twelve

12 6 0
                                    

Hye gurls how your days? Guys, ryu baru tahu dah kenapa crush Ryu selalu tak tegur dah. Mesti dia dah tahu yang Ryu suka dia :(  aku rindu gila tahun lepas. Dia selalu tegur aku. Aku pun tegur dia, dia layan aku. Hiks. But, past is past. Yes, hari sukan minggu depan! Btw, chap ni Ryu buat tahun lepas, and tibe sama pulak an. Okok dah jom baca .

.
.
.
.
.
.

Hari yang ditunggu-tunggu oleh pihak sekolah telah pun tiba. Bukan saja pihak sekolah, tetapi para pelajar juga sudah tidak sabar menunggu hari ini. BigHit Highschool sport day 2019

"Wush, berdebar lah"kata Taehyung sambil lap peluh yang telah meniti di dahinya

"Sabarlah, lambat lagi. Acara perbarisan pun belum mula lagi"Namra menjawab sambil mengemas peti kecemasan. Yalah, untuk persediaan kejap nanti. Buatnya ada yang pengsan kan?

"Jom lah keluar. Aku dah siap"kata Namra sambil mengangkat peti kecemasan itu. Taehyung mengganguk lalu mereka berdua keluar dari bilik guru itu. Padang sekolah mereka tuju.

"Namra, macam mana kau boleh suka aku?"soalan dari Taehyung membuatkan Namra terdiam. Eish, apa pahal tanya soalan tuu

"Tak tahu lah. Dah aku suka kau nak buat macam mana. Maybe sebab kau tuh comel dan matang dalam masa yang sama"jawapan dari Namra membuat Taehyung tersengih malu macam kerang busuk

"Kau macam mana suka aku?"soal pula Namra untuk mengelakkan suasana yang janggal

"Sebab kau baik kot. Yelah, kau pun cantik. Tak macam aku ni buruk"

"Kau ni tak baiklah. Kau handsome apa."tutur Namra dengan perlahan. Tiba-tiba suasana menjadi diam. Baru sahaja Taehyung ingin membuka mulut--

"Taehyung, cikgu suruh peserta berkumpul bawah khemah"jerit Soobin yang telah berada di bawah khemah khas untuk peserta yang menyertai mana-mana pertandingan yang akan dipertandingkan pada  hari sukan itu

"Pergilah cikgu dah panggil"Namra berkata dan Taehyung pergi dari situ

"Taehyung!"jerit Namra sebelum lelaki itu masuk kedalam khemah. Taehyung mengangkat keningnya

"Fighting!"jerit Namra buat kali kedua sambil tangannya membuat gaya fighting. Taehyung mengganguk lalu mini love diberi

Namra tersengih suka lalu khemah yang menempatkan pasukan sukarelawan dituju.

--

"Pelajar harap dibawa bertenang. Duduk di bawah khemah yang telah disediakan ya anak-anak sebelum saya tikam kamu semua"

Pelajar sekolah BigHit HighSchool itu diam apabila cikgu Baekhyun telahpun berkata begitu. Kemudian mikrofon diserahkan kepada pengetua sekolah itu, Bang Sihyuk

"Memandangkan majlis akan bermula sebentar lagi, saya tidak ingin berucap lama"

After 30minutes…

"Dengan ini saya merasmikan Hari Sukan Sekolah buat kali ke berapa entah"kata pengetua Bang dengan semangat. Semua pelajar akhirnya bersorak gembira apabila orang tua itu sudah habis ucapannya.

Kemudian, acara perbarisan rumah sukan sekolah itu dimulakan.

"Di barisan pertama, dapat kita saksikan barisan rumah kuning. Ya, hiasan yang amat unik,cantik dan kreatif dapat kita lihat. Yang memegang sepanduk itu ialah Ong Seongwoo yang kacak!! Berikan tepukan!!!"kata cikgu Baekhyun dengan bersemangat memandangkan rumah kuning ialah rumah sukannya

Namra melihat perbarisan rumah sukan itu yang berkostum lebah dan bunga matahari. Herh, harap je ada hiasan tapi barisan berterabur mengalah kan budak tahun satu. Namra melihat Seongwoo menayangkan muka bangganya. Manakala MaRi pula memakai kostum lebah yang comel

[C]Two sides•KTH•Where stories live. Discover now