Bab 6

16 1 0
                                    

    "Kami kan sudah bekerja selama lebih 3 tahun bersama di company tu. Jadi memang sudah kenal perangai masing-masing. Kadang-kadang aku datang beraya di sini. Keluarga dia juga sudah kenal aku." jelas Quzaina. Ok itu bukan tipu. Cuma Quzaina tidak jelaskan secara terperinci sahaja.

    "Oh. Begitu. Baiknya Firdaus sehingga ajak kau datang beraya." kata Suhaila lagi. Dia amat bangga dengan Firdaus kerana melayan pekerja seperti keluarga sendiri.

    Quzaina hanya tersenyum dan mengangguk. Matanya kembali menonton televisyen. Nasib pandai cover. Tak adalah dia hidu apa-apa.

   "Kau orang! Mari makan!" ajak Firdaus sambil meletakkan mangkuk yang berisi tomyam diatas meja. Apron berwarna merah jambu bercorak hello kitty itu mencuit hati Suhaila. Mereka bergerak ke meja makan yang memuatkan 6 orang itu.

    "Comel apron kau." usik Quzaina lalu mengambil tempat di hadapan Suhaila. Tawanya yang ditahan terburai akhirnya.

    Firdaus memandang apronnya. Mukanya berona merah. Malu agaknya. "Aduh lupa pula nak buka tadi." kata Firdaus lalu berlari ke dapur.

     "Hilang macho kau Daus." usik Quzaina. "Sudahla depan buah hati pula tu." Quzaina gelak sepuas-puasnya sambil menepuk meja. Wajahnya berona merah kerana gelak berlebihan.

    Suhaila hanya mampu tergelak kecil. Takut Firdaus makan hati. Firdaus hanya menjeling tajam lalu duduk berseorang di tengah meja.

    "Sedap tak aku masak itu?" soal Firdaus apabila melihat Quzaina makan selahapnya. Suhaila turut ketawa melihat kelatah Quzaina.

    "Sedap bos." balas Quzaina sambil mengangkat ibu jari kiri. Tangannya menambah lagi kuah tomyam.

    "Aku tahu aku pandai masak." jawab Firdaus seakan bangga diri. Kemudian matanya beralih kepada Suhaila. Nasinya diceduk sedikit. Tidak tambah pula itu. Tidak sedap kah?

   "Sikitnya awak makan, Suhaila." tegur Firdaus. Suhaila sedikit terkejut kerana ditegur oleh Firdaus. Rupanya dia turut diperhati dari tadi.

   "Tak sedap ya?" soal Firdaus lagi. Nadanya seakan berjauh hati. Suhaila terkedu.

   "Sedap la,Encik Firdaus. Saya cuma segan saja nak makan banyak." kata Suhaila. Ternyata dia memang segan. Baru pertama kali datang rumah orang,tentula segan. Lainla Quzaina. Dia sudah berkali-kali datang rumah teres ini. Tentula sudah biasa.

    "Apa nak segannya? Satu hari nanti awak jadi orang rumah ini juga." kata Firdaus. Matanya menikam jauh bebola anak mata berwarna hitam kecoklatan di kanannya.

    Quzaina dan Suhaila terdiam. Mereka tidak menyangka ayat itu akan keluar dari bibir berwarna merah jambu itu. Masing-masing bermonolog dengan perasaan sendiri. Ada yang terkedu. Ada yang cemburu.

     Firdaus hanya berlagak selamba dan meneguk air sirap limau ais nya. Suasana di meja makan sunyi. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

     Usai makan tengah hari, mereka mengemas meja. Suhaila menawarkan diri untuk membasuh pinggan mangkuk. Firdaus pula mengelap meja makan. Quzaina berasa sakit perut lalu melangkah ke tandas. Dia memang tidak boleh makan banyak. Sebab itula badannya sering ramping. Tidak boleh isi lebih la katakan. Namun selera makannya mengalahkan ahli sumo.

     Ketika Suhaila membasuh pinggan mangkuk, tiba-tiba dia rasa ada orang merangkul pinggangnya. Dia menoleh ke belakang dan menolak tubuh Firdaus. Sudah agak tindakan Firdaus semakin lama semakin melampau.

   "Kau tak malu ke ha?" soal Suhaila lalu keluar dari dapur namun tangannya di genggam oleh Firdaus.

    "Please give me a chance?" soal Firdaus bersungguh. Suhaila sedikit pun tidak memandang Firdaus. Dia melepaskan tangannya dari genggaman Firdaus lalu menapak ke ruang tamu. Hatinya sebal. Ditolak oleh kekasih yang sering menganggu malamnya.

Suamiku Mr.Crush❣Where stories live. Discover now