fifteen

20 4 0
                                    

"noona!"suara jeritan dari Beomgyu aku toleh kebelakang. Beomgyu berdiri dihadapan aku dengan nafas yang tercungap-cungap

"Kau ni kenapa?"soal ku apabila melihat dia yang baru sahaja buat 10 pusingan larian

"Pengetua kena tangkap sudah"

--
"Haera nak buat benda yang tak baik dekat korang"kata Jimin sambil memandang tepat mata aku. Itu je? Aku dah terbiasa

"Dan kau mesti tertanya-tanya kan macam mana nama kau boleh blacklist untuk masuk mana-mana acara sukan kan?"kata lelaki itu lagi. Aku mengangguk laju

Hampir aku lupa hal itu. Sampai sekarang aku masih tak tahu kenapa aku tak boleh masuk acara sukan.

"Haera dan mak dia rasuah pengetua"balas Jimin. Jelas sekali wajah aku dan rakan yang lain berubah

"Kau buat betul Jimin. Mana kau tahu semua benda ni?"soal Soobin yang seakan-akan tidak percaya. Pengetua Bang Sihyuk yang mereka kenal adalah seorang yang bertamadun.

"Cikgu Hanbin ada cerita kat aku. Aku rasa itu je yang aku patut cerita kat korang. Ingat rancangan tadi"

Jadi betullah apa yang diceritakan Jimin tadi? Aku kira itu hanyalah helah dia. Tak sangka pula.. aku memerhatikan gerak-geri pengetua sekolah kami itu ditahan pihak polis. Ramai pelajar dan guru-guru disitu berbisik.

"Kau ok je kan Namra"suara Taehyung yang garau itu membuatkan lamunan aku terhenti

"Ok jelah kot"

--

"......pengetua BigHit Highschool ditahan oleh pihak polis kerana melakukan kesalahan berat. Beliau yang digelar Bang Sihyuk telahpun menerima rasuah daripada seorang penyumbang utama dana sekolah itu Oh Lavato . Beliau Bang Sihyuk,51 mengaku menerima rasuah untuk menyenaraikan hitam nama seorang pelajar disitu untuk memasuki mana-mana aktiviti sekolah. Dakwaan yang mengatakan beliau merogol wanita itu,50 juga dikatakan benar melalui perbualan mereka di Kakaotalk dan juga beberapa gambar yang akan dijadikan sebagai bukti kukuh. Pengetua sekolah itu akan dipenjarakan selama 12tahun dan wanita ini akan dibayar denda sebanyak RM800 ......"

Artikel yang sedang menjadi perbualan hangat sekolah itu dibaca Namra. Kaku. Perkataan yang mempunyai empat abjad itu menggambarkan remaja perempuan itu. Hatinya merasa tenang dan puas apabila orang yang bersalah sudah menerima hukuman yang sewajarnya

"Namra jom balik"ajak Taehyung

--

"Taehyung, kau nak bawak aku ke mana ni?"soalku apabila dari tadi Taehyung menarik tangan aku tanpa arah tujuan.

"Kau kena ikut aku kalau kau sayang aku"

Dia mula dah dengan ugutan dia tuh. Aku nak balik tho. Nanti mak aku marah

"Sekarang kau pejam mata"arahnya. Kau tahu dia bawak aku ke mana?

Tong sampah besar bunguk. Aku yang terpaksa ini pun tutup mata dengan tangan

"1,2,3. Buka!"arahnya sambil menjerit. Aku pun bukalah mataku.

Weyh aku kat mana?!
Tadi kat tong sampah kan? Sekarang dekat atas bukit kecik. Kat depan aku pulak ada satu meja makan yang-- romantis

"Tae, kita kat mana??"soal ku dengan perlahan. Dia hanya tersenyum petak. Eh, aku tanya boleh pulak dia main-main?

"Jom date"

"Dengan baju sekolah?"soalku sambil memandang baju gaun hijau lembut berparas lutut

BAJU GAUN?! Mana baju sekolah aku?!

[C]Two sides•KTH•Where stories live. Discover now