part 25

594 18 0
                                    

"Eryn, makan lah makanan ni. Baru lah Eryn lebih bertenaga." Pujuk Andy lagi tetapi Erynna tetap tidak memberi sebarang respon dan hanya mendiamkan dirinya.

"Eryn kenapa diam je? Cakap lah sesuatu." Pujuk Andy lagi . Andy telah banyak meluangkan masanya di dalam bilik itu untuk cuba bergaul dengan Erynna namun Erynna tetap tidak memberi sebarang respon. Malah Andy sengaja menunjukkan tayangan kartun kegemaran Erynna melalui telefonnya tetapi Erynna sepertinya langsung tidak mempunyai perasaan.

"Hmm yer lah mungkin Eryn penat kan. Takpe lah Andy pergi dulu lah. Jangan lupa makan tau." Pesan Andy sebelum meninggalkan bilik itu. Sebenarnya Andy sengaja ingin menunjukkan kepada Erynna bahawa dia sedang merajuk. Kerana Erynna yang dulu tidak sanggup melihat Andy merajuk dan akan segera memujuk Andy apabila dia merajuk. Namun taktik Andy hanya lah sia-sia kerana Erynna tetap tidak memberi sebarang respon sehingga lah Andy melangkah keluar dari bilik itu. Andy berasa sangat kecewa pada ketika itu.

"Yer bagus! Teruskan begitu Eryn sehingga lah mereka tidak lagi sayangkan kau."kata Erynna dalam hati walaupun pada hakikatnya Erynna rasa terseksa apabila melihat Andy yang tidak henti berusaha membuatnya tersenyum tetapi usaha itu langsung tidak dihiraukan oleh Erynna.

"Kejamnya kau Eryn! Sampai hati kau melukakan hati orang yang telah menjaga dan mencurahkan kasih sayang kepada kau sebelum ini."

"Maafkan Eryn, Andy..." Eryn menangis lagi sekali dalam diam.

Makanan yang diletakkan di meja itu langsung tidak dipandangnya. Erynna mengarahkan pengawal itu untuk keluar dengan alasan dia ingin masuk ke dalam bilik mandi untuk mandi. Pengawal itu akur dengan arahan itu dan sempat memesan kepada Erynna untuk maklumkan kepadanya sekiranya dia sudah selesai.

Pancuran dipasang oleh Erynna dan air terus memancut keluar. Erynna sengaja menukarkan suhu air itu kepada sejuk. Air yang memancut keluar direnung oleh Erynna buat seketika waktu. Dengan masih berpakaian, Erynna duduk di bawah air yang memancut itu sambil memeluk kakinya. Erynna mengambil peluang ini untuk meluahkan segala sakit yang dipendamnya. Erynna menangis sepuas-puasnya dan tidak menghiraukan tubuh badannya yang mula kesejukan. Erynna menampar pipinya sendiri sebagai satu hukuman kepada dirinya sendiri kerana menuturkan perkataan 'benci' kepada kedua-dua ibu bapa yang telah membesarkannya. "Dasar anak derhaka! Anak tak berguna!" Marah Erynna kepada dirinya sendiri. Erynna tidak henti-henti menyalahkan dirinya sambil menampar kedua-dua belah pipinya.

"Orang macam kau tak layak hidup di dunia ini."

"Mummy, ayah, Andrian, Andreas , Andy ... maafkan Eryn."

Tamparan itu semakin perlahan dan akhirnya Erynna rebah di bawah air yang memancut itu. Air itu masih lagi memancut ke arah badan Erynna yang kini telah rebah di atas lantai itu.

"Eh P7 kau masih lagi berkawal di sini dari tadi? Rasanya sudah setengah jam lebih lepas saya nampak kau baru keluar dari bilik itu. Takkan Eryn masih lagi mandi?" Soal Andreas kehairanan. Andreas dapat rasakan ada yang tidak kena lalu cuba memanggil Erynna beberapa kali dari luar bilik itu tapi tiada sahutan yang diterima. Andreas terpaksa bertindak masuk ke dalam bilik itu dan berkali-kali mengetuk bilik mandi itu tapi tidak ada suara yang membalas dari dalam. Bunyi air yang pancut masih lagi kedengaran.

"Takkanlah..."

"P7 cepat panggil pembantu rumah ke sini secepat mungkin!" Arah Andreas kepada pengawal itu dan terus berlari memanggil Andrian untuk mendapatkan kunci pendua bilik mandi itu.




WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now