CHAPTER 1

13 0 0
                                    

Hari Pertama Persekolahan

     Hari ini bermulanya hari persekolahan yang pertama bagi tahun 2018.Yang mana bekas pelajar tingkatan 3 akan naik ke tingkatan 4 dan masa ini jugalah berlaku pertukaran pelajar dari sekolah lain.

     Seperti Kaira,dia juga seorang pelajar pertukaran untuk pertama kali baginya. Dia bersetuju untuk berpindah atas sebab terpaksa.Dia mahu lari dari kesalahan yang dilakukannya semasa berada disekolah lamanya.Tanpa pengetahuan sesiapa dia telah membunuh rakan karibnya sendiri dengan menolaknya dari tingkat 3 hanya kerana rakannya itu menamparnya kerana berlaku salah faham.

     Kaira terlepas perhimpunan pagi kerana menunggu Puan Farah mendapatkan kebenaran daripada majikannya untuk menyelesaikan urusan persekolahannya.Mereka melangkah ke pejabat sekolah untuk proses pendaftaran.

   Dalam perjalanan ke pejabat Kaira terlanggar bahu seorang pelajar lelaki.Fail ditangan pelajar lelaki itu terlepas dari genggaman dan helaian kertas berterbangan jatuh ke lantai.Puan Farah pula sudah jauh meninggalkannya dibelakang.

     "Maaf."Ucap Kaira segera.Kaira berfikir sama ada mahu membantu pelajar lelaki itu atau tinggalkan sahaja biar dikutipnya kertas itu sendiri.Tetapi dia memilih untuk membantu kerana pemikirannya sukar dijangka dan sukar untuk dibaca.Dia seorang yang licik dan ada saja rancangan yang bermain di fikirannya. Tujuan dia membantu adalah untuk menunjukkan betapa mulianya dia dimata orang ramai sehingga menyebabkan dirinya tidak dapat disyaki untuk rancangan yang bakal dilakukannya nanti.

     Dia duduk mencangkung dan membantu mengutip kertas yang jatuh dan diberikan kepada pelajar lelaki itu.Dia menyangka yang pelajar lelaki itu baru sahaja keluar dari pejabat. Mungkin dia juga pelajar pertukaran sekolah.Sesudah helaian terakhir dikutip mereka berdua berdiri.Ucapan terima kasih diucapkan kepadanya sebelum pelajar lelaki itu beredar dalam keadaan menunduk.Dia perasan yang pelajar lelaki itu langsung tidak memandang wajahnya semasa mengutip kertas mahupun semasa mengucapkan terima kasih kepadanya.

     "Kaira!Cepatlah!Ibu dah lambat ni." Panggil Puan Farah dihadapan pintu pejabat. Kaira terus berjalan ke arah ibunya yang tercegat di hadapan pintu pejabat.

~~~~~~

AKIM P.O.V

     Langkah aku atur keluar dari pejabat. Semua pengurusan dokumen dan borang-borang akuan telah aku selesaikan sendiri.Ibuku tidak punyai masa untuk menguruskan hal persekolahanku hari ini kerana dia perlu menghadiri temu duga di tempat kerjanya.Memandangkan kami baru berpindah ke kawasan perumahan lain jadi dia perlu mencari pekerjaan baru.

     Kerana lamunan yang menerawang di fikiran menyebabkan aku tidak perasan yang bahuku dilanggar seseorang.Akibat genggaman pada failku tidak kuat, helaian-helaian kertas yang mengandungi maklumat peribadiku tergelungsur keluar dari fail.

     "Maaf."Kedengaran suara halus dan lembut meminta maaf.

     Ikutkan hati mahu saja aku tampar kerana berjalan tidak guna mata.Tapi orang yang melanggarku adalah perempuan jadi aku batalkan saja niat dihati.

     Aku tidak mengendahkan kata maafnya dan terus duduk mencangkung untuk mengutip semula kertas yang jatuh.Tidak lama kemudian,dia turut mencangkung dihadapanku dan membantu mengutip kertas yang jatuh tadi.Dalam diam aku menjeling ke arahnya.Wajahnya aku tenung seketika. Cantik.Tiba-tiba pula aku rasa berdebar.

     Aku berdiri semula sesudah kertas dikutip.Tanpa memandang mukanya aku mengucapkan terima kasih dan segera beredar.Dia memandangku hairan.Aku tidak mengendahkannya dan segera berlalu.

     Aku tidak tahu kenapa aku berasa berdebar apabila dengannya tadi.Seperti ada sesuatu yang menarik tentang dia.Dan aku mahu tahu apakah itu.

Partner In CrimeWhere stories live. Discover now