Malam ini Erynna telah kembali semula ke bilik tidurnya. Erynna bersusah payah meyakinkan ketiga-tiga jejaka itu untuk membiarkan dia tidur semula di dalam bilik tidurnya. Nasib mereka berjaya dipujuk oleh Erynna.
Tetapi lain daripada malam yang lain, malam ini Erynna membiarkan lampu mejanya berpasang agar bilik itu tidak gelap sepenuhnya. Sejujurnya Erynna masih berasa takut untuk tidur seorang diri dalam bilik itu selepas kejadian lelaki misteri yang pecah masuk ke ruang balkoni itu. Namun Erynna cuba untuk mengumpul kekuatan untuk menghadapinya. Akhirnya Erynna berjaya menghadapi perasaan takut itu lalu tertidur lena di atas katil yang empuk itu.
Tindak tanduk pengawal keselamatan itu telah diperhati oleh seorang lelaki dari jauh selama 2 hari yang berturut-turut.
Lelaki itu tahu kawasan yang kurang menjadi perhatian dan kawasan yang tidak dapat ditangkap oleh CCTV. Satu rancangan yang rapi telah dilakukan oleh sekumpulan itu. Kebolehan mereka untuk melompat dari satu kawasan ke kawasan yang jauh serta kebolehan memanjat mereka tidak boleh dipandang enteng. Pergerakan mereka agak pantas dan tidak mudah untuk ditangkap.
Sepuluh orang lelaki bertopeng gelap itu melompat dari pagar konkrit terus mendarat ke atas bumbung rumah yang berdekatan itu tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Seorang lelaki yang mengetuai mereka memberi isyarat tangan dan memecahkan mereka kepada lima kumpulan dan bertindak seperti yang dirancang.
Mereka berjalan di atas bumbung itu dengan senyap dan pantas. Mereka berhenti di kawasan berdekatan CCTV. Kelihatan dua orang pengawal sedang berdiri mengawal kawasan itu. Dengan perlahan-lahan , seorang daripada mereka melekatkan satu alat pada badan CCTV itu. Imej pada CCTV itu kabur dalam masa 2 saat lalu kembali semula kepada imej dua orang pengawal yang sedang mengawal di kawasan itu. Kedua-dua lelaki bertopeng itu terus menembak sengatan elektrik buatan sendiri kepada dua orang pengawal yang kini sedang berdiri di bawah mereka.
Kedua-dua pengawal itu terus rebah. Namun imej CCTV di kawasan itu yang terpapar di skrin ruang pemerhatian masih menunjukkan mereka sedang mengawal.
Kesemua kumpulan yang dipecahkan itu telah berjaya melaksanakan tugas mereka. Kini semua pengawal di luar rumah telah rebah dan CCTV berjaya digodam dengan imej palsu.
Kali ini giliran dua orang ahli yang pakar untuk mengatasi pintu gelangsar di bilik Erynna yang berkunci itu. Manakala rakan konco yang lain akan mengawal keadaan luar untuk memastikan pengawal yang rebah itu tidak sedarkan diri dalam tempoh ini.
Seorang lelaki mengeluar dua kad besi yang nipis dan diberikan kepada rakannya. Di satu sisi kad itu terdapat satu pemanas atau boleh dikatakan laser yang dicipta oleh mereka sendiri. Kad itu dicucuk pada celahan atas pintu gelangsar itu secara perlahan-lahan dengan sisi lasernya menghadap bawah. Satu kad lagi diletakkan di bahagian celahan bawah pintu gelangsar itu dengan sisi lasernya menghadap ke atas.
Satu peranti lagi dikeluarkan daripada begnya. Suis pada peranti itu ditekan dan kad itu mula bergerak ke arah tengah-tengah celahan pintu gelangsar itu tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
Sementara menunggu kedua-dua kad itu bertembung di tengah-tengah, kedua-dua lelaki yang bertopeng hitam itu mula berpeluh kerana gementar. Mereka bimbang sekiranya Erynna terjaga secara tiba-tiba dan menyebabkan rancangan mereka gagal.
Dengan penantian yang sungguh mendebarkan itu, akhirnya kad itu bertembung juga. Kad itu dikeluarkan dari celahan pintu dengan perlahan-lahan. Pintu gelangsar yang diperbuat daripada kaca itu akhirnya terbuka juga. Erynna masih lagi lena dibuai mimpi.
YOU ARE READING
WHO IS THE KILLER?
Mystery / ThrillerKisah tentang seorang gadis yang bernama Erynna tinggal bersama 3 orang lelaki yang merupakan penyelamatnya @ abang angkatnya dalam sebuah rumah banglo. Andrian ,Andreas dan Andy membuat keputusan untuk menjaga dan melindungi Erynna. Memori Erynna t...