two

40 10 2
                                    

Tubuh aku melanggar seketul manusia berbadan tegap. Apa yang aku tahu dia lelaki lah. Takkan perempuan badan sado semacam? Apakah? Aku dah la takda mood langsung ni

"Sorry"

Satu patah perkataan saja yang mampu keluar dari mulut aku.

Lelaki itu memaut bahu aku dan serta merta aku terlihat dia. Dah kenapa dia ni? Siap pakai topeng hitam,topi hitam dan jaket hitam. Dia pelawat ke?

"Kenal Nara tak?"

Aku menggeleng. Apa dia merepek meraban ni, takda lagi Nara kat sekolah ni

Dia pergi dari situ dengan tergesa-gesa. Dia salah sekolah ke?

--

Penyapu panjang berwarna merah dipandang lama. Keluhan dilepaskan dengan kuat dan kasar. Takkan aku seorang je yang kena kemas bilik ni? Kalau kecil takpe lah,ni sebesar dewan bilik ni nak kena dikemaskan. Aku baru sapu suku dari bilik ni. Dahlah,terpaksa skip kelas matematik aku.

Aku ambil telefon dan snek lalu duduk disebalik almari kasut. Aku nak rest sekejap lah. Kau tau tak penat dia macam kau buat larian 3pusingan padang? Why? Korang kata aku gedik?, So what?

__________

Seorang lelaki berlari tergesa-gesa dan ditangan dia pula terdapat satu permata sebesar buah oren

"Woi,jangan lari!! Kau nak bawak kemana permata tu?!"jeritan dari seorang pengawal keselamatan disitu diendahkan dia. Apa yang dia tahu, dia perlu cepat demi menyelamatkan abangnya.

Dia membelok ke kanan dengan cepat lalu dirinya dibawa ke satu lorong gelap. Dia menyorok disebalik tong sampah besar.

Sekumpulan pengawal itu melepasi lorong itu

"Huh..."keluhnya. Permata ditangannya dipandang lama. Lalu,telefon bimbit dibuka dan mendail nombor seseorang

"Hyung,Tae dah jumpa permata tu. Lepastu nak buat apa?"

"Sekarang Tae pergi balik rumah lepastu masuk bilik Hyung. Dekat dalam laci meja tu ada satu bekas, Tae letak je permata tu dalam bekas tu."

--

Sampai saja didalam bilik, Tae terus masuk ke bilik lelaki itu lalu membuka laci meja.

Satu bekas yang berwarna merah sebesar 15cmx15cm dicapai Tae. Permata berwarna jernih itu diletakkan didalam bekas

__________

Sedang Namra mengikut rentak lagu, dia perasan ada seseorang memasuki bilik itu.

"Nugu ya?"soal Namra sambil menanggalkan earphone .

Dia menilik disebalik rak. Apa yang dia dapat lihat adalah seorang lelaki sedang berdiri tepat di hadapan dinding

"Eh, tu lelaki tadi kan?"katanya seorang diri. Lelaki itu adalah lelaki yang dia terlanggar tadi

Tiba-tiba, satu lubang berwarna hitam muncul di dinding. Namra menekup mulutnya sambil memerhati lama gerak geri lelaki itu.

Lelaki yang berpakaian hitam itu memasuki lubang hitam. Sejurus selepas dia memasuki bulatan itu, angin yang kuat menerjah masuk bilik itu. Dan kemudian, lelaki itu dan lubang hitam itu lenyap dengan ajaibnya

"Be--benda apa ni??"soal dia sendiri seperti tidak percaya. Dia menampar pipi dia dengan perlahan. Dia menggosok mukanya

"Aku berangan kot tadi"

--

Namra pov

Aku teruskan kerja menyapu bilik latihan itu dan akhirnya, siap jugak. Aku merenggangkan badan yang terasa penat. Gila tak penat?

Jam sudah beranjak pada pukul satu petang dan sesi persekolahan dah tamat. So means, aku ponteng lah kan? Hahahaha biasa dah.

Sebab tu asyik dapat top 10 je. Aku capai beg sekolah lalu tutup suis lampu itu dan keluar dari bilik itu.

Namun, kaki aku ada terlanggar sesuatu,kapur putih

"Siapa punya?"tanya ku soal diri. Ah takpa la, simpan dulu lah dalam beg

--

"Namra noona!"aku berpaling kebelakang apabila nama aku dipanggil. Siapa lagi kalau bukan budak Beomgyu tu? Aku memandang dia dengan riak yang agak- pelik

"Kau tak nak corndog ke?"soalnya. Oh ya, aku baru ingat. Kan aku suruh dia belanja benda alah tu

"Ha jom lah. Aku lupa pulak"kataku lalu berjalan sebelah dia.

"Kau tak masuk kelas langsung ke tadi?"

"Aah. Sebab kemas bilik latihan tu sorang sorang je"

"Napa tak panggil aku. Boleh la aku tolong kau"

Aku tersenyum gembira mendengar kata-kata Beomgyu

"Aigooo budak. Tak payahlah, aku boleh buat sorang-sorang je. Sikit je"kata ku sambil usap rambut dia perlahan. Dia pula tersenyum nampak gigi

Comel betul adik aku yang seorang ni. Dia je lah kawan rapat aku selama ni. Walaupun aku kawan dengan MaRi, aku lebih rapat dengan budak sekor ni. Dia je yang aku ada kalau aku sedih ke, happy ke. Macam adik beradik je.

"Noona, jom lah masuk. Kau nak berdiri macam tunggul je ke kat luar tu sampai berlumut?"

Aku terjaga dari lamunan aku. Eheh, tak perasan pulak dah sampai

_________

"Hyung,macam mana? Dah jumpa dia?"tanya Tae kepada hyung nya. Lelaki itu menggeleng.

"Macam mana ni hyung? Kalau terlambat, habis lah masa hyung"kata Tae dengan bergetar. Dia memeluk abangnya dengan erat. Air mata kasih sayang dijatuhkan tanpa sengaja. Lelaki itu mengusap lembut kepala Tae

"Kang Taehyun,sejak bila hyung ajar jadi lembik ni? Hyung akan pastikan hyung sentiasa di sisi Tae. Nae?"kata lelaki itu sambil mengeluarkan jari kelingking dia.

Taehyun tersenyum lalu kesat kembali air matanya.

"Taehyun,Taehyung! Mari turun makan. Omma dah masak ni"

"Nae"jawab mereka serentak lalu keluar dari bilik itu

Sementara mereka tinggalkan bilik itu, bekas yang terisi permata itu terus lenyap dan bertukar menjadi abu

_________

"Thanks Beomgyu belanja noona. Hati hati balik"kataku sambil melambaikan tangan. Dia juga turut lambaikan tangan dia. Aku pula berjalan masuk kedalam rumah

"Saya dah balik"kataku sambil tanggalkan kasut.

"Keluar dengan Beomgyu lah tu kan? Kamu ada apa-apa ke dengan budak tu?"

Dia mula dah. Aku menggeleng laju lalu langkah ku diatur ke dapur. Air suam dituang dalam gelas kaca

"Yelah tu. Dah tu kenapa rapat sangat?"

"Omma, Namra dengan dia just kawan je. Dah macam adik beradik pun ada"kataku lalu kaki diatur ke bilik

People nowadays, asal rapat sikit kata couple. Asal tak bertegur sikit, kata bergaduh. Ya, community so sucks.

--

Aku ikat rambut ku seperti orang sedang berpantang. Now, waktu yang sesuai untuk ulangkaji. Aku melabuhkan punggungku diatas kerusi. Laci meja dibuka untuk ambil alat tulis

"Eo?"

Satu bekas berwarna hitam yang berisi permata terdapat didalam laci aku. Sejak bila siak aku simpan benda-benda macam ni?

"Maybe untuk omma"aku simpan kembali kotak itu ke dalam laci meja dan sambung ulang kaji. Buku latihan matematik aku capai lalu latihan kendiri aku buat dengan yakin

____
TBC

-ok hero dengan heroin dia tak berjumpa lagi. Maybe chap lepas ni akan bertemu lah dua ketul ni 😂

[C]Two sides•KTH•Where stories live. Discover now