Bab 3

11 1 0
                                    

      Suhaila tiba di tempat kerja 5 minit lebih awal kerana Tan Sri ada temu janji bersama beberapa clientnya. Sedang dia duduk di mejanya,dia disapa oleh Quzaina.

     "Tak pernah-pernah kau awal ni sepanjang 3 minggu masuk kerja. Kena sampuk ke?" soal Quzaina ramah.

    "Ya tak yakan. Dah 3 minggu aku disini. Tan Sri ada meeting dengan client. Aku kena ikut sekali." terang Suhaila sambil mengunyah biskut coklat jenama Munchys.

     Quzaina menjuihkan bibir ke biskut Suhaila. Berharap agar Suhaila mengerti permintaannya. Suhaila dengan ramah memberikan biskutnya.

    "Suhaila."

    Mereka berdua hampir tersedak kerana sapaan tadi. Mereka menoleh ke arah suara tersebut.

    "Are you ready for the meeting?" soal Tan Sri tegas.

   "Yeah. I am ready, Tan Sri." kata Suhaila gugup kerana sepatutnya dia yang perlu mengingatkan Tan Sri. Namun lain pula yang jadi.

    "Saya tunggu di lobi." kata Tan Sri meninggalkan mereka berdua.

   Suhaila berasa masih awal lagi untuk perbincangan itu. Apabila ditilik jam tangan Baby-G berwarna hitam bercorak bunga itu, Suhaila tercengang. Ditilik pula jam tangan Quzaina entah apa jenamanya.

    "Kau ni dah kenapa? Tan Sri dah tunggu kat lobi tu. Boleh lagi dia tilik tilik jam." kata Quzaina aneh dengan perilaku Suhaila. Kadang-kadang dia ni pelik juga.

     Suhaila menepuk dahi dan mengambil buku nota dan beberapa barang penting. Suhaila terus ke lif untuk mendapatkan Tan Sri di lobi.

     "Maaf Tan Sri. Saya lambat sikit." ujar Suhaila penuh serba salah.

     "Abaikan. Jom naik kereta saya." arah Tan Sri lebih ramah.

     Suhaila hanya membuntuti pergerakan Tan Sri ke arah kereta Mercedes Bens berwarna hitam yang diparkir di hadapan KLCC itu.

              🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

     Usai berurus niaga dengan Tan Sri Daud di Countryclub, mereka berdua bergerak ke sebuah restoran tomyam.

    Selepas menyenduk beberapa lauk dan memesan air, mereka duduk di meja yang terletak di dalam restoran dan di bawah kipas.

     Air yang diorder telah sampai dan mereka makan penuh berselera. Sepanjang makan tengah hari itu,kesunyian sentiasa menyelubungi mereka.

    Dahi Suhaila juga berkerut seribu seperti sedang memikirkan masalah. Tan Sri mula risau apabila wajah setiausahanya begitu.

     "Kenapa client sering kata muka aku dan Tan Sri sama? Muka aku ni iras Datin? Mengarut. Tapi sudah 2 client mengatakan benda sama." desis hati Suhaila.

    "Suhaila." Tan Sri memanggil Suhaila dengan nada prihatin sekali.

     Suhaila mengangkat muka. Tan Sri hanya memandang wajah setiausahanya dengan wajah risau.

    Setelah membuat pembayaran,mereka terus bergerak ke ofis yang terletak di tingkat 48 di KLCC itu.Suhaila dan Tan Sri menaiki lif untuk ke ofis.

               🌸🌸🌸🌸🌸🌸

     Selepas waktu tengah hari, Suhaila dan Quzaina berjalan ke arah meja masing-masing. Tiba-tiba Suhaila dengar gelak tawa dari bilik Tan Sri. Dia kenal benar dengan suara itu. Jantung Suhaila seakan berhenti berdegup.

      "Siapa kat dalam bilik Tan Sri? Kenapa aku takut sangat?" desis Suhaila. Peluh mula merintik-rintik dahi.

      "Suhaila, come to my oficce." arah Tan Sri di telepatinya. Suhaila membetulkan tudung bawal Arianinya dan terkocoh-kocoh ke bilik Tan Sri.

Suamiku Mr.Crush❣Where stories live. Discover now