Bab 1

29 1 0
                                    

     "ILA BANGUN!"
Jeritan itu mengejutkan Suhaila dari mimpi yang indah. Terpisat-pisat Suhaila bangun sambil mengutuk-ngutuk dalam hatinya

   "Kenapalah kejutkan aku masa sedang mimpi Mr.Crush aku ni?"

   "Ila! Haih anak umi yang seorang ni. Tau tak sekarang pukul berapa? Ila ada temuduga kerja harini. Ingat tak? Tula umi suruh jangan tidur lepas solat subuh. Tak nak. Kata boleh bangun nanti. Sekarang sudah pukul 7.30 pagi. Nak jawab apa dengan bos Ila ni. Aduhla" umi sudah berleter panjang apabila melihat anak
daranya masih melingkar di atas katil.

   "Daripada mendengar umi berleter lebih panjang baik aku cepat mandi" desis Suhaila.

     Bersiap pun ala kadar sahaja,dengan pantas Suhaila pergi ke tempat kerjanya untuk sesi temuduga. Kereta Honda Swift berwarna biru itu memecut laju ke jalanraya.

      "Aduh jammed pulak. Lagi 3 minit sesi temuduga bermula. Lupa pula. Inikan Kuala Lumpur. Tidak jammed satu hari umpama menunggu duit jatuh dari langit" sempat Ila mengutuk KL yang memang sibuk sepanjang hari tambahan waktu cuti persekolahan. Boleh berkelah di jalanraya ni.

         🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

     Setelah tiba di tempat kerjanya,Suhaila lari masuk ke dalam ruang pejabat sehingga terlanggar seorang lelaki dihadapannya. Lelaki tersebut hanya memandang sinis padanya. Cermin mata hitam jenama Ray Ban disarung kembali. Suhaila tak ambil peduli. Suhaila terus ke kaunter hadapan. Tercungap-cungap Suhaila bertanya dimana pejabat bosnya itu. Pekerja yang duduk diruang hadapan itu hampir pecah tawanya apabila melihat Suhaila tergagap-gagap menjawab setiap soalan yang ditujukan padanya. Ila hanya mampu tersenyum walaupun dalam hati ingin saja menghadiahkan buku lima pada pekerja yang bernama Aireena itu.

           🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

    "Nur Suhaila Amylia Binti  Abdullah"

     Setelah menunggu beberapa minit, akhirnya namanya disebut untuk ditemuduga oleh bos. Dengar kata bakal bosnya itu garang dan tegas. Siapa saja yang membuat kesilapan,pasti akan disemburnya. Dengar sahaja sudah membuat Suhaila kecut perut. Belum bersemuka lagi.

       🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

      "Bismillahirahmanirahim. Ya allah, Kau permudahkanla semua urusan hambamu ini." Suhaila sempat berdoa di depan pintu bosnya itu.

       "Lama lagi ke kau nak bertapa depan pintu aku tu?"

      Sinis dan tegas suara bosnya itu. Suhailaa mula mengorak langkah tenang masuk ke dalam pejabat bosnya. Ketika itu bosnya sedang duduk bertentangan dengannya. Suhaila pun duduk dengan tenang di kerusi yang empuk tapi baginya tidak. Rasa mahu menangis sahaja.

     "Kau datang sini mesti sebab...."

      Tetiba lelaki dihadapannya itu terdiam dan ralit memandang setiap inci wajahnya. Jantung Suhaila juga bagaikan hendak pecah apabila wajah bosnya itu hampir sama dengan Mr.Crush nya. Hidungnya yang pesek. Wajahnya yang bujur sirih tanpa secalit jerawat. Amat bersih sekali. Bibirnya yang merah jambu menandakan bosnya tidak pernah mengambil sebarang rokok atau alkhokol. Wangiannya yang berkarisma. Aduh persis seperti Mr.Crush nya. Namun tak mungkin.

    "Tak mungkinla dia berubah cantik begini. Atau dia sama sahaja cantiknya cuma kami tidak pernah berjumpa selepas 9 tahun."desis bos

     Tiba-tiba terdengar seseorang berdehem. Mereka berdua lantas mencari empunya suara.

     "Tan Sri. Maaf kami belum mulakan sesi temuduga lagi."ujar bosnya kepada seorang lelaki yang lewat 50 an itu.

     "Tidak mengapa. Kamu pulanglah dulu ke CR Holdings. Dato' Ganaffi  memerlukan bantuan kamu. Ada client dari Sabah ingin membincangkan tentang sebuah projek."jelas lelaki tersebut.

Suamiku Mr.Crush❣Where stories live. Discover now