nine

18 7 0
                                    

Im back babey ! uwu sapa yang dah tengok blackswan ? gempak siott.

.
.
.
.
.

"iya cikgu. Saya tak salah dengar. Sebab waktu tu saya nak hantar due date tarikh hari anugerah kecemerlangan dan graduasi. Tapi saya terdengar pengetua berbual dengan Puan Oh pasal Namra. Ala, cikgu macam lah tak tahu pengetua kita tu gila duit. Mungkin, dia dirasuah dengan Puan Oh untuk buat benda bukan-bukan dekat Namra. Serba salah saya nak blacklist nama dia untuk pertandingan ni. Huh"jelas Cikgu Hanbin panjang lebar.

Cikgu Dahyun mengganguk faham. Sebelum dia ke sekolah ni, dia pernah ada kes rasuah. Mula-mula ingat dah insaf, rupanya tak lagi si tua ni!

"Awak dah bagitahu siapa lagi selain dari saya?"

"Tak lagi. Sebab, saya tak berani"kata guru itu lalu tersengih sendirian. Cikgu Dahyun hanya menggeleng kepala

"Cikgu!"suara Namra yang datang dari belakang menjedakan suasana itu. Dua guru itu berpaling kebelakang. Pantang sebut nama ya budak ni!

"Kami berdua nak balik dulu cikgu"pamit Taehyung dan Namra mengganguk

"Ha yelah. Hati hati nanti"ucap Cikgu Dahyun.

Taehyung dan Namra mengganguk kemudian berjalan menuju ke pintu keluar sekolah itu.

"Jom keluar nak? Aku nak hilangkan stress sikit."ajak Namra

"Ok jugak tu. Jomlah"

--

Taehyung dan Namra berdiri ditepi gerai kecil ttbeokki sambilil menunggu hidangan nya siap

"Lepas ni nak ke mana lagi?"soal Namra sambil menggosok tangannya yang sedang kesejukan. Taehyung tersenyum lalu menepuk kepala Namra

"Kita balik je lah. Lagipun, aku tengok kau dah sejuk tu"katanya lalu ambil huluran cawan kecil yang terisi ttbeokki itu. Kemudian yang lagi satu dia beri kepada Namra

"Jom duduk dekat situ"ajak Namra lalu mereka berdua ke arah kerusi batu yang tidak jauh dari situ. Satu ketul lauk itu disuap kedalam mulut dan menyentuh lidah. Makanan yang sedang hangat memang sesuai makan dalam keadaan yang sejuk begini. Taehyung yang baru pertama kali rasa lauk itu tercengang tidak terkata

"Wah sedapnya!"kata Taehyung dengan teruja. Walaupun makanan itu dijual di tepi jalan dan harganya hanya rm3, tetapi dapat membuka selera mereka berdua

"Betul. Tapi sedap lagi omma buat"kata Namra dengan perlahan.tiba-tiba gadis ini teringat ommanya keseorangan. Lidi itu dicucuk kedalam bekas. Matanya memandang kearah jalan raya yang tidak berapa di sibuk itu.

Taehyung yang dari tadi Seronok berasa keseorangan apabila Namra langsung tidak bercakap dengan dia. Dia merenung wajah polos Namra itu. Mahu saja dia tekup muka gadis itu sekarang.

"Dah siap makan?"soal Namra secara tiba-tiba. Taehyung mengganguk. Kemudian kedua mereka menuju pulang ke rumah

"Kau masih marahkan omma kau?"soal Taehyung sambil meletakkan tangannya kedalam poket seluar. Kulit lengannya disapa angin malam yang dingin. Sudahlah pakai baju lengan pendek dan seluar sukan

"Entah lah. Bukannya salah aku pun. Dia yang beria nak protect lelaki tu."kata Namra dengan kasar. Disini, Taehyung dapat tahu bahawa ego gadis ini tinggi dari apa yang dia jangka

"Dah lah kau tak payah marah-marah macam ni"ujarnya lalu berhenti kan langkah nya. Dia berdiri bertentangan Namra.

"At least, kau pernah rasa kasih sayang dia. Setakat dua tahun kau dilayan kejam, takpa lah. Aku ni tak pernah rasa kasih sayang ibu aku sendiri tahu tak?"katanya. Entah macamana dia berfikir, boleh pula dia memeluk tubuh kecil Namra itu. Dagunya diletakkan di atas bahu Namra

Namra yang sudah kaku itu terdiam. Jantungnya mengepam darah dengan kadar laju. Tangannya menggosok-gosok belakang Taehyung.

Malam yang agak ganjil berlaku antara mereka berdua

_________

"Taehyun, nenek dengar kamu dapat tawaran untuk mewarisi harta mendiang ayah kamu? Bagus betul cucu nenek yang seorang ni."puji Halmeoni Choi sambil menggosok bahu cucunya itu. Taehyun yang sudah masak dengan perangai neneknya itu hanya diam

"Tae, mana abang kamu? Dah tiga hari tak balik"soal Puan Choi dengan lembut. Dulang yang berisi air teh hijau itu diletakkan diatas meja kayu jati itu. Taehyun menelan air liurnya. Terlupa pula pasal ni

"Dia pergi daerah sebelah kita. Katanya nak cari kerja"jawab Taehyun dengan yakin. Harap-harap ommanya tidak ragu-ragu

"Iyalah tu. Entah-entah buat perkara bukan bukan. Itulah Choi, yang kamu ambil budak tepi jalan tu kenapa? Bukannya senangkan kau, lagi susahkan ada lah"marah Haelmoni lalu air yang terhidang diminum

"Omma, Halmeoni, Tae naik atas dulu ya? Ada kerja sekolah nak kena siapkan"kata Taehyun lalu mendaki tangga dan menuju ke biliknya yang dahulu kongsi dengan Taehyung. Tetapi, sekarang abangnya terperangkap dalam dunia kehidupan

Dia duduk diatas kerusi meja belajarnya. Alat yang bernama TSC itu diletakkan diatas meja. Kemudian, hologram itu memaparkan Taehyung keluar bersama Namra

"Cis, aku suruh dia pergi sana bukan untuk cari cinta dia. Aku suruh bunuh perempuan tu. Bodoh punya Taehyung"marah Taehyun apabila dia dapati Taehyung sedang seronok berjalan dengan Namra.

Sekali sekala dia mengeluh perlahan lalu senyuman tawar terukir sambil melihat gambar mereka sekeluarga

"Appa, Tae janji bahawa perempuan itu akan mati di tangan hyung"katanya lalu mengusap lembut wajah ayahnya di gambar itu

__________

"Ingat cakap aku, kau minta maaf dekat mak kau."pesan Taehyung dan aku mengangguk. Kemudian aku lambaikan tangan lalu masuk kedalam rumah. Aku melihat omma sedang ralik menonton cerita yang ditayangkan di televisyen.

"Omma, Namra nak mintak maaf pasal tadi. Hm, sepatutnya Namra tak patut berkasar macam tu."kataku lalu duduk disebalik nya. Namun hampa apabila omma langsung tidak menjawab mahupun memandang aku.

"Namra masuk tidur dulu ya. Esok nak gi sekolah. Selamat malam"

--

Selepas siap mandi, aku duduk diatas katil

Taehyung
Camne, dah minta maaf?

Me
Dah, tapi kena palau :(

Taehyung
Nanti omma aku lah tu.
Oklah, goodnite gurl :)

Me
Okay
Goodnite too boy :)

Aku menutup chat aku dengan Taehyung. Entah lah kalau dengan Taehyung ni, aku jadi tenang dan ceria. Ha merepek!

__________

"Selamat pagi omma"sapa Namra sambil menuruni tangga dengan beg sekolah ditangan. Apa yang dia dapat lihat wajah ommanya itu tidak mengukir senyuman langsung. Masam bak cuka

"Wah omma buat nasi goreng kimchi lah. Mesti sedap punya ni"kata gadis itu lagi lalu duduk di hadapan Puan Song. Wanita tua itu hanya berdiam diri dan menumpukan sepenuh perhatian dia kepada surat khabar di tangan. Namra yang sedikit terasa dan janggal itu hanya mendiamkan diri. Nagi goreng yang telah disediakan disuap ke mulut

"Namra gerak dulu ke sekolah. Bye"ucap Namra selepas lima suap nasi sudah mampu mengeyangkan perut gadis itu.

____
TBC

•°•°•°•

Ya saya tahu itu membosankan but please keep baca dan jangan lupa vote.

Ryu janji after this i will buat plot twist yang gempak sikit. Still susun jalan cerita dia lagi ni. Jangan lupa vote ya😭💜

[C]Two sides•KTH•Where stories live. Discover now