CHAPTER 4

6 0 0
                                    


Target Kedua

     Berita tentang kematian pemuda semalam telah tersebar luas di segenap daerah Wakaf Baru.Berita itu telah sampai ke telinga para guru dan menjadi perbualan hangat di meja di kantin sekolah Menengah Kebangsaan Gala tatkala tiba waktu rehat.

     Kaira melangkah keluar dari kelas bersama Sya dan beberapa orang pelajar perempuan kelasnya.Mereka mengatur langkah ke kantin.

     "Eh,korang ada dengar berita tak pasal orang mati kena bunuh kat Taman Perumahan Batu Putih?"Soal seorang pelajar perempuan tingkatan 4 yang bercakap bersama rakan-rakannya yang duduk di meja makan.

     "Oh,ada.Dahsyat gilalah.Tak sangka benda macam ni boleh berlaku dekat dengan kita."Jawab salah seorang dari mereka.Sya yang terdengar perbualan itu terus mendekati kumpulan pelajar perempuan itu begitu juga Kaira dengan yang lain.

     "Betul ke ni?Bila?"Soal Sya yang tidak dapat menahan sabar.Kumpulan pelajar perempuan itu memandang kearahnya.

     "Ya Allah,Sya..Takkanlah kau tak ada dengar orang bercakap.Dah heboh satu sekolah kau tahu tak?"Kata pelajar perempuan yang bernama Hanim itu bersungguh.

     "Betul.Aku dengar dia kena bunuh malam tadi masa tengah merempit dengan kawan-kawan dia."

     "Siapa?"Soal Sya lagi yang tidak tahu keseluruhan cerita.

     "Siapa lagi?Budak lelaki yang kena bunuh tulah.Nama dia...kalau tak silap orang panggil dia Arul.Ala,bekas kekasih Emma dulu tu.Takkan kau tak ingat yang Emma pernah couple dengan dia masa form 1 dulu?"Jelas seorang pelajar perempuan yang bernama Laila pula. Sya mengangguk menandakan dia mengingati orang itu.

     Kaira hanya terdiam mendengarkan berita itu.Tidak tahu reaksi bagaimana yang harus ditunjukkan samaada berpura-pura terkejut atau berdiam diri. Tetapi melihatkan Sya yang dari tadi terus bertanya membuatkan dia memilih untuk berdiam diri.

     Bibirnya yang seringkali ingin melakar senyuman itu dikawal.Dia tahu ini bukan masa yang sesuai untuk menunjukkan dirinya yang sebenar tetapi apabila terdengar akan berita kematian itu membuatkan dirinya hendak ketawa.

     "Korang,marilah kita makan dulu.Nanti bunyi loceng kan tak sempat pula." Kaira cuba mengalih perhatian.Mereka mengangguk dan segera membeli makanan masing-masing sebelum kembali semula ke meja makan tadi untuk menyambung perbualan yang tergendala.

     Kaira mengeluh sambil menggelengkan kepala.Dia mahu menarik kawan-kawannya jauh dari situ tetapi mereka tetap kembali ke meja itu semula. Mahu tidak mahu dia juga terpaksa menurut serta kumpulan itu sekali lagi.

     Kaira tidak ada selera untuk makan dan hanya membeli air jagung sahaja sebagai alas perut.Kebelakangan ini dia sering hilang selera makan dan sukar untuk tidur.Dia sendiri tidak tahu menahu apa puncanya.

     Air jagung yang dibeli digenggam menuju ke meja makan tadi dimana kawan-kawannya berada.Tiba-tiba dia terasa kasut sekolah yang dipakainya kian melonggar dan tidak selesa.Segera dia memandang kakinya.Tali pada kasut kanannya terlerai ikatan.Dia berjalan dengan berhati-hati risau jika kasut itu tercabut dari kakinya semasa berjalan.

     Sedang dia terleka memerhati kasutnya, tanpa sengaja dia terlanggar seorang pelajar perempuan tingkatan 5.Air jagung yang berada dalam genggamannya itu tertumpah terkena tudung pelajar perempuan itu.

Partner In CrimeWhere stories live. Discover now