Target Pertama
'Kring!!!'Loceng rehat pada hari pertama persekolahan itu berbunyi. Guru-guru berhenti mengajar apabila mendengar deringan loceng itu.
"Baiklah.Tugasan kamu hari ni adalah baca buku teks muka surat 21 sehingga muka surat 34.Esok cikgu akan masuk dan soal apa yang kamu faham dari konsep Tamadun Awal Manusia."Kata guru Sejarah kelas 4 R,Cikgu Raidan.
"Baiklah kamu semua boleh pergi rehat."Sambungnya lagi.Ayat yang paling digemari manusia yang bergelar pelajar sekolah.
"Semua bangun!Terima kasih cikgu!" Ucap ketua kelas 4 R,Narmi sebelum diikuti oleh pelajar lain.Cikgu mengangguk lalu keluar kelas.
"Kaira,jom rehat."Ajak Sya bersama beberapa orang pelajar perempuan yang lain.Aku mengangguk.
"Tapi saya nak pergi ke tandas dulu." Beritahuku.
"Okey.Kitorang tunggu awak kat kantin ya." Balas Sya mesra.Aku hanya mengangguk.
Aku berjalan menuruni anak tangga menuju ke tandas.Sebenarnya tandas pun tidak jauh dari kelas aku.Hanya dibelakang bangunan kelas aku saja.
Aku melangkah masuk ke dalam tandas. Tangan aku basuh sebelum membasahkan kulit muka.Selesai melepaskan hajat aku berjalan menuju ke kantin.
Perlahan saja aku mengatur langkah.Sengaja aku melambat-lambatkan masa untuk ke kantin kerana sudah mengetahui mesti ramai pelajar yang berebut-rebut untuk membeli makanan.
Tiba saja di laluan pejalan kaki yang menuju ke kantin, aku berhenti.Seperti yang aku agak.Dari jauh lagi aku nampak pelajar-pelajar sekolah ini berebut-rebut hingga saling tolak menolak untuk membeli makanan.Manusia sekarang langsung tidak ada disiplin.
Melihatkan cara mereka yang sudah seperti anjing kelaparan membuatkan aku hilang selera. Aku menghembus nafas malas.Baru saja aku mahu pulang ke kelas, seorang pelajar perempuan melambai tangan ke arahku.Aku terpaksa menuju ke arahnya yang sedang duduk di bangku meja makan di kantin.
"Kaira,jomlah duduk makan sama." Ajak pelajar perempuan kelasku yang bernama Syamsina atau lebih mesra dipanggil Sina.Aku tersenyum kepadanya.
"Kejap ya,saya nak beli makanan." Kataku. Sebenarnya aku tidak lapar tapi takut dipanggil sombong pula.Jadi aku ikutkan saja.
Aku berjalan menuju ke kaunter kantin. Aku mencari-cari makanan apa yang sedap dan seronok dimakan.Dan aku ternampak satu keropok yang dibungkus siap di dalam plastik jernih.Aku mahu mengambilnya dan tiba-tiba ada satu tangan yang berkulit gelap dengan pantas mencapai keropok itu. Kebetulan hanya satu paket itu saja yang tinggal.Aku menggigit bibir.
Aku memandang pelajar lelaki itu.Dia adalah Syafiq,yang juga pelajar baru kelas aku.Aku melihat dia membayar keropok itu dengan wajah selamba.Seolah-olah aku tidak wujud di sebelahnya,dia berlalu pergi dengan muka tak bersalah.Aku terdiam. Panas.Aku cuba menahan sabar. Nafas aku tarik dan hembus perlahan.
Aku beralih semula pada niat utama aku tadi. Sekarang aku nak makan apa?Kantin sekolah ni pun macam dah nak bankrup je.Makanan yang disediakan sikit dan tak banyak pilihan.
Aku mencari lagi apa-apa makanan yang berjaya menarik selera aku.Tiba-tiba aku ternampak seorang pelajar lelaki tingkatan satu membawa semangkuk mee sup di sebelah aku.Okey.Aku terliur.Aku pun bergerak ke kaunter sebelah yang menjual makanan itu.
"Mee sup satu." Kataku kepada penjual kantin itu.Dia segera membuatkannya untuk aku.
Sementara menunggu, aku meletakkan tanganku di atas meja kaunter itu sambil mengintai-intai makanan ringan yang ada. Tiba-tiba terasa satu cecair panas yang tumpah ke atas tangan kanan aku.Aku lantas menarik tanganku sambil mengaduh sakit. Aku menoleh ke kanan. Seorang pelajar lelaki disebelahku tertumpah kuah supnya yang masih berasap dan terkena tangan aku. Rupanya tangan dia juga terkena sup panas itu.
Aku memandang wajahnya.Dia adalah Akim,pelajar kelasku.Ketika itu dia juga memandang aku sebelum beralih ke tangan aku yang tertumpah kuah sup tadi. Dia menoleh semula ke arah pelajar lelaki disebelahnya,Syafiq.
"Apa masalah kau?Buta ke apa?!"Marah Akim kepada Syafiq.Dia ni lagi.Dia ni memang suka cari masalah ke macam mana?
"Habis?Kau nak apa?!Nak gaduh?!" Balas Syafiq pula.Dia mula mendekati Akim mahu bergaduh.Aku mengeluh dan berjalan pergi dari situ.Malas mahu melayan manusia bodoh ni bergaduh.
Aku terus berjalan ke sink untuk membasuh tangan aku yang terkena sup.Dari jauh aku dengar seseorang menghalang pergaduhan mereka.Tanpa membuang masa aku terus berjalan menuju ke kelas tanpa menoleh kembali ke arah mereka.
Aku menuju ke tempat duduk setibanya dikelas.Tanganku yang melecur dan memerah itu aku tengok.Rasa panas dan pedih masih tersisa.
"Haih,baru hari pertama dah ada musuh.Aku datang sini sebab nak jadi baik tapi korang ni lebih sukakan diri aku yang satu lagi rupanya."Bebelku sendiri lalu tersenyum sinis.Fikiranku dari tadi asyik meliar memikirkan strategi khas untuk Syafiq.
"Syafiq...Tolong permudahkan urusanku untukmu. Aku harap kau tak menyesal. Haha..."
~~~~~~
AKIM P.O.V
Aku menoleh kearah pelajar perempuan yang berdiri di sebelahku. Baru aku perasan yang itu adalah Kaira. Kemudian aku pandang pula tangannya yang merah akibat terkena sup yang tumpah dari mangkuk aku.Aku mengetap gigi.Aku menoleh semula ke arah Syafiq yang melanggar tangan aku semasa mahu mengambil mangkuk sup dari pekerja kantin tadi.Tangan aku yang turut melecur tidak aku pedulikan.
"Apa masalah kau?Buta ke apa?!" Marahku.Syafiq berpaling dan merenung wajahku.
"Habis?Kau nak apa?!Nak gaduh?!" Syafiq membalas.Dadaku turun naik menahan amarah.Baru saja aku menaikkan tangan mahu menumbuk mukanya,datang seseorang memegang aku dari belakang.
"Dah.Dah.Jangan nak bergaduh.Baru hari pertama dah nak tunjuk samseng." Kata seorang lelaki yang merupakan pekerja kantin itu.
Tetapi Syafiq tidak mengendahkannya dan terus mendepankan dadanya sambil mendekati aku sebagai tanda mahu mencabar aku.Kalau ikutkan hati mahu saja aku sembamkan muka dia tu dalam sup panas.
"Woi!Sudahkan aku kata!Yang kau nak gaduh sangat ni kenapa?!"Marah pekerja itu kepada Syafiq.
"Kenapa bising-bising ni?Hah?"Celah suara kasar seseorang.Aku memandang sekilas muka orang itu dan dia adalah Cikgu Aziz,PKHem sekolah ni.
"Diorang bergaduh,cikgu."Adu pekerja lelaki itu.Cikgu Aziz memandang aku dan Syafiq secara bergilir.
"Korang budak baru,kan?Tak sampai satu hari duduk kat sekolah ni dah nak buat hal?Nak tunjuk samseng kat siapa?Dekat pelajar perempuan?Diorang pun tak pandanglah korang.Dengar ni,saya maafkan korang sebab ini baru hari pertama.Tapi ingat sekali lagi saya dengar ada hal macam ni,saya takkan teragak-agak untuk koyak semua borang pendaftaran korang disekolah ni.Faham?!" Tegas cikgu Aziz.Aku mengangguk.
"Dah.Pergi makan."Sambungnya lagi. Aku memandang tajam ke arah Syafiq sebelum Syak datang mendapatkan aku.
"Wey,kau okey tak?Dahlah jom makan. Aku belanja."Pujuk Syak cuba menenangkan aku.Sebenarnya aku suka bila orang kata nak belanja tapi aku dah hilang selera sekarang.
"Tak apalah.Aku tak ada selera.Aku masuk kelas dulu."Kataku lalu segera beredar meninggalkan Syak yang baru nak berkata sesuatu.
Aku mengatur langkah menuju ke kelas. Tiba di depan pintu kelas aku ternampak Kaira sedang duduk di tempat duduknya sambil menulis sesuatu di dalam buku nota.
Aku berfikir sama ada mahu masuk atau tidak.Tapi kalau kami duduk berdua dalam kelas akan timbul perasaan janggal pula.Tiba-tiba dia memandang aku yang ada di sebalik pintu.Aku terus pusing dan melarikan diri ke tandas.
Kaira menarik senyuman yang penuh makna.
********
.
.
.Vote & Comment
Thank you for your reading💓Sila teruskan pembacaan anda...
.
.
.
YOU ARE READING
Partner In Crime
Gizem / GerilimNovel ini mengisahkan tentang dua orang remaja yang mengalami tekanan jiwa setelah peristiwa demi peristiwa pahit yang dilalui mereka sehingga menyebabkan mereka berubah menjadi kejam dan tidak berperasaan.Sikap brutal itu akhirnya membawa penderita...