Cerita kartun Spongebob Squarepant yang terlayar di skrin televisyen ditontonnya ralit.Umurnya akan meningkat 16 tahun tetapi minatnya terhadap kartun tidak berubah.Tambahan pula cuti sekolah telah bermula dan tamatnya Pentaksiran Tingkatan 3 merupakan satu berita gembira dan peluang baginya untuk meluangkan masa dengan menonton kartun hasil karya orang putih itu.Dia tidak mengendahkan orang sekelilingnya yang mengejek dan menyindirnya mengenai selera tontonannya yang disamakan dengan selera kanak-kanak.Suasana hening bilik itu dihiasi dengan suara watak kartun Spongebob yang telah terkenal diseluruh dunia.Kadang-kadang kedengaran ketawa halus yang terluah dari mulutnya tatkala muncul adegan yang berjaya membuatkannya ketawa.
"Kai!"
"Kaira,turun makan!"Laungan mamanya dari tingkat bawah tidak diendahkannya. Matanya masih setia menonton kartun yang sebenarnya mampu mempengaruhi mental kanak-kanak dan remaja yang mudah terpengaruh sepertinya.
"Nur Kaira Syaffira binti Mohd Luqman!"Ok.Itu dah amaran akhir.Siapa je yang tak gerun bila ibu panggil nama penuh kau dengan nada yang tinggi macam tu.
"Ya!Nak turunlah ni!"Balasnya dengan nada yang sudah dikatakan derhaka. Televisyen dimatikan.Suasana bilik bertukar hening kembali.Dia berjalan menuruni anak tangga untuk ke dapur.
"Mari duduk.Buat apa kat atas sampai mama panggil pun tak dengar?"Soal mamanya seraya melihat anak tunggalnya tiba di dapur.
"Buat bodoh."Jawabnya perlahan seolah-olah bercakap dengan diri sendiri.
"Main game lah tu."Sampuk abangnya, Syarif yang kini beza umur 4 tahun dengannya. Renungan tajam diberikan kepada abangnya.
"Apa tengok-tengok?Kau buat muka macam tu ingat abang takut?"Cabar abangnya sambil tersenyum sinis.
"Dah.Makan.Ambik lauk tu.Penat mama masak ni."Bebel mamanya sambil mengagihkan pinggan yang diisi dengan nasi putih kepada keluarga kecilnya itu.
"Baguslah tu.Lagipun bukan selalu mama dengan papa ni ada kat rumah. Kalau tak bila lagi kita dapat berkumpul macam ni."Sambung papanya pula yang mengundang rasa meluat dalam hati Kaira.
"Tahu pun."Balas Kaira dengan muka masam sambil berpura-pura mengambil lauk lalu diletakkan ke dalam pinggannya.
"Selalunya kalau berkumpul macam ni ada berita.Pasal ape?"Sambung Kaira lagi tanpa perasaan. Encik Luqman dan Puan Farah berpaling sesama sendiri tidak menyangka anaknya dapat menghidu niat mereka.Encik Luqman menarik nafas dalam sebelum membuka mulut untuk menyampaikan berita yang diyakini tidak digemari oleh anak-anaknya.
"Sebenarnya papa telah mendapat surat..."
"Direct jelah."Celah Kaira tidak dapat menahan sabar.
"Jangan menyampuk boleh tak?Biarlah papa habis cakap dulu."Sampuk Syarif pula yang sedari tadi menahan sabar dengan sikap biadap adiknya itu.
"Ok.Kita akan pindah."Sambung Encik Luqman dengan ringkas.
"Tamat."Celah Kaira lagi.Encik Luqman dan Puan Farah sekali lagi berpandangan sesama sendiri.
"Kai okey ke kalau kita pindah?"Soal Puan Farah.
"Okey.Nak pindah sekarang pun boleh." Sindir Kaira. Jawapan itu hanya memberi kebingungan kepada Encik Luqman dan isterinya sama ada mahu menganggap anak perempuan mereka itu setuju atau tidak.Tapi walaubagaimanapun,keputusan Encik Luqman untuk berpindah adalah muktamad kerana peluangnya untuk menaikkan nama syarikatnya tidak akan datang berulang kali.
'Pindah?Masa ni?You know what,it's perfect timing bro.New place,new me.'Kaira tersenyum sinis dalam hati.
~~~~~~~
Buku-buku nota yang sudah tidak dipakai penuh dalam pelukannya. Semua buku tulis yang tidak lagi diguna itu dimasukkan ke dalam plastik hitam.
'Mohd Akim Daniel bin Mohd Kamil'
Namanya yang tertulis di ruangan nama pada sebuah buku tulis dibacanya dalam hati.Lama benar dia tidak mendengar nama ayahnya,Kamil.Dia membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.Ayahnya telah bercerai dengan ibunya,Puan Rosaiza ketika umurnya tiga 3 tahun.Hanya kepada Puan Rosaiza sahaja dia meraih kasih.
Dua buah buku terakhir dimasukkan ke dalam plastik hitam sebelum diikat dan dibawa keluar dari rumah.Plastik itu kemudian diletakkan bersebelahan dengan tong sampah.Dia melakukannya dengan muka masam kerana itu bukan kehendaknya untuk melakukan kerja sebegitu malah atas arahan ibunya.Dia terpaksa akur walaupun kadang-kadang mahu saja dia tembak semua orang yang berada di dalam rumahnya itu.
Dia kembali masuk ke dalam rumah dan berbaring di atas katil dalam biliknya. Telefonnya dibelek.Skrin telefon ditekan-tekan dan ditolak jarinya ke atas dan ke bawah untuk melihat jika ada mesej baru dari aplikasi whatsapp. Namun,telefonnya sejak dari semalam tidak berbunyi menandakan tiada sebarang notifikasi yang masuk.Telefon ditutup dan diletakkan di birai katil.
Dia melapikkan kepala dengan tangan kanannya walaupun sudah ada bantal sebagai pelapik.Syiling rumahnya ditenung. Memorinya menayang kembali saat-saat luahan cinta dia ditolak oleh beberapa orang pelajar perempuan dari kelasnya sendiri. Cintanya yang sering ditolak menyebabkan dia berasa sunyi. Tambahan pula dia tidak mempunyai ramai kawan.
'Buzz!Buzz!'
Telefonnya akhirnya bergetar menandakan ada notifikasi masuk.Dia dengan pantas mencapai telefon yang berada di birai katil lalu membuka kata laluan yang disetkan olehnya.Hatinya yang tadi ceria bertukar suram kembali apabila notifikasi yang masuk adalah mesej daripada Celcom.
'RM0 Anda masih boleh nikmati tawaran Credit Advance RM2.00. Untuk terima, sila balas YES. Untuk hentikan tawaran Credit Advance, balas OFF'
'Pukimak punya Celcom!Arghh!!!' Jeritnya dalam hati.Kalau jerit betul-betul tak memasal dapat panggilan gila dari ibunya.
Dia bingkas bangun dari katil lalu menumbuk-numbuk bantal tidurnya sehingga keluar kebuk yang sudah lama bersarang di bantalnya itu.Dia bergomol seorang diri di atas katil.Sekali pandang dah macam orang tekanan jiwa.
"Astaghfirullahalazim!Kau buat apa ni Mohd Akim Daniel?!Kamu ni dah gila ke apa?!"Marah ibunya apabila masuk ke dalam bilik anak terunanya itu apabila terdengar bunyi bising yang kuat.
"Bisinglah!Mak nak apa?!Keluarlah!" Tengkingnya lalu menolak perlahan Puan Rosaiza keluar dari biliknya.Pintu ditutup dan dikunci.Dia kembali ke katil.
"Daripada duduk menggila macam tu lebih baik kamu mengucap!Dapat jugak pahala!"Bebelan berbaur sindiran Puan Rosaiza itu terus ke cuping telinga anak terunanya itu.
"Serabutlah!!!"Jeritnya sambil menengkup mukanya pada bantal.
Puan Rosaiza menggeleng kepala dengan tingkah laku anak bongsunya yang semakin hari semakin sukar dikawal perangainya. Satu keluhan panjang dilepaskan.
********
.
.
.Vote & Comment
Thank you for your reading💓Sila teruskan pembacaan anda...
.
.
.
YOU ARE READING
Partner In Crime
Mystery / ThrillerNovel ini mengisahkan tentang dua orang remaja yang mengalami tekanan jiwa setelah peristiwa demi peristiwa pahit yang dilalui mereka sehingga menyebabkan mereka berubah menjadi kejam dan tidak berperasaan.Sikap brutal itu akhirnya membawa penderita...