TertangkapSudah seminggu berlalu semenjak kejadian itu,berita itu juga sudah meluntur dari perbualan penduduk di daerah Wakaf Baru.Peristiwa hitam itu semakin kurang mendapat perhatian dari sehari ke sehari. Namun sikap berhati-hati masih perlu dititikberatkan selagi pembunuh yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan itu masih belum dicekup.
Taman Perumahan Batu Putih masih ditemani oleh pihak polis yang meronda-ronda untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin serta dalam masa yang sama mereka dalam operasi menjejak pembunuh misteri itu.
Pihak polis juga ada menyatakan bahawa kes itu dimasukkan ke dalam kategori khianat.Oleh kerana paku-paku tekan yang dijumpai bertaburan di atas jalan sewaktu penyiasatan,pihak polis menganggap bahawa merupakan kes pembunuhan terancang kerana tiada sebarang bukti seperti cap jari ditinggalkan ditempat kejadian seolah-olah pembunuhan itu telah dirancang dengan rapi.
Pihak polis juga telah menyoalsiasat dua orang rakan kepada pemuda itu yang ada sewaktu kematiannya dan salah seorang daripadanya ialah Syafiq.Syafiq dan seorang lagi rakannya ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan.
Begitu juga di sekolah Menengah Kebangsaan Gala.Berita itu sudah semakin dilupakan kerana ramai antara pelajar yang terdiri dari kaki gosip.Ada saja berita terbaru yang masuk dan mengalir di dalam sekolah itu.Jadi tidak hairanlah jika berita itu semakin dipadam dari ingatan.
Kawasan sekolah menjadi sepi apabila semua pelajar sudah berarak ke kelas masing-masing untuk sesi pembelajaran. Kelas 4 Sastera yang riuh-rendah bertukar sepi apabila Syafiq melangkah masuk ke kelas.Semua mata tertumpu ke arahnya.
"Syafiq,kenapa tak datang sekolah lama?Dahlah datang lewat."Soal Sya yang memang terkenal dengan sikap ingin ambil tahunya.
Syafiq diam tidak menjawab.Dia duduk di tempat duduknya sambil menunjukkan wajah yang tidak beriak.Sya menjeling geram apabila soalannya tidak dijawab.
"Dahlah bodoh.Pekak pulak tu."Balas ketua kelas 4 Sastera,Narmi.Narmi walaupun walaupun suka bergurau tetapi mulutnya agak tajam apabila bercakap.
Syafiq masih diam tidak membalas. Tidak lama kemudian,dia menengkup mukanya ke lengan dan tidur.Narmi bangun dari tempat duduknya di depan. Dia berjalan ke arah Syafiq.
"Kau ni aku bagi kan.Besar kecik besar kecik je aku tengok."Kata Narmi dalam nada bergurau sambil membuat aksi seolah-olah mahu menyiku kepala Syafiq. Semua pelajar kelas itu ketawa melihat gelagat Narmi yang pandai membuat orang lain ketawa kecuali Akim.
Sejak Syafiq masuk ke kelas,Akim hanya diam tidak berkutik.Bukan diam kerana dia memang pendiam tetapi diam yang di dalam fikirannya diselaputi oleh rancangan jahatnya yang telah lama dirangka untuk mengenakan Syafiq. Memandangkan Syafiq sudah hadir ke sekolah,inilah masanya untuk menjalankan rancangan nakalnya yang telah lama dicipta untuk manusia bernama Syafiq.
Akim mengambil kesempatan dalam gelak ketawa para pelajar kelasnya.Dia mengambil paku tekan yang telah lama disimpan di dalam laci mejanya.
"Narmi,aku nak pergi tandas kejap." Beritahunya kepada Narmi selaku ketua dalam kelas itu.
"Dia ni pun satu.Loceng baru je bunyi dah sibuk nak pergi tandas.Kencing manis ke apa?"Bebel Narmi dengan nada bergurau.Akim tidak mengendahkannya lalu melangkah keluar dari kelas.
Dia menukar arah apabila turun dari tangga.Kelasnya yang terletak ditingkat dua memudahkan dia menipu daya orang lain.Dia mengambil arah yang bertentangan dimana laluan yang menghala ke surau sekolah.Dan dibelakang surau terletaknya garaj motosikal pelajar.
YOU ARE READING
Partner In Crime
Mystery / ThrillerNovel ini mengisahkan tentang dua orang remaja yang mengalami tekanan jiwa setelah peristiwa demi peristiwa pahit yang dilalui mereka sehingga menyebabkan mereka berubah menjadi kejam dan tidak berperasaan.Sikap brutal itu akhirnya membawa penderita...