Bab 7

15 1 0
                                    

     "Ish kakak ni lambatla. Dua jam tunggu tau. Kalau akak lambat lagi sepuluh minit tadi, sudah lama adik naik bas." bebel Syafiqah sambil meletakkan beg bagasinya kedalam bonet lalu memasuki perut kereta Honda Swift.

     "Naikla bas tu. Manja sangat naik kereta." balas Suhaila kembali. Tahun hadapan tahun terakhir pun mahu hantar ambil naik kereta lagi.

      "Nanti adik kena culik bagaimana. Kakak juga yang menangis tak cukup tisu nanti." balas Syafiqah masih mahu menang.

     "Eh eh budak ni. Sudar besar panjang. Mahu kena culik apa lagi. Organ pun dah tak fresh lagi. Tak laku la Iqa oi. Sia-sia saja culik Iqa. Buang tenaga." bebel Suhaila. Ada-ada saja jawapan budak ni.

     "Adik kan cantik. Pasti la mereka mahu." jawab Syafiqah sambil memegang kedua belah pipinya. Tudung Ariani berwarna hitam itu dibetulkan.

     "Banyakla kau cantik. Tudung seperti durian lagaknya." gurau Suhaila lagi. Ketawanya pecah. Lagipun itu memang fesyen terkini. Abah suka memanggil tudung itu tudung durian.

     "Tak baik tau. Punyala pereka fesyen ni reka tudung ni cantik-cantik. Akak panggil ni tudung durian." kata Syafiqah. Namun tawanya juga terburai. Abah sering mengatakan begitu dengan slang Kedahnya. Tudung dughian.

       "Sudahla. Kau lapar tak ni?" soal Suhaila.

     "Itula soalan yang adik mahu dengar sebenarnya. Lapar la kak. Jom makan Baskin Robins nak." ajak Syafiqah sambil membuat muka comel. Hendak termuntah Suhaila melihat muka itu. Comel? Aku lagi comel rasanya.

     "Tak perlu membazir. Makan di rumah saja." tegas Suhaila lagi.

    "Baik tak perlu tanya." jawab Syafiqah seakan merajuk. Suhaila sudah lali dengan perangai Syafiqah. Suka membazir untuk membeli barang kesukaannya. Cuba berjimat sikit.

     Tibanya di rumah, Syafiqah terus memeluk umi. Seperti setahun tak ketemu. Padahal baru 6 bulan. Ok lama la tu. Selepas berborak bersama umi, dia bingkas bangkit untuk mandi. Suhaila turut bersama mereka ketika berborak.

     "Ila, umi nak cakap sikit ni." kata umi. Suhaila hanya menunggu kata-kata umi yang seterusnya. Umi suka membuat saspen tahu.

    "Umi setuju dengan lamaran lelaki semalam. Kamu berdua sudah bertunang sekarang." jelas umi sambil memegang tangan anaknya itu. Sudah besar anak-anaknya. Pantas sahaja masa berlalu.

     "Siapa lelaki itu, umi?" soal Suhail pantas. Hatinya berdebar pula. Lelaki yang mana?

    "Nama dia Mu.." tidak sempat umi menghabiskan kata-kata, tiba-tiba Syafiqah menjerit dari atas.

     "Hoi Iqa! Kenapa jerit-jerit ni?" laung umi dari bawah. Umi bangkit dan bergerak ke tangga. Suhaila hanya menunggu umi di pondok.

    "LIPAS!" jerit Syafiqah lagi. Habis semua maki hamun dihamburkan pada lipas itu. Suhaila dan umi terus naik ke atas. Parah la.

    "Mana lipas tu?" soal Suhaila sebaik tiba di bilik Syafiqah. Kelihatan Syafiqah sudah memanjat kerusi. Dia menunding jari di bawah katil king nya.

    "Lipas saja pun. Itu pun takut."

     Suhaila melepaskan keluhannya. Dia membongkokkan diri untuk melihat lipas itu. Apabila makhluk yang dicari sudah kelihatan, dia terus menyembur penyembur serangga pada lipas tersebut. Sangkanya lipas tersebut mati, namun lipas tersebut masih nyawa-nyawa ikan. Lipas itu keluar dari bawah katil lalu terbang di sekeliling bilik Syafiqah. Mereka berdua menjerit terpekik telolong.

    "Lipas tu terbang woi!" jerit Suhaila lantas keluar dari bilik itu. Syafiqah turut keluar dari bilik. Umi yang berada di luar hanya mampu menggeleng.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 21, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suamiku Mr.Crush❣Where stories live. Discover now