lompat dari bangunan itu. Kebetulan di saat Erynna jatuh, terdapat satu lori yang mengangkat pasir lalu di kawasan itu. Erynna mendarat pada pasir itu manakala Devian telah terlepas daripada masa itu lalu mendarat pada permukaan jalan raya yang kasar itu. Kereta yang sedang lalu ketika itu berhenti secara mengejut apabila terdapat satu jasad yang tiba-tiba sahaja jatuh dari atas. Walaupun begitu, kereta itu tetap melanggar Devian dan menyebabkan jasad itu terhumban lagi ke hadapan.

Andrian, Andreas , Andy dan pihak polis yang turut ada di kawasan kejadian segera turun daripada bangunan itu .

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now