" Hmm terlalu menonjol. Next"
" Nampak gemuk lah. Next"
"Ini macam over pula. Next"
"Hmmm tak berkenan. Next "
Dan seterusnya... komen-komen dari Andrian, Andreas dan Andy yang masih tidak berpuas hati dengan pakaian yang dipakai oleh Erynna. Ini lah sebabnya Erynna kurang berkenan kalau nak shopping bersama Andrian,Andreas dan Andy. Banyak sangat mengadu.
"Hmmmmm" kali ni ketiga-tiga lelaki itu terdiam . Pandangan mereka berhenti pada pakaian yang dipakai oleh Erynna entah ke berapa kalinya.
" so ? Okay tak?" Soalan Erynna memecahkan kesunyian lalu Erynna pusing 360° untuk menunjukkan kelebihan dress yang dipakainya.
"Okay biar saya bayar!" Kata Andreas dan Andy serentak sambil berlumba mengeluarkan kad mereka dari dompet. Pada masa yang sama, pelayan butik itu datang memberikan resit pembayaran serta kad milik Andrian. Rupanya Andrian sudah bertindak terlebih dahulu membayar dress yang berkenan di mata mereka bertiga tanpa Andreas dan Andy sedar.
"Elahhhhhhhh" keluh Andreas dan Andy kepada Andrian. Keluhan itu disambut oleh tawa Erynna yang lucu melihat telatah abang angkatnya itu.
Akhirnya, Lillianna Barbara Dress paras bawah lutut menjadi pilihan Andrian, Andreas dan Andy. Mereka terus berjalan untuk mencari kelengkapan sampingan Erynna seperti beg tangan, kasut, dan aksesori. Walaupun Erynna membantah dan bercadang untuk pakai yang lama sahaja, namun cadangan itu diabaikan. Nasib baik ketiga-tiga abang angkatnya itu tidak mengambil masa yang lama untuk membuat pilihan dan berjaya membeli tuxedo yang menepati cita rasa mereka. Keempat- empat mereka memilih pakaian berwarna navy blue.
Jam menunjukkan pukul 5 petang apabila mereka tiba di rumah banglo milik mereka.
"Event start jam 8:30 . So get ready before jam 8 sebab jam 8 tepat kita gerak ." Arah Andrian sebelum kelibatnya itu hilang ke atas menuju ke biliknya.
"Okay boss!" Jawab Erynna , Andreas dan Andy serentak dengan nada seperti askar lalu mereka ketawa apabila sedar perbuatan mereka yang kebudak-budakan.
"Eryn nak Andreas tolong make up tak?" Soal Andreas kepada Erynna apabila Erynna baru sahaja memegang tombol pintu biliknya.
"Andy pun nak tolong!" Sampuk Andy yang terdengar soalan Andreas itu.
" ish penyibuk!" Andreas tolak Andy ke tepi.
" Takpelah , Eryn boleh buat sendiri." Jawab Erynna .
"Okay "
"Siap! Yess on time!" Kata Erynna kepada dirinya sendiri sambil melihat jam yang terpampang di skrin Iphone 11 pro max miliknya yang dibeli oleh Andreas. Jam 7:50. Bag Chanel 19 dicapai dan dimasukkan dompet serta telefonnya.
LOUREN Heels dicapai dan dibawa bersamanya.
"Kejap! Last touch up untuk Eryn!" Andy memberi isyarat kepada Erynna yang baru sahaja keluar dari biliknya untuk berhenti lalu berlari semua ke dalam biliknya dan kembali dengan blusher di tangan?
"Okay nice! Perfect!" Puji Andy lalu menghulurkan blusher itu kepada Erynna.
"Ambillah! Hadiah dari Andy."
" Aww thank youuu..." blusher itu disambut oleh Erynna lalu patah balik ke dalam bilik untuk meletakkannya di atas meja solek.
Akhirnya, mereka tiba di lokasi pada jam 8:25 dengan menaiki Toyota Alphard yang dipandu oleh Pak Mat ,pemandu mereka.
Tiba-tiba Andrian, Andreas dan Andy berdiri di hadapan Erynna sambil menghulurkan tangan mereka.
"Choose your partner of the night." Jelas Andreas.
"Huh ? Perlu ke?" Soal Erynna buntu dalam membuat pilihan.
Jejaka- jejaka di hadapan Erynna balas soalan Erynna dengan senyuman mereka yang mampu meruntuhkan jiwa wanita-wanita di luar sana.
"Hmmm"
YOU ARE READING
WHO IS THE KILLER?
Mystère / ThrillerKisah tentang seorang gadis yang bernama Erynna tinggal bersama 3 orang lelaki yang merupakan penyelamatnya @ abang angkatnya dalam sebuah rumah banglo. Andrian ,Andreas dan Andy membuat keputusan untuk menjaga dan melindungi Erynna. Memori Erynna t...