Bab 5

15 1 0
                                    

     "Macam mana keadaan isteri kau, Zali?" soal Tan Sri Johan sambil menyirup air kopi yang dibancuh oleh Tuan Ghazali.

      "Dia demam sikit hari ni. Tu yang aku tak ada di ofis. Aku nak minta maaf sebab sepatutnya hari ni aku ada meeting dengan kau. Buat susah kau pula datang rumah aku." kata Tuan Ghazali.

     "Tak susahla. Aku pun dah lama tak jumpa kau. Alang-alang dapat bincang tentang proposal tu." jelas Tan Sri Johan.

      "Jap, anak aku menyusahkan kau ke sepanjang 6 bulan ni?" soal Tuan Ghazali sambil menyirup air kopi yang dibancuh sendiri. Boleh tahan sedap.

     "Dia tak menyusahkan aku pun. Ok saja." jelas Tan Sri Johan.

   "Sebelum aku terlupa, Tuan Haji Jupri ada bagitahu kau apa-apa?" soal Tan Sri Johan.

     "Yang anak dia berkenan kat anak aku tu ke? Dah bagitahu dah. Bulan lepas dia call aku. Katanya lusa depan nak datang merisik." kata Tuan Ghazali.

    "Masa diorang nikah, aku tak ada tau. Aku fly ke Amsterdam. Ada benda kena uruskan." kata Tan Sri Johan sayu.

    "Kau masih boleh lawat Suhaila tu. Kau jangan risau. Isteri kau pula macam mana? Makin sihat ke?" soal Tuan Ghazali.

     "Dia masih di Amsterdam. Doktor kata dia perlukan beberapa rawatan untuk merawat deppresion dia. Alhamdullilah semakin pulih. Mungkin tahun depan dia sudah boleh pulang ke Malaysia. Just sekarang dia jadi orang tak sihat sikit." jelas Tan Sri Johan sambil memandang kolam. Rindu akan isterinya yang dahulu. Periang dan aktif. Namun sejak insiden itu, dia berubah.

      "Aku tak ada niat nak sakitkan hati kau. Aku simpati keatas kau. Tapi kau kena faham,Suhaila tu tak tahu apa-apa hal ni. Aku tak mau dia stress." jelas Tuan Ghazali.

     "Aku gerak dulu la." kata Tan Sri Johan sambil menyirup secangkir air kopi tersebut sehingga habis. Tuan Ghazali hanya senyum nipis.

                  🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

     Semasa kereta Tan Sri Johan ingin keluar dari taman perumahan tersebut, kereta Suhaila berselisih dengannya.

    "Macam kereta Tan Sri saja. Tapi kenapa ada di sini?" kata Suhaila keseorangan sambil melihat kereta Mercedes Benz itu keluar dari taman perumahannya.

     Apabila tiba di rumah, dia melihat abah duduk di hadapan kolam. Dia terus menerpa ke arah abahnya.

     "Abah!" jerit Suhaila keriangan sambil memeluk abah.

    "Kenapa anak abah happy sangat ni?" soal abah selepas Suhaila mencium tangannya.

    "Saja." balas Suhaila pendek.

    "Umi ok tak bah?" soal Suhaila lagi.

    "Demam dia semakin kebah." kata abah.

     Suhaila terus berlari naik ke atas meninggalkan abah keseorangan di situ.

     "Abah tak tau apa akan jadi jika kau tahu benda sebenar. Kau berila kekuatan kepada anak aku, Ya Allah." kata abah seorang diri.

                 🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

     "Umi!" jerit Suhaila keriangan. Dia terus duduk di sisi katil umi.

    "Ila ni kan." kata umi kaget sambil menepuk manja bahu anaknya. Dia menyambung meneguk air mineral dalam gelas.

     "Umi sihat tak ni?" soal Suhaila sambil menyentuh dahi umi.

    "Umi semakin sihat. Alhamdullilah." kata umi tersenyum.

Suamiku Mr.Crush❣Where stories live. Discover now