eleven

19 5 0
                                    

Yow wasup ! sihat ke kamu semua ?

.
.
.
.
.
.

Taehyung membuka alat TSC itu lalu lohong hitam terbuka dan dia masuk kedalam lohong itu. Dirinya dibawa kedalam bilik Taehyun.

"Eo hyung? Baru sampai?"soal Taehyun yang baru masuk ke dalam bilik. Taehyung hanya mengangguk lalu dia menghentak punggungnya ke atas katil. Dia memerhati keadaan sekeliling bilik yang berselerak.

Baju kotor merata tempat,buku tidak teratur dan stokin berada di merata tempat. Taehyung memandang adiknya itu dengan keji

""Kau memang tak reti kemas bilik ke Tae?"tegur Taehyung.

"Hyung ni tak ilek lah. Nak kemas lah ni"katanya lalu mengambil baju kotor lalu diletakkan ke dalam bakul yang tersedia. Alasan! Taehyung bangun dari duduknya dan menolong adiknya. Langsir tingkap diselak lalu jendela yang tidak berapa besar itu dibuka. Sesekali dia sedut udara dunianya.

"Hyung kau tak payah berdrama sangat. Baik tolong aku"kata Taehyun lalu seluar dalam bercorak bunga itu dibaling tepat ke muka Taehyung.

Taehyung menjeling nya lalu seluar jijik itu diambil menggunakan jari ibu kakinya. Tolong lah, takkan nak guna tangan. Habis tangan Taehyung yang gojes yitu.

Comforter berwarna kelabu itu di betulkan. Sambil itu dia menepuk tilam itu agar habuk yang tersekat disitu dapat dihilangkan walaupun sedikit

"By the way, kenapa hyung tiba-tiba turun sini?"soalan dari budak itu membuatkan Taehyung terhenti seketika.

"Aku nak cakap pasal sebab apa aku turun ke dunia sebelum ni"kata Taehyung

Taehyung pov

Aku dapat melihat Taehyun berubah riak. Tetapi dia masih lagi membuat kerjanya

"Apa yang hyung tak faham?"soalnya

"Semua"jawab aku dengan bersahaja. Aku sedikit pelik dan tak faham sebab aku turun ke dunia kehidupan. Dia meletakkan helaian baju terakhir kedalam bakul dan kemudian bakul itu diletakkan ditepi pintu

"Kau kena bunuh Namra. Sebab Namra je satu satunya nyawa yang sesuai untuk perbaiki kita punya dunia. Hyung tahu kan dunia kita sekarang ada masalah. So, kerja hyung senang je bukan?"katanya sambil memandang aku.

"Kenapa hyung dah jatuh cinta dengan perempuan tu?"soalnya dengan sinis. Dia berdecit

Sejujurnya aku cakap, aku tak sanggup nak bunuh atau sakiti Namra. Aku tak sampai hati. Sebab dia terlalu baik. Dia jugak yang cari tempat tinggal untuk aku. Dia juga dah curi hati aku dan aku jatuh cinta dengan dia

"Itulah hyung. Aku dah kata, biar aku ke ke sana. Tapi kau degil. Kata nak balas jasa lah apa lah. Tup tup kau dah suka dia? No matter what, kill that girl dalam masa terdekat ni"kata Taehyun dengan tegas

__________

MaRi pov

Aku memandang sekeliling perpustakaan yang sedang aku duduk. Kemudian jam yang sudah berganjak pukul 3.05petang aku pandang. Mana tiga ekor beruk ni?

Janji pukul 2.45, tapi sampai sekarang tak nampak kelibat dorang. Baik aku balik. Buku nota yang telah aku susun tadi aku masukkan semula kedalam beg galas.

Tiba-tiba, ada seseorang yang duduk dihadapan dengan tercungap-cungap

"Mian aku lambat."kata Soobin diselangi helaan nafasnya. Nampak macam baru lepas marathon pun ade

"Mana yang lain?"soalku apabila Taehyung dan Namra tidak hadir. Selalunya rapat je tiga ekor ni.

"Taehyung ada latihan dan Namra tak dapat datang. Dia tak bagitau aku pulak"jawab Soobin. Tak akan aku dengan Soobin je sekarang ni?! Memang tak study lah jawabnya. Why? Nak usha lah apa lagi. Crush depan mata dah weh

"So, jomlah study apa yang patut. Lagipun aku ni bukan pandai mana pun"

"Kau ni ape lah. Tak baik cakap macam tu. Cuba kau je yang malas"nasihat ku dan dia muncung kan mulutnya. Nsib comel je, kalau tak dah lama aku hempuk kepala budak ni. Kemudian, kami memulakan pelajaran kami iaitu, Math.

(Ngak ada idea T-T)

--

Aku menulis formula matematik ringkas didalam buku nota. Kemudian latihan yang Soobin buat aku semak. Good! Tak ada yang salah pun. Hikhok, bangga kejap dengan crush aku ni. Tengok lah siapa yang ajar. Da MaRi kot. Dah la pandai,cute tinggi. Tapi tulah, still menunggu crush

Ok jom ke cerita kita tadi ye

"Nah Soobin kau punya latihan. Bagus, ada peningkatan"kataku tetapi tiada respon darinya. Lah, tidur rupanya. Wajah polos dia yang sedang tidur itu aku tenung. Mulutnya yang sedikit termuncung bagai itik itu aku pandang.

"Soobin bangun"kataku sambil menggerakkan bahu dia sedikit. Dia terjaga lalu tubuhnya menggeliat kecil.

"Jomlah balik. Kesian aku tengok kau. Mesti penat kan?"kataku sambil mengemas buku lalu bangkit dari duduk

"Jom. One more thing thank you ajar aku tadi"Soobin berkata sambil menggosok rambutnya. Aku hanya tersenyum melihat dia.

Sampai di luar rumah, aku nampak kereta pemandu aku yang berada betul-betul dihadapan pintu masuk. Erk, Kok ye pun jangan depan pintu sini pakcik

"Jom aku hantarkan kau balik?"pelawa aku. Dia menggeleng laju sambil tangannya membuat bentuk 'X'

"Ala jomlah"pujuk ku lahi sekali sambil mengerdipkan mata. Mana tahu cair kan??

"Yelah"jawabnya dengan pasrah. Aku tersenyum lalu pintu di seat belakang dibuka oleh pakcik Jung. Aku dan Soobin memasuki perut kereta itu

"Annyeong pakcik"sapa Soobin apabila ayah aku memandang kami berdua

"Hai. Kawan MaRi ke?"
Soobin mengganguk

Haih, papa pun takkan lah budak jalanan MaRi kutip ni

"Dah tu appa ingat ni hantu ke"usikkan ku disambut ketawa pakcik Jung yang sedang memandu dan Soobin tersengih janggal

"Mana tahu boyfreind"

Aku mendiamkan diri lalu pipi aku berubah warna. Aku dan Soobin tiba-tiba berpandangan satu sama lain. Malu kau. Nasib papa aku je, kalau kawan aku ni dah lama aku smackdown

Setelah 5minit suasana janggal itu, kereta berhenti didepan rumah Soobin. Baru sahaja pakcik Jung ingin membuka pintu untuk Soobin--

"Ah pakcik takpela. Saya kawan MaRi je. Tak perlu bukak pintu pun"kata Soobin sebelum keluar dari perut kereta

"Gomawo MaRi tumpangkan aku"kata Soobin lalu melambaikan tangannya. Aku pun membalas lambaian dia

____
TBC

[C]Two sides•KTH•Where stories live. Discover now