BAB 4

19 4 5
                                    

'Dah kenapa pandang saya macam tu? Nak tunjuk yang awak tak puas hati la tu?'

'KAU INGAT KAU TU BOSS KAU BOLEH IKUT SUKA HATI KAU JE KE NAK MARAH-MARAH NAK JERIT-JERIT KAT PEKERJA KAU MACAM NI? KAU INGAT KAU TU PANGKAT TINGGI SENANG-SENANGLAH NAK BUAT ORANG MACAM-MACAM? FIKIR BAGUS SANGATLAH? BARU JE FIRST DAY JADI BOSS BERLAGAK MACAM OWNER SYARIKAT!!!' aku cakap dengan suara kuat macam dia tadi. Kesah pulak aku. Aku hanya hormat dengan orang yang hormat kat aku. Kalau macam dia ni memang tak lah aku hormat.

Dia terdiam and terkejut pandang aku. Muka dia macam tak percaya ja mungkin selalu orang yang dia marah asyik tunduk or minta maaf ja kot.

'Apa yang bising-bising ni?'

Okay sekarang aku yang terkejut. Tak silap aku ni owner syarikat. Walaupun dah setahun aku kerja tapi aku tak pernah lagi jumpa depan-depan tapi pernah la nampak gambar. Dia buat apa kat sini?

'Papa'

Okay I'm dead... Ayah dia guysss. Manala aku nak sangka. Dia bukan owner syarikat tapi dia anak owner syarikat. Okay sekarang aku betul-betul kena tulis surat berhenti kerja. Eh salah! Aku betul-betul dah nak kena berhenti kerja!

'Saya tanya apa yang bising-bising tadi ni sampai ke luar dengar awak menjerit. Tak pernah lagi saya tengok atau dengar pekerja menjerit dekat boss dia? Anak saya ada buat salah apa-apa ka?' Dato' Azham tanya sambil pandang aku. Tenang ja suara dia. Tapi aku macam tak puas hati sikit dengan ayat dia. Maksud dia apa? Pekerja semua kena ikut ja ka arahan boss. Tak de hak nak bersuara? Tu ka maksud dia?

Aku pandang Encik Luqman. Dia pon pandang aku. Aku mengeluh. I think I have made my mind. Aku pandang pula Dato' yang sedang menanti jawapan aku.

'Saya minta maaf Dato' tapi saya rasa saya tak boleh bekerja dengan anak Dato' ni. Saya akan hantar surat berhenti kerja saya harini juga. Terima kasih dah bagi saya kerja dan pengalaman bekerja selama setahun' aku bersuara dan tanpa melengahkan masa aku terus keluar daripada bilik Singa Handsome tu... Hmmm handsome ja buat apa kalau perangai macam tu dan aku jalan ke meja aku. Perasaan aku bercampur baur sekarang. Yes memang aku yang nak berhenti tapi susah kot nak cari kerja sekarang. Aku nak cakap apa kat keluarga aku? Hmmm tak pa la aku redha rezeki ada ja kat mana-mana.

Sepanjang aku nak jalan ke tempat aku. Aku rasa macam office tu senyap gila and semua orang pandang aku macam tak percaya. Ya lah aku kat sini mana pernah marah kat siapa-siapa aku selalu senyum ja. Kiranya kat department kitorang aku ni jenis yang suka buat lawak bodoh dan gelak sorang-sorang sebab aku jenis tak suka sangat situasi serious. Kadang-kadang nampak gak lah diorang tak puas hati sebab time tu tengah serious and penting tapi lepastu diorang pon akan gelak sekali dengan aku. Kalau aku kena marah dengan Encik Adam ke apa pon aku still senyum and buat lawak bodoh sebab dia marah benda yang betul memang aku buat kerja salah sampai  Encik Adam pon dah faham sangat perangai aku.

Aku duduk kat tempat duduk aku. Semua still pandang aku. Aku bukak
monitor komputer aku dan start nak tulis surat berhenti kerja.

Telefon pejabat aku berbunyi. Aku mengeluh dan aku jawab telefon.

'Masuk bilik Luqman sekarang. Atleast you should respect me as the owner of the company.'

'Baik Dato' ' aku balas dan letak telefon. Aku tulis cepat-cepat surat berhenti kerja aku dan print. Aku terus ke bilik Encik Luqman.

Aku ketuk pintu.

' Masuk'

Aku masuk dan tengok Encik Luqman dan Dato' pandang aku. Aku berdiri sambil pegang surat berhenti kerja aku dan pandang diorang balik.

'Duduk'

'Takpa Dato' saya okay je berdiri'

'Papa saya dah suruh duduk tu duduk lah tak payah kekwat sangat boleh?'

Aku pandang ja dia. Haish dia ni kalau boleh rasa macam nak sepak- sepak ja mamat ni.

'Luqman please behave dan Cik sila duduk dulu'

Aku pandang diorang sekali lagi and aku pon duduk.

'Maaf saya lupa bertanya. Nama Cik ni apa ya?'

Seriously Luqman ni betul-betul anak Dato' ke? Dato' tanya aku elok-elok ja suara lembut tenang ja tapi anak dia hmmm astaghfirullah.

'Nama saya Aaira Makayla Binti Arsyad '

Aku pandang balik muka Dato' tu... Nampak berumur tapi still segak and handsome jugak lagi patutla DNA elok-elok.

'Jadi apa yang berlaku tadi? Saya nak dengar daripada kedua-dua belah pihak'

I LOVE YOU MR. EYE SMILE😁Where stories live. Discover now