BAB 1

30 10 0
                                    

Pagi ini macam pagi-pagi sebelumnya. Aku kena bangun pagi dan bersiap untuk pergi ke kerja. Kerja aku start pukul 9 pagi tapi pukul 6.30 pagi aku dah bangun ya lah nak sembahyang subuh. Selepas itu mandi... Siap-siap... Buat breakfast sendiri. Maklumlah duduk rumah sewa kan bukan rumah mak kalau rumah mak senang lah hahahahah lepastu tepat pukul 7.30 pagi aku gerak. Kenderaan? Aku tak pandai bawak kereta or motor. Dah ambik JPJ test sampai tiga kali dah tapi still tak lepas-lepas. Mungkin aku dah ditakdirkan untuk tak bawak kenderaan kot...hmmm bazir duit sahaja so aku putuskan untuk tak belajar bawa kenderaan lagi.So setiap pagi kawan aku Niera yang hantar sebab dia kerja satu syarikat dengan aku tapi department lain.

'Kau dah siap ke belum? Cepatlah lambat dah ni.' tanya Niera kepadaku.

'Dah aku siap dah. Jom-jom kalau lambat nanti jalan jem.' balasku kepada Niera.

Biasalah Kuala Lumpur siapa sahaja yang tak tahu tentang kesibukannya.

Niera memang tak makan breakfast sebab setiap pagi dia akan breakfast bersama boyfriendnya, Rafeeq. Mereka kenal pon dekat office. Sama-sama department. Dengar cerita Niera yang mengorat Rafeeq dulu. Tapi kisah apa kan? Kalau dah suka apa salahnya janji tak buat benda yang bertentangan dengan Islam.

To be honest aku jealous gila dengan Niera dan Rafeeq but bukan jealous nak putuskan hubungan diorang. Aku jealous sebab aku pon harap aku ada boyfriend jugak. Umur pon dah 25 tahun. Kerja kat sini dah dekat setahun. Hmmm aku punya officemate semua bukan taste aku.

Aku ni pulak jenis yang selalu suka tengok drama-drama Melayu, Korea dengan Thailand. So aku ingat sama lah hidup aku dengan drama-drama tu. Maksudnya bila aku start kerja aku akan jumpa dengan bos aku yang handsome pastu aku suka dia and then dia jatuh cinta dengan aku pastu aku pon jadi menantu Dato'. Tapi harammm bos aku yang umur 27 tahun tu dah kahwin and dia tak handsome langsung haihlaaa nasib aku.

'Okay babe aku nak pergi breakfast dengan Rafeeq nanti pukul 5 jumpa kat tempat parking ni tau. Apa-apa kau call ja okay?'

Lamunan aku terhenti bila Niera bersuara. Dah sampai rupanya.

'okay thank you Niera'

Yup selama setahun aku kerja memang tepat pukul 5 aku akan balik. Pelik kan kenapa aku tak OT? Hahahah aku pon pelik sebab kerja aku selalu siap awal cuma bila akhir tahun je la balik lambat sebab nak tutup akaun kan maklumlah kerja sebagai akauntan. Kadang-kadang Niera OT aku balik naik Grab ja.

Aku pon masuk office macam bisa... 8.20 pagi aku dah masuk. Time tu masih lengang lagi sebab biasanya 8.45 pagi baru yang lain masuk.

I LOVE YOU MR. EYE SMILE😁Where stories live. Discover now